September 24, 2016

Cek Lawa Krim Pemutih Ketiak Untuk Masaalah Ketiak Hitam

Assallammualaikum 


Pada siapa yang  mengalami masalah ketiak hitam dan alahan pada pewangi ketiak memang susah hendak cari produk yang sesuai dengan dirikan. Kali ini Shailla ingin berkongsi satu produk yang boleh mengatasi masalah itu. Sekarang tidak perlu lagi rasa susah hati untuk mencari produk yang terbaik untuk mengatasi masalah ketiak hitam malah terbaik juga pada yang mempunyai masalah kulit bawah ketiak yang sensitif. 

 

Apa kata korang cuba produk dari Cek Lawa ini. Produk dari Cek Lawa ini merupakan krim pemutih ketiak. Apa yang bagus tentang Cek Lawa krim pemutih ketiak ini adalah didatangkan dengan kotak yang berwarna merah jambu dan comel. Kalau kita lihat pada bentuknya yang molek, memang mudah untuk dibawa ke mana sahaja korang pergi. Kepada gadis-gadis dan juga ibu-ibu yang suka pada warna merah jambu pasti tertarik dengan produk dari Cek Lawa ini. Ehhh!! abang-abang dan para bapa pula jangan terasa hati pula, korang juga boleh dan sesuai menggunakan produk ini kerana produk ini sesuai untuk wanita dan juga lelaki. Cek Lawa krim pemutih ketiak ini bukan sahaja berfungsi sebagai pemutih ketiak malah berfungsi sebagai deodoran. Walaupun shailla aktif sepanjang hari tetapi apa yang shailla perasan, bawah lengan tidak melekit dan mengeluarkan bau yang kurang enak yang boleh menyebabkan rasa tidak selesa terutama bila sering bertemu dengan orang ramai. Bukan sahaja dibawah ketiak, malah kalau korang hendak tahu, Cek Lawa krim pemutih ketiak ini juga boleh menghilangkan hitam dicelah peha,dibelakang leher,lutut dan tempat yang mempunyai daki degil. Ini berita baik untuk ibu yang mengandung kerana produk ini boleh hilangkan kesan hitam di bahagian leher, bawah lenggan serta bahagian perut.

 

Buka sahaja penutupnya terus terhidu bau bunga mawar, lembut sahaja baunya menusuk hingga ke lubang hidung. Hampir dua minggu Shailla menggunakan Cek Lawa krim putih ketiak ini. Tidak dinafikan Cek Lawa krim pemutih ketiak ini sangat-sangat membantu dalam menjadikan kulit semakin cerah dan tona kulit juga nampak sekata. Lepas ini jangan pula asyik angkat lengan sahaja pulak, maklumlah ketiak sudah putih.

Kebaikkan Cek Lawa krim pemutih ketiak adalah 100% ekstrak daripada herba semulajadi dan kaya dengan vitamin C juga mineral. Tambah lagi Krim ketiak ini menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru serta menanggalkan sel-sel kulit mati, memang membuat kulit bawah lengan korang semakin cerah dan tona kulit lebih sekata nampaknya selepas menggunakan krim pemutih ketiak dari Cek Lawa ini. Krim pemutih ketiak dari Cek Lawa ini siap mampu merangsang lapisan kolagen untuk menjadikan kulit lebih sihat, lembut dan lembap. Paling penting Cek Lawa krim pemutih ketiak ini berbau wangi. 

Bagaimana hendak gunakan Cek Lawa krim pemutih ketiak ini adalah dengan memastikan gunakan krim pemutih ketiak ini selepas mandi pada waktu pagi dan malam dan pastikan dahulu ketiak korang dilap dengan kain bersih hingga bersih. Selepas itu, colek sedikit sapu dan ratakan keseluruh bahagian ketiak. Tidak perlu bilas hanya biarkan sehingga kering.

Mendapat Kelulusan Daripada KKM



Feedback customer Cek Lawa :
<3




Jom kita berjimat dengan krim pemutih ketiak merangkap deodoran sekali gus, berbaloi-baloi bukan. Hendak dapatkan krim pemutih ketiak ini, memang senang sangat dimana korang boleh dapatkan dikedai-kedai jamu berhampiran atau boleh tengok lebih lanjut di :

WHATSAPP : 013-47002015 (Muhammad Syazwan)
FB : Dysania Beauty Store
IG : dysaniamarketing

*Jika ada yang berminat menjadi agen boleh hubungi hotline seperti  tertera di atas.

Terima Kasih Sudi Baca.

Olay Mengekalkan Keremajaan Kulit Anda

Assallammualaikum

Bila umur sudah semakin meningkat, pelbagai perubahan ketara jelas kelihatan. Dibandingkan dengan kulit wajah dahulu dan sekarang memang banyak sangat perubahanya. Perubahan yang paling ketara pada kulit wajah adalah kedutan dan juga bintik hitam pada muka. Haishhh memang runsing apabila hadapi situasi ini. Proses penuaan merupakan suatu fasa yang amat ditakuti oleh ramai wanita yang mencecah umur 30 dan ke atas. Kita sebagai wanita harus banteras masaalah ini dari awal lagi agar masaalah ini tidak menular dengan lebih teruk dan menyebabkan kita berasa kurang berkeyakinan dan rendah diri apabila garis halus dan kedutan muncul diwajah.


Kini tidak perlu risau lagi kerana masaalah ini dapat diatasi dengan menggunakan produk keluaran Olay yang direka khas bagi mengatasi masaalah garis halus dan kedutan. Olay sentiasa peka dengan masaalah yang dihadapi kaum wanita dan oleh kerana itu, Olay sentiasa mencipta produk-produk anti penuaan yang ternyata berkesan dan diakui oleh ramai pengguna rangkaian produk daripada jenama Olay ini. Olay telah telah hadir dengan siri The anti-wrinkle kit yang dicipta untuk tujuan mengatasi masaalah kedutan pada muka serta menjadikan kulit kelihatan lebih muda dan anjal.


Day Cream sangat penting untuk membekalkan kelembapan pada wajah agar kulit kita tidak kering dan kusam. Produk ini juga  mengalakkan 2 kali pertumbuhan kulit muka yang baru dengan lebih efektif. Olay Total Effects 7 in One yang bukan sahaja membasmi kedutan pada muka, malah turut menyelesaikan masalah kulit yang lain seperti :

1. Garis Halus dan Kedut
2. Rona tidak Sekata
3. Tekstur tidak sekata
4. Kulit Kering
5. Kulit Kusam
6. Bintik Penuan
8. Pori Yang Jelas


Pada yang stress dengan masaalah jeragat, tona kulit tidak sekata lingkaran gelap bawah mata Dan kulit kusam dan gelap boleh cuba set rangkaian Olay Regenerist Luminous yang di datangakan dengan set lengkap untuk mengatasi masaalah masalah kulit seperti menghilangkan tompok-tompok hitam, memberikan tona yang sekata, menghilangkan lingkaran hitam pada mata dan mencerahkan kulit muka.

Jadi, selepas ini tiada lagi masaalah kedutan dan juga masaalah kulit yang lain menyebabkan rasa stress dan kurang keyakinan pada diri kerana dengan rangkaian produk daripada olay, semua masaalah dapat diatasi.

Olay merupakan  jenama kosmetik dan penjagaan kulit dari Amerika ini telah lama wujud sejak tahun 1949 dan sehingga kini produk Olay telah dijual di seluruh dunia termasuk di rantau Asia. Jadi tidak salah untuk mencuba rangkaian daripada jenama Olay ini.

Sekian, Terima Kasih kerana sudi membaca.

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...