August 19, 2016

Product Review | Lipstick Farmasi

Assallammualaikum

Pasti ramai tahu tentang Lipstick dari jenama Farmasi ini. Shaila sebenarnya dapat Lipstick ini dari kawan baik shaila. Pertama kali shaila mencuba pakai Lipstick ini sebanarnya..Hihihi

Warna Lipstick yang shaila pakai ini kod 04. Warna Lipstick ini warna hot pink bila pakai pun rasa hot sahaja..cewahhh..ehhh jangan main-main tau ramai puji cantik hari ini.. ehhhh bukan puji shaila tetapi puji warna Lipstick shaila yang memancar warnanya. Shaila pun sebenarnya terpikat juga dengan warna Lipstick ini. Bagi shaila, warna pink is the best!!  sebab shaila memang ini minat warna pink.. hihihi. Kalai hendak tahu, Lipstick shaila pakai ini memang tiada rasa jadi ketika kita pakai, takdelah kita rasa hendak jilat bibir sahaja sebab itu penyebab bibir akan jadi kering. Okay sampai disini sahaja entry shaila, jumpa lagi di entrt akan datang.

Sekian Terima Kasih

August 18, 2016

Product Review | Door Safety Lock

Assallammualaikum


Mesti peningkan bila berhadapan dengan situasi anak sudah pandai menyelongkar kain baju. Seperti shaila, dahulu almari baju Areez letak bawah sahaja tetapi sekarang shaila letak diatas meja supaya Areez tidak sampai untuk tarik baju yang telah berlipat. Tetapi sebenarnya itu hanya sementara sahaja. Sekarang Areez sudah pandai menyelongkar almari baju shaila pula, aduhhh  baju baru kita lipat habis dia tarik. Untuk menyelesaikan masaallah ini, shaila telah membeli Door Safety Lock.


Memang berbaloi beli benda ini kerana Areez tidak boleh lagi buka almari shaila untuk tarik kain baju yang telah elok tersusun didalam almari. Sejak ada benda ini, barulah hidup shaila rasa aman dan tidak perlu lipat balik baju-baju yang Areez tarik itu. Okay sampai disini sahaja entry shaila.Jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih

August 17, 2016

Parenting | Bila anak jadi raksasa

Assallammualaikum

Bila anak sudah meningkat usia ini, macam-macam ragam dan kerenah mereka.Pasti semua ibu bapa pernah hadapi situasi dimana barang permainan yang dibeli atau diberi habis rosak dikerjakan oleh anak-anak. Begitulah situasi yang shaila hadapi sekarang. Kebanyakkan barang mainan Areez habis rosak dikerjakanya.

Lihat sahaja keadaan minions ini, habis anak shaila kerjakan. Daripada sempurna tubuh badan terus tercabut dibuatnya memang macam raksasa betul, kesian dekat minion itu. Kadang-kadang terpaksa sorok dahulu mainan yang baru kerana hendak tunggu Areez besar sikit baru bagi sebab sayang tengok mainan habis hancur dengan raksasa ini..hahaha. Okay sampai sini sahaja entry shaila.

Sekian Terima Kasih.

Food Review | Pau Cendawan

Assallammualaikum
Hai semua, apa khabar? Diharap dalam keadaan sihat selalu. Kali ini shaila ingin review pasal pau cendawan. Pau ini sebenarnya telah menjadi viral ketika bulan puasa yang lalu. Ini memang pertama kali shaila rasa pau cendawan. kebetulan rakan sekerja suami ada menjual di office, jadi suami shaila telah membelinya. 
Bagaimana rasa pau cendawan ini?? Hurmmm kalai buat penggemar mushroom soup pasti sukakan pau cendawan ini kerana inti pau cendawan ini rasa lebih kurang mushroom soup. Didalam inti pau cendawan ini juga ada juga terkandung ayam. Pau Cendawan ini memang enak jika dimakan ketika panas-panas. Ohhh yaa...pau cendawan yang suami shaila beli itu kena stim dahulu baru boleh makan sebab ini bukan ready made punya tetapi frozen punya.Okay sampai disini sahaja entry shaila kali ini.Jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih

July 28, 2016

Food Review : Abg Chaq Catering

Assallammualaikum


Abg Chaq Catering adalah katering yang beroperasi di Sungai Buloh Selangor. Abg Chaq Catering menyediakan pakej yang merangkumi pelbagai jenis majlis. Pakej yang ditawarkan kebanyakkanya pakej yang boleh membuat pelanggan dan bakal pelanggan mampu untuk menggunakan khidmat Abg Chaq Katering. Harga yang ditawarkan mengikut pakej dan sangat berpatutan. Harga yang Abg Chaq Catering tawarkan juga berbaloi perkhidmatan yang mereka berikan. Ini kerana Abg Chaq Catering sangat menitikberatkan aspek kualiti dalam penyediaan makanan, perkhidmatan pelanggan dan memastikan segalanya berada dalam keadaan sempurna.

MAJLIS PERKAHWINAN

Abg Chaq Catering menawarkan pakej - pakej yang boleh dipilih mengikut pilihan masing - masing .Dibawah adalah pakej - pakej untuk majlis yang besar seperti majlis perkahwinan.




Antara contoh lauk pauk dan juga nasi yang disediakan oleh Abg Chaq Catering adalah seperti :


Nasi Minyak


Daging Masak Hitam


Ikan Kering


Ayam Masak Kari


Rendang Daging


Arca Buah


Sambal Ayam


Perkhidmatan untuk makan adap-adap juga Abg Chaq Catering ada sediakan untuk para pelanggan.

Anda tidak akan rugi jika berurusan dengan Abg Chaq Catering kerana makanan yang disediakan oleh mereka semua sedap-sedap belaka.

Selain dari majlis perkahwinan,Abg Chaq Catering juga menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis kecil - kecilan seperti:

-Majlis Pertunangan
-Rumah Terbuka
-Doa Selamat
-Dan Lain - Lain

Abang Chaq Catering menawarkan perkhidmatan untuk pelbagai jenis majlis iaitu :

  • Catering Majlis Perkahwinan
  • Catering Majlis Pertunangan
  • Catering Majlis Rumah Terbuka
  • Catering Kenduri Arwah
  • Catering Majlis Akikah
  • Catering Majlis Tahlil


*PENGHANTARAN PERCUMA UNTUK TEMPAHAN DI SEKITAR  SUNGAI BULOH, KUALA LUMPUR DAN SHAH ALAM. CAS PENGHANTARAN AKAN DIKENAKAN UNTUK TEMPAHAN DILUAR KAWASAN KUALA LUMPUR DAN SHAH ALAM.

Untuk tempahan dan juga pesanan boleh terus hubungi Pn Aizam:

Whatsapp
017-3111970

Instagram

Facebook

Sekian Terima Kasih


July 25, 2016

Product Review | Minyak Herba Asma Mujarab Untuk Mengatasi Masaalah Asma Bayi Anda

Assallammualaikum


kali ini shaila hendak cerita tentang satu minyak herba untuk anak yang ada asma. Alkisahnya adalah shaila sering bawa anak keluar malam. Hendak dijadikan cerita, kerana kerap bawa anak keluar malam, nafas anak shaila mula berbunyi-bunyi setiap kali bernafas. Semasa itu runsing juga fikir bagaimana hendak selesaikan masaallah ini sebab mama shaila sudah mula bising bila cucu kesayanganya nafas berbunyi-bunyi. Kebetulan rezeki shaila bertemu dengan minyak herba asma mujarab ini. 

Minyak Herba Asma Mujarab ini adalah Produk Orang Kampung. Dihasilkan secara tradisional dan manual lebih dari 40 tahun dan diwarisi turun temurun. Telah lama dipasarkan secara offline dan mula diviralkan di internet setahun yg lalu. Berjaya membantu menyelesaikan masalah ribuan pesakit asthma/lelah. 


Buat pengetahuan semua, Minyak Herba Asma Mujarab ini telah wujud produk tiruan. Jadi Sebelum beli, minta semua pengguna periksa dahulu. Pastikan anda membeli Produk yg asli (seal penutup warna hijau) kerana ada pihak yg telah menciplak produk ini, malah menggunakan sticker yg sama seperti produk asli tetapi seal pada penutup berwarna jernih kerana dibuat di kilang.

 


Bagaimana hendak cam produk ini asli atau tiruan adalah berikut :

HOLOGRAM, QR CODE & NOMBOR SIRI AKAN DILEKATKAN DI BELAKANG BOTOL.
Lihat contoh gambar di bawah.


Anda boleh Scan QR Code ini dengan menggunakan Smartphone dan setiap produk yang di scan akan mempunyai nombor siri berbeza di dalam sistem website kami.

Hologram beserta sistem QR Code ini sudah dilekatkan dan sudah dipasarkan dari peringkat ke peringkat. Pastikan yang Original baru beli.


Untuk mendapatkan kepastian boleh hubungi HQ bahagian pemasaran 013 480 6787 (En. Hafis)


Shaila telah mencuba produk ini . Selepas shaila mengunakanya, masaalah nafas berbunyi yang dihadapi anak shaila berjaya diselesaikan. Apabila anak shaila bernafas, tidak berbunyi lagi. Lega rasa hati shaila ketika itu.Anak shaila juga sudah mula makan makanan mcam-macam, jadi anak shaila sering hadapi masaalah kembung perut terutamanya apabila makan sayur-sayuran dan makan yang berangin. Shaila akan pastikan selepas anak shaila makan makanan berangin itu akan sapukan minyak angin pada perutnya untuk mengelakkan masaallah kembung perut. Apa yang menarik tentang Minyak Herba Asma Mujarab ini adalah beberapa minit setelah shaila sapu, anak shaila akan mengeluar bom atom (kentut) bukan sekali tetapi banyak kali. Kadang sampai tergelak-gelak kami sekeluarga mendengarnya. Mana tidaknya lega dapat buang angin dalam badan. Warna minyak ini memang macam warna minat gamat. Begitu juga dengan bau dia cuma kurang kuat berbanding minyak gamat. Walaupun anak shaila pakai minyak ini tetapi tidak bau sampai ke luar seperti beberapa minyak yang ada dipasaran. Minyak Herba Asma Mujarab ini juga cepat meresap pada tangan dan tidak melekit.
  

Minyak herba asma ini diperbuat daripada minyak zaitun,minyak kelapa dara,habatussauda,pati gamat dan herba terpilih yang bukan sahaja selamat,tapi suci.Gunakan tanpa was-was kerana ia adalah buatan Melayu Muslim yang halal.

Kebaikkan Minyak Herba Asma Mujarab ini adalah Telah terbukti dengan banyak testimonial yang diterima,minyak herba asma dengan izin Allah mampu SEMBUHkan asma,lelah,semput dengan cepat.Selain itu,ia mampu menyembuhkan batuk dan selsema serta mencairkan kahak.
Kegunaan lain ialah untuk gigitan serangga,luka,tergeliat,terkena api,bengkak,lenguh dan sakit gigi.
Kesimpulannya memang minyak ini satu KEPERLUAN yang mesti dimiliki oleh setiap keluarga.


PENAWAR ASMA DAN BATUK KAHAK PALING MUJARAB !! Hanya SAPU di dada, tengkuk,leher dan belakang anak anda....dengan izin Allah dan keserasian akan menampakkan perkembangan yang positif...lebih 100 ribu pengguna telah mencuba..Alhamdulillah tiap tiap hari kami mendapat testimonial positif. Keberkesanan produk Minyak Herba Asma Mujarab ini telah terbukti melalui hasil penggunaan oleh shaila sendiri dan juga melalui perkongsian testimoni daripada pelanggan seperti dibawah ini :






Bagaimana? menarik bukan. Minyak Herba Asma Mujarab ini bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak malah untuk orang dewasa sesuai untuk semua peringkat umur. Pada para pembaca yang berminat untuk membeli produk ini boleh hubungi seperti maklumat tertera dibawah :

Facebook :

Puan Nurul : 017 623 9935 (Produk Owner)
En. Hafiz : 013 480 6787 (Bahagian Pemasaran)

Harga sebotol RM39 sebotol. Hanya tambah RM10 untuk penghantaran.

Sekian Terima Kasih

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...