Event Review | Koleksi Lebaran 2016 dari The Labels Boutique and Cafe

Assallammualaikum 


Sabtu lepas, shaila berkesempatan untuk menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh pihak The Labels Boutique and Cafe. Majlis ini adalah untuk memperkenalkan The Labels Boutique and Cafe serta memperkenalkan koleksi pakaian untuk Lebaran 2016 kepada semua. Majlis ini  juga, bertujuan untuk mengumpul dana bagi Malaysia Life Line for Syria. Selepas daftar dan letak nama untuk pemenang bertuah (Lucky Draw), shaila terus ke tempatan duduk yang disediakan untuk mendengar ucapan perasmian dari pemilik The Labels Boutique and Cafe.


The Labels Boutique and Cafe ini dimiliki oleh seorang wanita jelita bernama Diyana Fadila. Semasa ucapan perasmian berjalan, Puan Diyana ada menceritakan serba sedikit sejarah The Labels Boutique and Cafe ini di tubuhkan. Menurut kata beliau, The Labels Boutique and Cafe telah ditubuhkan pada tahun 2011. Ia merupakan  plaform untuk butik tempatan dan jenama tempatan untuk berhimpun di bawah satu bumbung dalam talian di laman web rasmi mereka iaitu www.thelabels.net . Pada tahun 2012 , The Labels telah menebarkan sayapnya berkembang dengan melahirkan 'The Labels Bazaaar ' sebagai  plaform untuk  perniaga dalam talian yang berminat menjual barangan mereka kepada awam.

Peragaan Pakaian Muslimah Untuk Lebaran 2016



Korang sudah cari pakaian yang akan digayakan pada hari raya yang menjelang tidak lama lagi? Kalau belum, jom  shaila kongsikan dengan korang beberapa koleksi pakaian muslimah yang terdapat di The Labels Boutique and Cafe untuk dipakai pada hari lebaran ini.




Kalau kita lihat rekaan dia memang nampak ringkas tetapi ia sebenarnya nampak menarik. Selain itu, beberapa koleksi pakaian muslimah ini sesuai digayakan pada pagi hari raya. Bukan sahaja pada hari raya, malah sesuai untuk digayakan ketika menghadiri mana-mana majlis formal ataupun tidak formal.



Apa yang shaila lihat, Kebanyakkan pakaian muslimah disini sesuai digayakan oleh semua lapisan umur tidak kira usia. Warna dan corak pada rekaan pakaian muslimah ini memang cantik dan unik serta menaikkan lagi seri pada pemakai terutama ketika lebaran akan tiba ini.



Kepada yang berbadan gempal, jangan risau pakaian muslimah untuk anda juga tersedia disini. Lihat sahaja model diatas, sangat comel dan bergaya beliau memperagakan koleksi The Labels Boutique ini. Selain itu, The Labels Boutique ini ada menyediakan pakaian dari wanita kecil molek, wanita curvy, muslimah hijabista dan juga anak-anak kecil.
Tutorial Gaya Hijab



Ketika menghadiri majlis ini, shaila juga berpeluang melihat secara live tutorial gaya hijab yang dilakukan oleh seorang model jemputan. Disini pelbagai gaya hijab yang shaila pelajari. Gaya hijab yang diajar ini memang sesuai unti digayakan ketika hari biasa, untuk berkerja mahupun pada hari lebaran ini. 



Shaila sempat juga masuk ke dalam  The Labels Boutique and Cafe untuk melihat sendiri koleksi-koleksi pakaian, aksesori dan juga makanan yang terdapat disini. Kalau korang hendak tahu, The Labels Boutique and Cafe ini merupakan kedai pertama dibuka oleh pemilik butik dan kafe ini iaitu pada bulan April 2016 berkonsepkan butik & kafe. The Labels Boutique and Cafe ini merupakan plaform untuk para peniaga online atau vendor untuk mempamerkan dan menjual produk mereka disini. The Labels Boutique and Cafe bertempat di Tesco Mutiara Damansara.


Apa yang menarik tentang The Labels Boutique and Cafe ini adalah mempunyai 2 in 1 konsep , di mana ia beroperasi sebagai butik vendor yang menjual pelbagai pakaian RTW dan juga kafe yang menjual pelbagai makanan ringan . Kedai mempunyai sehingga 20 jenama fesyen tempatan dan antarabangsa dan 20 jenama makanan dalam jumlah dengan beberapa jenama selebriti tempatan termasuk Marini Naturale Magic oleh Nik Marini Kamil dan juga Naelofar Hijab oleh Noor Neelofa


Selain itu , keistimewaan The Labels Boutique and Cafe adalah mempunyai sebuah kafe yang menyajikan makanan ringan , pencuci mulut dan minuman yang menyegarkan di dalam ruang dalam dan luar The Labels Boutique and Cafe.


Shaila sempat juga bergambar bersama pemilik The Labels Boutique and Cafe iaitu Puan Diyana Liyana. Sangat teruja dapat bertemu dengan usahawa-usahawa yang dapat memiliki butik dan kafe sendiri pada usia muda. Semoga beliau menjadi inspirasi pada anak-anak muda yang bakal membuka butik dan kafe sendiri.


Fashion Vendors at The Labels B&C :-


• MariniNaturaleMagic by Nik Marini Kamil 
• Naelofar Hijab by Noor Neelofa
• EASTANA 
• ZOECOUTURE RTW 
• LOVEFATECLOTHING
• NIMANNI 
• CALIMILAN_EMPIRE
• KARYA WARISAN • FLORAEBYFISSA
• AIN AWEESH
• DJENGS ROOM
• YS LABEL 
• BATIK CHANDRAYANI DIAN QADIN 
• BYTASHAZ
• OMYRA 
• LAND OF HAIDI 
• SS BY NUR 
• HOUSE OF QARLYA
• SHAWLOCK 
• KOREANHEADBANDS
• TANOSHII


Food Vendors at The Labels B&C :- 

• SIMPLY FRESH 
• SASANEYA 
• SWEET KITCHEN
 • SHIREEN BAKES 
• LOKALNADE 
• SWEET LIME BAKERZ
 • CHEEZALEAINC 
• MOJAKO'S YOGURT
 • EATSY BITSY 
• DELISH DOTS 
 • MY HEALTHIER CHOICE 
• LUV LOVA 
• MUMMYGOJESBAKERY 
• WAWA TREATS 
• CINTA CHOCOLATIER 
• PICK N TREAT
 • INIKITA 
• POPS MALAYA 
• BABYBEATSBYJUSTLIXA 
• YELLOW BAKER


Pertubuhan Amal -Line Line Malaysia untuk Syria

The Label Boutique & Cafe juga telah berkerjasama  mengumpul dana untuk Malaysia Line Life untuk Syria dengan setiap 10 % daripada jumlah jualan dari vendor yang mengambil bahagian akan disumbangkan kepada organisasi yang bertanggungjawab untuk menyalurkan dana kepada Syria.



Kepada pihak The Label Boutique & Cafe, terima kasih kerana menjemput shaila hadir ke majlis ini. Untuk melihat lebih banyak lagi koleksi pakaian muslimah yang ada di The Label Boutique & Cafe, boleh terus pergi ke:

Laman Web

Instagram

Facebook

Twitter

Sekian Terima Kasih

Food Review | D'kayangan Grill BBQ Steamboat Buffet Ramadhan 2016

Assallammualaikum


Semalam shaila dan beberapa rakan blogger dari Kelab Ben Ashaari pergi food review di area Seksyen 13 Shah Alam. Lokasi food review kali ini adalah D'kayangan Grill  BBQ Steamboat. Walaupun  berkerja di Shah Alam hampir 3 tahun, tetapi tidak pernah perasan pula D'kayangan Grill & Barbeque Steamboat. Mungkin juga sebab kedudukanya dibawah apartment, itu yang tidak perasan.



Untuk sampai ke sini, shaila guna maps. Kalau dari Sungai Buloh adalah dalam 35 minit. Tempat ini agak selasa dan mempunyai banyak tempat duduk. Semasa shaila datang pada pukul 8 malam masih banyak lagi kekosongan tempat duduk tetapi makin lama orang semakin ramai datang dan kebanyakkan tempat duduk sudah menjadi penuh.  Restoran ini juga mempunyai ruang santai yang boleh menampung sehingga 500 orang dalam satu masa . Antara kemudian yang di sediakan disini adalah wash room, surau untuk lelaki dan perempuan dan tempat letak kereta yang luas dan banyak.


Ramadhan sudah hampir tiba, mungkin korang tercari-cari lokasi untuk berbuka puasa bersama keluargakan. Apa kata korang bawa keluarga ke sini kerana disini terdapat buffet Ramadhan yang menyediakan pelbagai menu istimewa pada bulan Ramadhan yang akan menjelang tidak lama lagi. D'kayangan Grill  BBQ Steamboat ini menyediakan makanan yang berkongsepkan 3 dalam 1 iaitu Grill + stimbot + BBq secara buffet. Tengok sahaja kambing panggang yang sedang tergolek disalai diatas sana, rasa dia memang sedap dan tidak berbau. Kambing panggang ini merupakan salah satu menu istimewa yang disediakan disini setiap hari semasa bulan ramadhan.


Jom kita lihat aneka makanan yang tersedia disini. Terdapat pelbagai aneka makanan laut yang segar-segar ada disini seperti udang, ketam, kupang, kepah, kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala dan lain-lain lagi
.



Haaaaa....untuk cucuk-cucuk di atas adalah untuk skewer. Terdapat banyak pilih tersedia untuk pilihan pengunjung disini seperti Ayam Skewer Berrempah, Ayam Skewer Kunyit, Ayam Skewer Cilantro, Daging Skewer Hitam Manis, Sotong Skewer Pedas Cilantro, Sotong Skewer Berempah, Ikan Dory Skewer Berempah, Udang Skewer Cilantro Pepper, Kambing Skewer Hitam Manis, Otak-otak dan Pari Assam Nyoya.



Turut disediakan disini juga adalah pelbagai aneka bebola, sayur-sayuran dan segar-segar bagi pengemar sayur dan juga aneka mee yang pelbagai jenis dan rasa. Kalau budak-budak ini mesti suka mee maggie yang pelbagai ini.



Pencuci mulut juga turut disajikan disini seperti Breads dan Butter pudding With Vanilla Sauce. Kek dan juga pelbagai jenis aneka buah-buahan turut disediakan disini.


Untuk stimbot, terdapat dua pilihan kuah untuk kita pilih iaitu sama ada kita hendak kuah sup ayam mahupun tom yam. Jadi kami telah memilih kuah tom yam sebagai kuah rebusan.


Disini terdapat banyak pilihan sos yang dibuat sendiri oleh Chef Shahnizam seperti Sos Cili Pedas, Sos Cili Thai, Sos Manis, Sos Bawang, Sos Bawang Putih, Sos Lada Hitam, Sos Yong Tau Foo dan lain-lain lagi. Kalau korang rasa hnedak makan ais krim, ABC dan juga minuman panas dan sejuk turut disediakan.


Fuhhhh, berpeluh-peluh shaila sibuk mengacau dan membakar makanan. Masuk sini bau minyak wangi tetapi bila keluar bau asap. Habis baju shaila beli dari blogger Tya Salmid bau asap..hahaha..Asap pun asaplah janji perut kenyang.


Ini antara blogger yang bersama shaila pada malam itu. Yanie ni macam-macam tahu-tahu sahaja hendak ambil gambar dia..hahaha. Keseluruhan makan di sini sedap dan banyak pilihan hingga tidak terpilih kami. Ada lagi beberapa jenis menua yang shaila tidak larat cuba sebab perut dah full tank.


Shaila tidak tahu, mengapa shaila happy sangat mungkin sebab terlebih banyak makan bersama dengan blogger-blogger yang suka buat lawak. Diorang ini kalau buat lawak dan boleh masuk Maharaja Lawak Mega, mesti menang punya..hahaha


Harga yang ditawarkan juga berbaloi dengan apa yang shaila makan pada malam itu. Pelanggan hanya perlu membayar serendah RM49.90 untuk dewasa manakala untuk kanak-kanak RM24.00 untuk yang berusia 5 hingga 11 tahun.


Untuk mengetahui lebih lanjut dan mendapat info mengenai restoran ini, boleh layari laman Facebook Steamboat-BBQ-Buffet_DKayangan dan Instagram #dkayangansteamboat. Restoran ini bertempat di alamat :
Sri Acappella Servis Apartment Rest. 
D’Kayangan,Sri Acapella Servis Appartment. 
No. 1, JLN Lompat Tinggi 13/33m Seksyen 13, 
40400 Shah Alam.


Untuk membuat sebarang tempah terus boleh hubungi 03-55234979 / 012-2971091 / 012-3970091

Waktu Operasi : 5pm - 2am

Sekian Terima Kasih