July 29, 2015

Kisah Shaila Raya Pertama 2015

Assallammualaikum


Hai semua, entry shaila kali ini adlah berkisah tentang raya pertama shaila bersama orang baru! ehhh siapakah orang baru itu? suami barukah? hahaha, of course lah tidak dan tidak mungkin pun! okay orang baru yang shaila maksudkan adalah putera shaila.Alhamdulillah raya tahun lepas berdua mankala raya tahun ini bertiga.Tema keluarga shaila tahun ini adalah warna royal blue. Sebenarnya memang susah untuk mencari baju kanak-kanak yang berumur 0 hingga 3 bulan. Baju anak shaila pakai ini pun adalah size baju untuk 18 hingga 24 sebab itu nampak besar dan mengeloboh sahaja.Lagi satu memang susah untuk ambil gambar dan tarik perhatian anak ambil gambar.Lihat sahaja gambar di atas, orang pandang depan manakala anak pandang tepi merenung masa depan agaknya. 


Inilah adalah gambar adik beradik serta ipar duai belah shaila yang sempat kami ambil semasa hari raya pertama. Anak shaila time ini tidur jadi gambar dia tidak ada dalam gambar ini.Alhamdulillah raya tahun ini adik beradik shaila semua sudah berkeluarga dan mempunyai cahaya mata. Manakala adik shaila yang bongsu sedang mengandung.


Ini pula gambar shaila bersama family dan ipar duai belah suami. Seperti gambar di atas,anak shaila tidur juga masa ini, cuma yang bezanya kami masukkan juga gambar anak shaila yang sedang tidur dalam car seat baby itu.hihihi..tidak kisah lah asalkan masuk gambar. Dalam family belah suami shaila ini, cuma adiknya yang bongsu masih single yang lain semua sudah berkeluarga. Hapan raya tahun depan sedah berkeluarga pula lar...hihihi.


Semasa bergambar asyik tidur sahajakan..gambar semasa berjaga pun tidak banyak..haaa...ini gambar semasa anak shaila baru bangun. Bulat matanya...huhuhu.Okay sampai sini sahaja entry shaila kali ini, jumpa lagi di entry akan datang.Selamat Hari Raya Semua...

Sekian Terima Kasih

July 28, 2015

Food Review : Food Republic One Utama

Assallammualaikum

Sehari sebelum menyambut hari raya aidilfitri, shaila telah pergi ke one utama untuk membeli barang-barang persiapan akhir sebelum menyambut aidilfitri. Semasa berada di sana, shaila dan suami telah berbuka puasa di Food Repulic yang berkonsep ala food court. Tempatnya agak besar dan selesa. Selain itu juga, di sini menyediakan banyak tempat duduk untuk para pelanggan yang datang.


Ini adalah menu yang shaila order iaitu Spaghetti skillet salmon. Rasanya memang sedap dan kuantitinya nampak sikit tetapi sebenarnya cepat rasa dan  muak.


Ini pula menu yang husband shaila order. Shaila lupa apa nama menu dia tetapi ia adalah nasi ayam dengan ayam blackpaper. Rasa nasi ini boleh tahan sedapnya. Shaila suka makan coslow dia. Okay sampai disini sahaja entry shaila kali ini.

Sekian Terima Kasih
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...