July 12, 2015

Food Review : Aroma Hijrah TTDI Shah Alam


Assallammualaikum


Hai semua, entry shaila kali ini adalah berkenaan majlis iftar shaila bersama rakan office sempena majlis berbuka puasa dan majlis perpisahan dengan officemate. Majlis iftar kami kali ini bertempat di Aroma Hijrah TTDI Shah Alam. Shaila suka hiasan dalam kedai ini, nampak cantik dan mewah. 


Seperti biasa, nasi arab dalam dulang menjadi pilihan kami. Kami mengambail beberapa set hidangan yang terdiri dari Roasted Chicken, Masywi Chicken, Roasted Lamb, Kabsah Lamb dan beberapa jug air minuman.


Ini adalah rakan kerja shaila yang akan berhenti selepas raya. kak zura ini pandai buat kek tau dan rasa kek dia sangatlah sedap.


Ini adalah beberapa staff yang join majlis iftar kami. Sebelah kiri shaila ada staff lagi tapi x muat hendak masuk semua dalam gambar..heeeee. Okay sampai sini sahaja entry shaila. jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih.

July 06, 2015

Food Review : steak@simpang


Assallammualaikum


Hai semua, selamat berpuasa untuk hari yang ke 19 hari. Diam tidak diam sekejap sahaja masuk hari yang 19 hari kita menahan lapar dan dahaga. Okay berkenaan menahan lapar dan dahaga ini, entry shaila kali ini adalah berkenaan makan. Semalam shaila dan family belah suami berbuka di satu kedai makan ini. Nama kedai makan ini adalah steak2sempang kerang kedai dia memang terletak tepi sempang. Loakasi kedai ini adalah tepi sempang pekan kuang.


Ini adalah juadah yang shaila sempat ambil, itupun bergoyang kerana tengah pegang si kecil. Okay juadah di atas adalah kambing bakar. Untuk kambing bakar ini kerana hati-hati yer sebab shaila dapat yang kurang masak jadi shaila suruh perkerja itu bakar balik bagi masak. Mungkin kerana ramai tetamu itu yang daging jadi kurang masak sebab kejar masa berbuka. Keseluruhan makan di sini rasanya sederhana sedap. Antara mains menu yang terdapat sini adalah grilled chicken chop, chicken marylang, fish & chip, roasted lamb with baked potato, nasi goreng, bihun goreng, nasi kukus ayam berempah, keaw teaw goreng.



kalau lihat gambar makanan di atas agak goyang dan kurang jelas. Puncanya adlah budak kecik ini..dialah telah menyembabkan gambar shaila rosak kerana semasa ambil gambar sambil pegang dia...heee



Okay kita sambung balik, ini adalah keadaan dalam kedai itu. Kalau kita tengok belah kanan itu ada satu sudut lagi untuk letak makanan ala buffet.

 

Manakala sudut belah sini pula adalah untuk para tetamu menjamu selera. Untuk pergi di kedai ini, abang ipar shaila tempah seminggu lebih awal kerana selalu full booking jadi terpaksalah reserve tempat duduk awal-awal.



Okay, inilah family besar belah suami shaila. Selamat berpuasa dan berbuka puasa semua.

Sekian Terima Kasih
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...