April 23, 2015

Nursing Cover Paling Best dari My Hafiy Blogshop

Assallammualaikum


Hai semua! apa khabar? di harap dalam keadaan sihat sejahtera. Ingat lagi tak tentang entry shaila yang lepas berkenaan nursing cover dari My Hafiy Blogshop? tentang shaila masih dalam dilema untuk memilih design mana. Alhamdulillah shaila telah pun memilih dan telah terima pun nursing cover pilihan shaila.


Taraaa..inilah design nursing cover yang menjadi pilihan shaila iaitu design mickey mouse. First impression shaila buka parcel, shaila sudah teruja! mana tidaknya nursing cover ini didatangkan sekali dengan zipper beg yang comel dan kemas jahitannya. Bila shaila buka zipper beg lagilah shaila rase teruja kerana nursing cover ini sangat comel dan cantik! shaila sangat berpuas hati dari part corak dan kekemasan jahitanya.


Bila dah dapat, apa lagi jom cuba. Komen shaila tentang nursing cover dari My Hafiy Blogshop adalah pertama sangat selasa dipakai. Kedua shaila rasa selamat kerana dia menutupi semua part jadi tiada ruang orang nak skodeng kita menyusu anak. Ketiga pula dibahagian atas ada part adjustable jadi senang untuk kita melihat bayi yang ada di dalam. Yang keempat nursing cover ini menutup aurat kita! itu yang paling penting.


Selain digunakan untuk penyusuan bayi secara direct, shaila juga menggunakan untuk aktiviti mengepam. Dengan adanya nursing cover ini, mudah untuk shaila melakukan samaada direct susu ke bayi atau mengepam stock untuk EBM. Nursing cover dari My Hafiy Blogshop ini sangat membantu dan memudahkan shaila dalam aktiviti penyusuan.


Nursing cover adalah antara benda wajib yang perlu ada di dalam beg pump shaila. Dengan adanya zipper beg, memudahkan shaila lipat dan simpan dengan kemas nursing cover di dalam beg pump shaila.

Okay sampai di sini sahaja entry shaila kali ini. Jika sesiapa yang berminat untuk memiliki nursing cover seperti shaila, bolehlah menghubungi pihak My Hafiy Blogshop seperti yang shaila sertakan dibawah ini :

Facebook


Instagram

@myhafiy_blogshop

Sekian Terima Kasih

April 10, 2015

REVIEW : Nursing Cover by HD Sewing Lab

Assallammualaikum,

Hai semua! rasa macam sudah lama tidak menulis entry. Di kesempatan ini, shaila ingin memberitahu yang shaila telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sangat comel pada 6 April 2015 jam 7.40 pm. Alhamdulillah, shaila dan bayi sihat sahaja. Ehhh! pasal kelahiran bayi shaila, shaila akan cerita pada entry akan datang sebab shaila hendak cerita tentang  Nursing Cover by HD Sewing Lab untuk baby shaila.


Disebabkan shaila telah bersalin, jadi shaila perlu membeli Nursing cover melalui online sahaja. Banyak juga IG shaila follow untuk mencari Nursing cover.Salah satu IG Nursing Cover yang shaila follow adalah @myhafiy_blogshop.My Hafiy Blogshop juga merupakan IG menjual Nursing Cover by HD Sewing Lab yang sesuai digunakan ketika menyusu bayi. Dari hasil pemerhatian shaila tentang IG @myhafiy_blogshop ini, selain harganya yang agak berpatutan, rekaan dan corak Nursing Cover disini sangat comel dan menarik perhatian shaila untuk memiliki salah satu rekaan Nursing Cover by HD Sewing Lab. Antara rekaan yang menarik perhatian shaila adalah seperti dibawah

 CODE : NC 074 COLOURFUL MICKEY IN BLACK

 CODE : NC 075 COLOURFUL MICKEY IN PINK

CODE : NC 071 DARK BROWN LOVEY DOVEY

CODE : NC 072 PINK LOVEY DOVEY

CODE : NC 076 COFFEE AND DONUTS IN DARK BROWN

CODE : NC 080 PURPLE PAISLEY

Selain dari IG @myhafiy_blogshop, My Hafiy Blogshop juga ada memiliki akaun FB MyHafiyBlogshop untuk di kunjungi.Okay berbalik pada Nursing Cover by HD Sewing Lab yang bakal shaila pilih, kesemua rekaan Nursing Cover by HD Sewing Lab yang shaila senaraikan diatas adalah antara yang menarik  shaila. Memang rambang mata shaila dibuatnya sehingga tidak tahu untuk memilih yang mana satu. Kalau ikut pada warna, memang shaila suka warna pink! tetapi memandangkan anak shaila adalah lelaki macam tidak sesuai pula untuk memilih warna pink.Hurmmm..yang mana menjadi pilihan shaila? tunggu di entry akan datang sebab shaila masih dalam proses memilih..huhuhu..sampai disini sahaja entry shaila kali ini, jumpa di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih.

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...