February 12, 2015

SENARAI BARANGAN KEPERLUAN BAYI DAN IBU KE HOSPITAL BERSALIN

Assallammualaikum

Entry shaila kali ini adalah berkenaan barang-barang keperluan penting yang dibawa ke hospital semasa tiba saat  untuk melahirkan anak.


Antara barang-barang yang telah shaila beli untuk bayi bakal lahirkan (^_^)

 Dari hasil pencarian shaila di google, barang-barang ini perlu di sediakan sebulan sebelum tarikh kita bersalin ini kerana tarikh untuk kita bersalin itu bukanlah tepat ada yang bayi keluar sebelum tarikh bersalin dan ada baby yang keluar selepas tarikh kita di jangka bersalin. Jadi benda-benda yang tidak dijangka ini harus kita titik berat agar tidak kalang kabut bila tiba masanya. Okay dibawah adalah beberapa senarai barang-barang yang perlu ada untuk ibu dan juga bayi yang akan bakal lahir kelak.

KEPERLUAN UNTUK IBU 

1. Kad Rawatan Bulanan 
2. Pakaian Di hospital 
3. Nursing Bra 
4. Nursing Pad 
5. Maternity Panty 
6. Sanitary Pad 
7. Baju Panas 
8. Stokin 
9. Kain Batik 
10. Sabun 
11. Berus Gigi 
12. Tuala Mandi 
13. Sikat 
14. Selipar 
15. Peralatan Makan Minum 
16. Pakaian Pulang 


KEPERLUAN UNTUK ANAK

1. Diapers New Born
2. Tuala Bayi 
3. Tuala Mandi 
4. Wet Tissue 
5. Tisu 
6. Baju Bayi 
7. Selimut 
8. Sarung Tangan 
9. Stokin

Sekian Terima Kasih

February 11, 2015

Breast Pump menjadi pilihan hatiku

Assallammualaikum

Hai semua apa khabar? di harap dalam keadaan sihat selalu.Okay entry shaila kali ini adalah untuk berkenaan breast pump yang telah shaila miliki. Jika entry sebelum ini  LIHAT SINI shaila ada buat survey antara breast pump menjadi pilihan, jadi hari ini shaila ingin mencerita breast pump menjadi pilihan hati shaila adalah:

Madela Swing Single Electric


Kenapa shaila memilih breast pump ini? sebenarnya breast pump ini boleh di kategori sebagai second hand juga kerana shaila beli dari rakan kerja suami shaila. Waktu shaila di awal pregnant lagi dia telah menawarkan breast pump kerana dia pakai tidak pakai lagi, tetapi di sebabkan masih peringkat awal pregnant jadi shaila holdkan dahulu. Baru-baru ini shaila telah bertanya kembali pada beliau sama ada breast pump ini masih ada lagi atau tidak mungkin rezeki shaila breast pump itu masih ada lagi.


Ini antara barang kelengkapan yang terkandung dalam packaging itu. Shaila telah try dahulu sebelum bayar, semuanya berfungsi dalam keadaan baik dan barang juga masih nampak baru.


Dengan harga RM550, shaila memiliki semua di atas...hoyehhhhhh... Harga asal untuk madela swing single electric dipasaran adalah RM799 tidak termasuk bag dan  botol storage susu. selain itu, Shaila tertarik hati dengan beberapa ciri yang terdapat pada madele swing single electric ini adalah :

- Memerah susu secara senyap
- Susu dapat dipam lebih dalam masa yang singkat
- Pelbagai peringkat vakum dan tetapan dapat diselaraskan
- Mudah dipasang, digunakan dan dibersihkan

Okay, sampai sini sahaja entry shaila berkenaan breast pump kali ini,jumpa lagi di entry akan datang...bye.. (^_^)

Sekian Terima Kasih
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...