January 20, 2015

Alkisah Beli Baju Anak Buah Untuk Majlis Cukur Jambul

Assallammualaikum


Haiiii semua...apa khabar? okay..entry kali ini, shaila hendak cerita tentang beli baju untuk anak buah shaila untuk majlis cukur jambul pada 1/2/2015. Alkisahnya shaila beli secara online sahaja. Baju budak-budak sekarang mahal betul yer...lagi mahal dari orang dewasa. Shaila beli 2 pasang baju ini mencecah 1++..hohoho..Asalnya shaila hendak beli satu sahaja memandangkan adiknya yang hendak cukur jambul..tetapi bila dikenang dan direnung...alahai kesian pulak kakaknya..so shaila mengambil keputusan untuk beli 2 pasang...untuk  baju adik dapat free gift headband manakala kakak punya tiada. Asalnya shaila plan hendak beli gaun sahaja..tetapi bila fikir balik macam sweet sahaja kalau adik beradik ini pakai baju kurungkan..huhuhu


Dalam masa 2 hari selepas buat payment, maka barang yang shaila order pun sampai...wahhhhh time tu teruja sangat buka bungkusan untuk lihat baju kurung itu. Bila buka sahaja..Ya Allah comelnya..huhuhu...sedang leka belek-belek baju adik, shaila terperasan ada defect warna putih dekat kain adik..time itu rase terkilan dan sedih juga..lalu shaila terus whatsapp kakak ipar bagitahu kain adik ada defect..then kakak ipar cakap xpelah sebab sikit sahaja lagipun nanti tutup dengan baju tak nampak dah...

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=


Ehhhhhh....asal lak terselit gambar baju ini? haaaa..ceritanya masa shaila sedang dok usha baju kurung adik beradik tuuuu..baby dalam perut dok tendang-tendang...haishhhhhh...awatnya nie...asyik dok tendang-tendang nie...hahaha..shaila pun sambung google baju kurung adik beradik lagi...ehhhhh..makin meriah pula sayang ummi nie tendang...hokeyy...sayang ummi...ummi belikan untuk awak juga sehelai yer...tengahari tu jalan-jalan kat tesco nampak baju ni...so shaila pun beli lar satu untuk kesayangan shaila dalam perut ini..okay sampai di sini sahaja entry shaila..jumpa lagi...

Sekian Terima Kasih

Throwback : Reunion di Catton Craft Shah Alam

Assallammualaikum


Hai...apa khabar semua? di harap dalam keadaan sihat selalu...okay entry shaila kali ini adalah tentang reunion shaila bersama geng kak ton @ member office dan ex officemate.


shaila mengenali mereka ini, lebih kurang setahun, kemudia sorang demi sorang berhenti. sebenarnya yang berhenti kerja 3 orang sahaja, salah satunya adalah 2 orang yang bergambar dengan shaila dia tas iaitu kak Azza dan ekin.


ehemmmmm..ini makanan yang shaila pesan..huhuhu..mohon jangan terliur..hihihi


inilah dia ahli group kak ton. Walaupun kami tidak berkerja dalam satu office, tetapi kami tetap berhubung melalui watsapp group. kalau hendak tahu, riuh suara kitaorang sahaja dalam kedai makan itu..mana tidaknya lama tidak jumpa...macam-macam cerita keluar....lagipun dah nama geng kak ton..memang bergegar la bila berjumpa...hahaha...


haaa...bila mak buyong berposing...huhuhu..kak Azza bakal melahir melahirkan anak kembar lelaki tau...ishhhhh..tidak sabar hendak tengok baby kembar kak azza...hihihi

 

Okay sebelah kanan itu namanya kak dayah, habis sahaja tempoh pantang melahirkan baby zahra, terus apply berhenti kerana hendak tumpu perhatian pada keluarga dan anak.Haaa...gambar sebelah kanan itu adalah salah sorang anak kak dayah namanya zahra...comel sangat..rase hendak gigit2 sahaja...aummmm...okay sampa disini sahaja entry shaila kali ini...jumpa lagi...daaa....

Sekian Terima Kasih

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...