December 01, 2014

Pengalaman First Check up dan Buka Buku Pink di Klinik Kesihatan

Assallammualaikum

 Hai semua...apa khabar? di harap dalam keadaan sihat selalu. Okay entry shaila kali ini adalah berkenaan pengalaman shaila buka buku pink dan first check up di Klinik Kesihatan Paya Jaras.


Bila shaila tahu shaila hamil melalui Urine Pregnant Test  (UPT), shaila telah membuat first check up di Hospital Sungai Buloh.Kemudian, doktor telah mengesahkan shaila memang mengandung, pada masa itu kandungan shaila masuk 5 minggu. Selepas selesai check up, doktor mencadangkan shaila untuk membuka buku pink di Klinik Kesihatan berdekatan kawasan tempat tinggal. Memandang shaila duduk di Paya Jaras, jadi Klinik Kesihatan Paya Jaras adalah tempat shaila buka buku pink. Klinik kesihatan Paya Jaras ada 2 sesi, sesi pertama iaitu hari selasa untuk yang duduk di kawasan paya jaras manakala sesi kedua hari khamis yang duduk di kawasan bandar baru sungai buloh. jadi sesi shaila adalah pada hari selasa.

Pada hari selasa itu, shaila sampai di Klinik Kesihatan pada pukul 7.50 am, alangkah terkejutnya shaila tengok ramai yang telah beratur menunggu giliran dan no giliran shaila adalah no 55..hohoho..Sementara menunggu giliran, nurse di situ mengarah pada untuk yang baru membuka buku pink untuk mengambil UPT. Keadaan di dalam Klinik Kesihatan  sangat crowded sehingga suami tidak di benarkan duduk di dalam untuk memberi ruang pada ibu mengandung duduk. 

Selepas mengambil ujian UPT agak lebih 1 jam jugalah baru nama shaila dipanggil untuk mengisi buku pink. Selesai mengisi buku pink. Shaila terpaksa menunggu next ujian pula iaitu ujian darah. Yang kurang shaila gemar di situ adalah sistem giliran check up kerana mereka panggil ada yang mengikut giliran dan ada yang mengikut berapa sesi. Macam shaila first buka buku pink, jadi kena ikuti beberapa sesi jadi bayangkan orang nombor 88 telah di panggil dahulu manakala shaila nombor 55 masih menunggu giliran panggil.waaa...time itu rase nak balik..hendak menangis...semua ada dengan sakit pinggangnya sebab lama menunggu.Lebih kurang pukul 12 lebih ,baru nama shaila di panggil untuk mengambil ujian darah pula. Semasa nurse itu mengambil darah, dia ada menerangkan bahawa, mereka dahulukan pesakit kencing manis dan sesi check up yang sikit untuk mengelak tempat jadi crowded..tapi sakit pada yang datng banyak sesi lar sebab terpaksa tunggu lama untuk memberi peluang pada yang sesi sikit. Selepas ambil darah, setengah jam kemudian nama shaila di panggil untuk check up dengan nurse di situ...doktor bila perlu sahaja baru jumpa..kalau tidak hanya berjumpa dengan nurse sahaja. Selesai check kesihatan dan kandungan, nurse memberi next date check up dan mensarankan agar membuat scanning dahulu di klinik biasa untuk dibawa semasa next check up iaitu bulan depan kerana klinik Kesihatan ini tidak di sediakan peralatan untuk scanning baby. Selesai sahaja check up, keluar Klinik Kesihatan dengan perasaan fuhhhh..legaaaaaa...sambil shaila berfikir...haishhhhh macamana lar yer ibu-ibu yang buat check up di sini menghadapi situasi ini...shaila sendiri pun rasa tertekan tetapi demi baby....ku pasrah tempuhi..hohoho...okay sampai sini sahaja entry shaila...jumpa lagi di next entry...

Sekian  Terima Kasih

November 24, 2014

Maha 2014

Assallammualaikum


Hai...apa khabar semua? okay hari ini shaila hendak cerita tentang maha 2014. Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA 2014) yang akan diadakan pada 20 hingga 30 November.
“Penganjuran MAHA sebelum ini banyak memberi tumpuan kepada aspek pertanian dan perniagaan semata-mata dan untuk tahun ini, kita akan menampilkan beberapa fokus baru.

“Ia termasuklah memperkenalkan Agro Muda dan Agri Gaya Hidup yang menyuntik kelainan penganjuran tahun ini,” katanya selepas prapelancaran MAHA 2014 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).


Jeruk pak ali antara produk yang ada di sana. Jeruk Madu Pak Ali yang memang terkenal dengan rasanya yang Enak, Halal dan Bersih dari segi pembuatannya.Jeruk Madu Pak Ali merupakan produk jeruk Islam yang dipasarkan secara menyeluruh keseluruh Malaysia.


Antara buahan yang di pamerkan disitu. 


Antara hiasan landscape yang Menarik perhatian untuk bergambar disini..huhuhu


Shaila dengan family mertua


Okay landscape ini paling shaila berkenan nampak tenang sahaja.


Pemandangan dari atas bukit booth buahan-buahan yang terdapat di sini.


Okayy...bunga orkid di belakang ini sangat cantik...ummmmm...harga dia boleh tahan jugak lar memandangankan tengah bulan nie, mampu tengok sajalah..hahaha


Selepas balik dari MAHA, shaila singgah di PICC Putrajaya untuk tengok Upin Ipin,tetapi orang sangatlah ramai membuat tempat crowded sangat. Upin and Ipin dapat tengok jambul jer..huh!!!

Okay sampai sini sahaja entry shaila..jumpa lagi di entry akan datang..

Sekian Terima Kasih.
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...