November 24, 2014

Maha 2014

Assallammualaikum


Hai...apa khabar semua? okay hari ini shaila hendak cerita tentang maha 2014. Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA 2014) yang akan diadakan pada 20 hingga 30 November.
“Penganjuran MAHA sebelum ini banyak memberi tumpuan kepada aspek pertanian dan perniagaan semata-mata dan untuk tahun ini, kita akan menampilkan beberapa fokus baru.

“Ia termasuklah memperkenalkan Agro Muda dan Agri Gaya Hidup yang menyuntik kelainan penganjuran tahun ini,” katanya selepas prapelancaran MAHA 2014 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).


Jeruk pak ali antara produk yang ada di sana. Jeruk Madu Pak Ali yang memang terkenal dengan rasanya yang Enak, Halal dan Bersih dari segi pembuatannya.Jeruk Madu Pak Ali merupakan produk jeruk Islam yang dipasarkan secara menyeluruh keseluruh Malaysia.


Antara buahan yang di pamerkan disitu. 


Antara hiasan landscape yang Menarik perhatian untuk bergambar disini..huhuhu


Shaila dengan family mertua


Okay landscape ini paling shaila berkenan nampak tenang sahaja.


Pemandangan dari atas bukit booth buahan-buahan yang terdapat di sini.


Okayy...bunga orkid di belakang ini sangat cantik...ummmmm...harga dia boleh tahan jugak lar memandangankan tengah bulan nie, mampu tengok sajalah..hahaha


Selepas balik dari MAHA, shaila singgah di PICC Putrajaya untuk tengok Upin Ipin,tetapi orang sangatlah ramai membuat tempat crowded sangat. Upin and Ipin dapat tengok jambul jer..huh!!!

Okay sampai sini sahaja entry shaila..jumpa lagi di entry akan datang..

Sekian Terima Kasih.

November 12, 2014

Throwback ~ Majlis Akad Nikah

Assallammualaikum


Hai semua apa khabar? di harap dalam keadaan sihat selalu. Okay kali ini entry shaila berkisar tentang majlis pernikahan shaila pada 31/5/2014..wahhhh dah lama majlis ini berlalu..sekarang baru dapat update pasal entry ini..hihihi


Shaila nikah selapas asar, yang hadir pada hari pernikahan shaila kebanyakkan ahli keluarga shaila dan juga keluarga sebelah lelaki. Shaila di make up oleh butik pengantin yang shaila ambil pakej dengannya.




Inilah pelamin shaila semasa majlis pernikahan shaila. Pelamin shaila kakak ipar shaila yang sponser..Alhamdulillah...



Baju shaila pula adalah sebenarnya shaila beli semasa shaila hendak bertunang, tapi family request tukar warna purple..jadi shaila simpanlah baju ini untuk nikah..hihihi

Sekitar Gambar Majlis Akad Nikah Berlangsung




Katering ~ family gotong royong sahaja...hihihi


Dengan sekali lafaz...


Alhamdulillah...saya menjadi isteri kepada En Suami...


Majlis batal air sembahyang


Shaila bersama family shaila


shaila bersama family sebelah suami shaila


Haaa...inilah kawan baik shaila since di UITM Perak sehinggalah sekarang..hihihi


Selepas Majlis akad Nika..jom jumpe saudara mara..


Shaila dengan Baby Feya yang muka banyak masam...hahaha

Okay sampai disini sahaja entry shaila...jumpa lagi di entry akan datang...daaa...

Sekian Terima Kasih
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...