November 09, 2014

I am Pregnant!!!

Assallammualaikum


Alhamdulillah rezeki dari Allah..setelah 10 hari tidak datang period, shaila telah membuat ujian kehamilan..alhamdulillah keputusannya positif. Perasaan shaila masa itu hanya Allah sahaja yang tahu...rasa hendak meloncat2 pun ada juga...hihihi..Apabila shaila menyedari shaila hamil, suami sarankan untuk berhenti mengambil jus delima gulsan ini untuk sementara waktu hinggalah shaila melahirkan baby kelak.
P/S: Rezeki anak itu adalah dari Allah, produk-produk ini hanyalah sampingan...Allah menentukan segalanya. Selain itu shaila tidak menjual produk-produk ini yer, hanya berkongsi pengalaman shaila sahaja.


Tara....apakah didalam ini? Haaa...inilah cara shaila surprise my husband. pagi jumaat itu, shaila kejut dia untuk pergi office, kemudian shaila bagi kotak ini pada dia.Apakah dalam kotak ini? haaa mesti korang dah dapat tekakan..hihihi


Taraaaaa...inilah barang terkandung didalamnya..hihihi..muka dia time itu agak blurrr..hahaha...tapi shaila terangkan baru dia teruja....okay sampai sini sahaja..jumpa lagi di next entry..

Sekian Terima Kasih

November 07, 2014

Perancangan Selepas ke Alam Perkahwinan - Jus Delima Gulsan

Assallammualaikum

Hai semua..okay entry hari ini sambungan dari entry semalam click SINI untuk melihat entry semalam.Entry semalam shaila ada mention pasal produk shaila makan sebelum berkahwin, Okay hari ini shaila hendak cerita pula produk shaila pakai selepas berkahwin. Produk ini lebih kepada pasangan yang ingin mempunyai cahaya mata. Berkesan atau tidak itu..tungguuuuu hasilnya yer..tapi kita mesti ingat yer rezeki itu datang dari Allah, kita hanya berusaha dan bertawakal, Allah menetukan segalanya.


Inilah produk yang shaila maksudkan iaitu Jus Delima Gulsan. Produk ini kakak saudara shaila yang syorkan. Katanya sesuai untuk orang yang mahu menimang cahaya mata. Selain untuk menimang cahaya mata, produk  ini juga terkandung banyak khasiat yang tersembunyi didalam produk ini. Antara khasiatnya adalah :

KECANTIKAN
1.Menghalang dan merawat jerawat
2. Menyembuhkan kerosakan kulit
3. Menjadikan kulit gebu dan licin
4. Menyingkirkan lemak berlebihan dan juga boleh melangsingkan badan...InsyaAllah...
5. Menegangkan payudara, membentuk perut dan punggung yang lebih kemas

KESIHATAN
1.Meningkatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit
2.Melancarkan peredaran darah
3.Mengeluarkan angin dan asid dalam badan anda (boleh mencegah penyakit gastrik dan juga kanser usus)
4.Melancarkan proses penghadaman makanan, melancarkan kerja-kerja mengepam darah untuk keperluan sel-sel badan kita
5.Membakar kalori dengan cepat, meningkatkan tenaga dan juga dapat memulihkan keletihan
6.Membuang asid urik di dalam sendi untuk meredakan penyakit Gout
7.Mengelakkan rasa mual (ketika hamil), melega masalah pening kepala
8. Dikenali sebagai "Viagra Semulajadi" iaitu dapat meningkatkan tenaga seksual
9. Memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid (untuk mengelakkan senggugut)
10. Merapatkan rahim dan juga menyuburkan rahim
11. Menurunkan paras glukosa dalam darah, membantu pesakit kencing manis
12. Menghapuskan kahak dan meredakan batuk
13. Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua...dapat juga mengurangkan risiko penyakit jantung
14. Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar sekolah
15. Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yang tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh kita daripada rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf
16. Khasiat pati delima juga mampu merawat cirit-birit, mengurangkan panas di dalam badan dan juga demam, membunuh cacing di dalam usus, memutihkan kulit, mengurangkan tekanan darah tinggi, melancarkan fungsi buah pinggang, menambah darah. mengekalkan kesihatan dan juga fungsi mata.

Shaila makan produk ini selama sebulan dan hasilnya adalah: NEXT ENTRY

Sekian Terima Kasih
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...