November 06, 2014

Perancangan Sebelum ke Alam Perkahwinan - Jamu Ratu Dara

Assallamualaikum

Hai..semua apa khabar?okay hari ini shaila hendak cerita produk yang shaila guna sebelum menjejak ke alam perkahwinan..huhuhu..untuk bakal b2b boleh lar mencuba.Okay produk yang shaila maksudkan adalah:

Jamu Ratu Dara


Shaila mengambil produk ini 3 bulan sebelum berkahwin.Jamu ratu dara ini banyak kebaikkanya antaranya adalah : 
  • Sangat berkesan untuk merapatkan, mengetatkan serta menghangatkan lagi bahagian keintiman wanita. 
  • Mengembalikan tenaga batin luaran & dalaman wanita.
  • Merawat keputihan dengan berkesan.
  • Melancarkan haid dan mengatasi sengugut.
  • Membantu mengatasi sakit pinggang & membuang angin dalam badan.
  • Memulihkan tenaga dan peredaran darah.
  • Mengecut & menguatkan rahim selepas bersalin.
  • Meningkatkan kesuburan wanita.
  • Membantu mendapatkan zuriat.
  • Melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
  • Membantu menurunkan berat badan.
  • Mencegah barah payudara dan rahim.
  • Seri awet muda dan boleh mencantikkan kulit.
Pengalaman shaila makan produk ini, badan rasa ringan dan tidak cepat letih. Selain itu period shaila jadi sangat teratur tiap-tiap bulan.Masaalah keputihan shaila juga berkurangan. Selain itu ia juga melawaskan pembuangan air besar dan juga kecil.Shaila makan jamu ini sampai sebulan selepas kahwin, kemudian shaila berhenti makan kerana shaila rancang hendak mempunyai anak. Kemudian untuk merancang kehamilan shaila mencuba produk ini : 

Shaila akan cerita pada NEXT ENTRY

Sekian Terima Kasih


September 13, 2014

Throwback Majlis Malam Berinai

Assallammualaikum

Hai semua apa khabar? diharap dalam keadaan sihat selalu.Hokey kali ini shaila hendak kongsi gambar semasa majlis malam berinai. Sebenarnya Majlis ini saja-saja buat atas permintaan family.

Baju Bollywood



Malam Berinai secara umumnya terbahagi kepada dua iaitu Berinai Kecil dan Berinai Besar. Majlis Berinai Kecil kebiasaannya hanya diadakan untuk pengantin perempuan dan saudara mara rapat mereka sahaja. Majlis ini akan diadakan sehari sebelum si gadis bernikah dengan pasangannya. Tujuan Majlis Berinai Kecil ini lebih kepada ingin memberikan restu dan melahirkan rasa gembira kerana si gadis bakal menjadi isteri dan perkahwinannya amatlah dinantikan oleh ahli keluarga yang merestui.

Baju Kimono



Manakala Majlis Berinai Besar pula akan melibatkan persandingan kedua pasangan pengantin yang telahpun selamat dinikahkan. Pasangan pengantin lebih suka mengenakan pakaian jenis tradisional sama ada songket bunga tabur ataupun songket bunga penuh. Majlis ini juga hanya diraikan oleh rakan rapat serta saudara mara kedua belah keluarga pengantin lelaki dan perempuan. Ia hanya diadakan di rumah pengantin perempuan. Tujuan Majlis Berinai Besar ini diadakan selain untuk meraikan kehadiran keluarga pengantin lelaki ia juga lebih kepada ingin berkenalan sesama ahli keluarga. Memandangkan ia tidak dapat dilakukan dengan sempurna pada hari persandingan kerana terdapat tetamu yang ramai sehingga menyukarkan untuk memberikan layanan yang lebih istimewa.

Baju Tradisi Jawa



Sememangnya Majlis Berinai Kecil mahupun Majlis Berinai Besar mempunyai simbolik dan keistimewaan tersendiri. Masyarakat dahulu amat menitikberatkan hubungan kekeluargaan dan silaturrahim sesama jiran sekampung. Berbeza dengan zaman sekarang, tidak ramai yang masih mengekalkan adat dan budaya kerana kehidupan di bandar tidak lagi mengamalkan sikap saling tolong menolong dan ramah mesra sesama jiran tetangga. Kos perbelanjaan perkahwinan waktu itu tidaklah terlalu besar kerana jiran tetangga saling memberikan bantuan samada dari segi kewangan mahupun barangan dapur yang dapat digunakan bagi mengadakan sesebuah majlis. Berbanding sekarang, kos perbelanjaan berpuluh ribu hanya dapat digunakan untuk satu majlis kerana kos tempahan katering dan dewan memakan belanja yang amat besar berbanding konsep gotong royong.


Majlis malam berinai shaila dilakukan pada sebelah malam selepas majlis akad nikah dan juga marhaban.
Gambar Perkahwinan shaila belum siap lagi..sobsobsobsob..jadi tidak boleh buat throwback lagi majlis akad nikah dan perkahwinan lagi.

Sekian Terima Kasih

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...