December 24, 2013

Review Produk Nutox Oxyfusion

Assallammualaikum


Hai semua apa khabar.Rasa macam sudah lama shaila tidak buat entry, maaflah sekarang sibuk sedikit..hihihi....Okay hari ini shaila hendak review tentang nutox oxyfusion. Shaila pakai produk ini selama 2 minggu, untuk kulit jenis shaila iaitu kulit combinasi hasilnya adalah : 

KIta lihat dahulu dari sudut positif :

Kulit menjadi halus dan mulus
pori-pori menjadi kecil

Kalau dari sudut negative pula adalah :

Kulit shaila naik jerawat dan
menjadi gelap.

Adakah shaila masih menggunakan lagi produk ini? 

jawapanya tidak since kulit shaila naik jerawat dan menjadi gelap, shaila terus stop. Ada juga kawan-kawan shaila berpendapat itu adalah antara salah satu proses untuk menyah toksin tetapi shaila takut juga kalau kulit shaila menjadi semakin gelap dan semakin naik jerawat jadi shaila buat keputusan untuk berhenti.

Adakah produk ini tidak bagus?

Sebenarnya untuk menilai sesuatu produk bergantung pada kulit kita. Shaila telah menjual produk ini pada kawan office shaila, feedback dari dia adalah produk ini okay. Muka dia tidak menjadi gelap atau naik jerawat. Sampai sekarang dia masih menggunakan produk itu dan shaila tengok muka dia okay sahaja tidak menjadi gelap atau ditumbuhi jerawat.

Okay sampai sini sahaja review shaila tentang produk nutox oxyfusion.

Sekian Terima Kasih
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...