December 02, 2013

INTRADE MALAYSIA 2013 - Revitalising Export Growth

Assallammualaikum


Hai semua...apa khabar? di harap sihat selalu. Okay kali ini shaila hendak cerita tentang satu event yang dianjurkan oleh pihak Intrade. Shaila pada hari itu mewakili company untuk jaga booth di sana.


Event ini juga disertai oleh beberapa buah negara seperti Jepun, India , Pakistan ,malaysia dan beberapa buah negara lagi. Tujuan event ini di adakan adalah untuk mempromosi produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh company masing-masing. Di sana saya kagum melihat campany-campany dari malaysia mampu mencipta teknologi yang setaraf dengan luar negara.


Diatas adalah rekaan yang dicipta dari negara jepun. Sha memang palin suka melawat booth dari jepun kerana Rekaan mereka memang memang menarik dan comel.Kebanyakkan produk dari jepun ini hanya untuk display sahaja tidak boleh dijual,sayangkan, kalau tidak sha dah beli volet hello kitty tu...hihihi


Barang-barang perhiasan ini pula daripada sabah, perhiasan ini semua diperbuat daripada mutiara memang cantik berkenan sungguh shaila tengok  tetapi harganya pun cantik juga, ada juga yang murah seperti cincin tetapi nanti beli tersadai sahaja di rumah..


Buat pengetahuan semua, perobot ini diperbuat daripada kotak tau, memang menerujakan.Yang istimewa tentang produk ini adalah walaupun diperbuat daripada kotak memang kukuh dan kuat jadi boleh ia adalah salah satu produk yang  boleh digunakan.


Tara!! comelkan dekorasi bilik ini, dahlah color pink boleh pula letak patung hello kitty,memang ngamlah..booth ini terletak berhadapan booth shaila, mereka menawarkan perkhidmatan dalam bidang interior design.


Okay beg ini hasil buatan Malaysia memang cantik dan menarik sehingga menarik perhatianku untuk membelinya..hihihi


Baju ini pula dari india..cantikkan? rekkan dan corak-corak yang direka memang cantik dan unik.


selendang shaila juga daripada india..hihihi...murah je tau RM10 saje..


Ini antara contoh sari daripada India.Cantik dan colourful

Shaila dengan beberapa contoh kain sari.


Gambar diatas pula adalah produk daripada percetakan tenaga. Percetakan tenaga ini membuat packaging produk. Keisitimewaan produk mereka adalah packaging yang mereka reka memang menarik dan cantik. Bagi mereka rekaan packaging yang cantik dan merarik adalah faktor utama untuk menarik pelanggan untuk membeli sesuatu produk 


Dan gambar terakhir adalah apa yang menarik tentang produk ini adalah bentuknya yang variasi begitu juga dengan decoration serta warnanya memang cantik dan mampu menarik perhatian sesiapa yang lalu di booth itu.Okay sampai disini saja ulasan shaila yang tidak seberapa ini.

Sekian Terima Kasih
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...