September 25, 2013

Produk Skinz Infinite dan Bio-essence

Assallammualaikum

Haiiiii semua...apa khabar...okay hari ini shaila hendak cerita pasal produk yang shaila pakai sekarang.Di sebabkan seorang rakan saya bertanya...jadi shaila ceritalah...sebelum ini korang semua tahukan shaila pengguna tegar Adha-Skin care...kalau yang tidak tahu, okay shaila memang pengguna tegar Adha Skin care. shaila dah guna produk Adha hendak masuk setahun jugak lar..produk adha memang super baik dan berkesan pada kulit shaila tetapi shaila meragui thap keselamatanya kerana belum dapat bukti yang sebenar-benarnya...adakah produk ini diluluska oleh kementerian kesihatan atau tidak..jika korang ada...sila kemukakan yer...hehehe


Haaaa...inilah produk shaila guna iaitu skinz Infinite.Diatas itu adalah pencucui muka dan juga toner. Produk ini memang sangat wangi,bau dia pun rasa nyaman sahaja..


Yang ini pula pelembap dia youth recall Day Moisturiser SPF20PA++

My Testimoni

Shaila pakai ketiga-tiga produk diatas selama seminggu. Apa yang shaila dapati adalah muka shaila tumbuh bintik-bintik macam ruam dan muka mula naik jerawat.Moisturiser dia okay da tidak berminyak sangat.Shaila tidak tahu sama ada pencuci,toner atau pelembap yang tidak sesuai dengan kulit shaila..atau keluarnya ruam-ruam itu adalah tanda produk itu sedang berkerja?? waallahualam...then now shaila dah stop pakai skinz


Jadi...penyelesaianya adalah shaila pakai pencuci,skrub dan toner dari safi rania gold..apa yang shaila rase selepas cuci muka, muka shaila terasa lembut dan lembap.Manakala ruam-ruam juga tidak timbul lagi


Kemudian untuk waktu siang pula shaila pakai bio-essence sunscreen SPF 56..Okay produk ini memang dah lama shaila pakai..Shaila banyak kali pakai bawa pergi pantai,memang terbaik..kulit tidak terlampau burm berbanding jika tidak pakai..unutk produk ini,memang shaila suka...


Okay yang ini pula shaila pakai pada waktu malam kerana produk ini sangat berminyak jika dipakai waktu siang..Okay produk ini untuk jeragat.Shaila sudah 2 minggu tetapi belum nampak apa-apa perubahan lagi,jergata shaila warna dia masih stay macam itu tidak berkurang pun..okay sampai disini sahaja...

-Daaa-

September 23, 2013

Bercuti di Teluk Batik

Assallammualaikum


hai..semua...okay kali ini hendak cerita tentang percutian shaila sekeluarga serta anak-anak buah.Okay pada hari ahad yang lepas, shaila pergi bercuti ke Teluk Batik. Kan hari isnin cuti sempena cuti 1 Malaysia...jadi shaila gerak pagi ahad... percutian ini tidak dirancang pun, tiba-tiba hari selasa sebelum pergi bercuti,abah shaila telefon suruh cari tepat penginapan di Teluk Batik..fuhhh..nasib masih ada kosong, kalau tidak memang tidaklah kami pergi bercuti.ohhh abaikan muke anak buah shaila itu...anak buah shaila itu memang suke buat mimik muka yang bajet comel macam itu...hahaha


Semasa singgah minum pagi..shaila terjumpe pulak dengan kucing yang bajet handsome ini...so apa lagi...ambil gambar lar...mesti masa ni kucing itu berasa banggakan sebab ada peminat ambil gambar dengan dia...muahahaha


Haaa...inilah tempat shaila menginap, nama chalet ini adalah chalet impian.okay lar chalet ini lagipun dekat dengan pantai jadi bila-bila boleh pergi mandi..harga chalet di belakang shaila ini adalah rm 120...sebenarnya shaila dapat dorm,tapi  lupa pulak nak pick gambar dorm itu..harga dorm itu sebenarnya rm 180.00 tetapi tuan punya dorm itu baik hati dia bagilah diakaun.Dalam dorm itu ada 4 katil berkembar dan satu bilik air...jadi kitaorang memang tidak ada masaalah untuk berebut tempat tidur sebab berlebih-lebih sudah.


Chalet Impian


Tara!!.. shaila jumpa obor-obor yang sangat besar semasa jalan-jalan dengan anak buah dekat tepi pantai.Sebenarnya motif kitaorang hendak pergi beli ais batu,entah macamana teruja sangat nampak pantai jadi shaila ajak lar anak buah jalan-jalan dekat pantai dahulu.


Cuba teka shaila pegang ke tidak obor-obor itu...haaa..korang tahu tak selepas shaila dan anak buah bergambar dengan obor-obor itu terus ramai orang datang dekat kitaorang untuk tengok obor-obor itu..wahhh...shaila telah menyebabkan obor-obor itu popular...hahaha...Rupanya ramai yang tidak perasan obor-obor itu tersadai disitu. kemudian petang itu shaila datang balik untuk tengok obor-obor itu,tapi dah tiada...melepas anak buah shaila yang lain untuk tengok..


Jom kita mandi-manda...hahaha...masa ini pagi isnin,walaupun waktu masih pagi,bahangnya sangat-sangat terasa.


dua orang anak buah shaila yang tidak henti-henti mandi walaupun masa ini diorang demam.


haaa...untuk naik bot ini harganya rm5.00 untuk seorang...tapi dia tidaklah bawak jauh mana pun shaila rasa tidak sampai setengah jam pun..^^


Lihatlah anak-anak buah dan abah khusyuk menikmati pemandangan laut...okay sampai sini sahaja...

Contact Chalet Impian Teluk Batik

PUAN SITI : 019-579 3907 atau PEJABAT : 05-6898961

Laman Web


-TQ-

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...