August 30, 2013

Diy Bunga Hantaran dan Bunga Telur

Assallammualaikum




OKay..hari ini shaila hendak tunjuk serba sedikit tutorial buat bunga dari crepe paper..sebelum ini, comel tak hantaran di atas? hihihi

Bahan-bahan Untuk Bunga

1.Crepe Paper
2. Guntung
3.Dawai Bunga
4.Fetal Bunga (kalau hendak letak)



Bahan-bahan Untuk Bunga Telur

1.Crepe Paper (RM 0.80- RM1.00)
2. Gunting (FREE)
3.Dawai Bunga (RM1.00)
4.Fetal Bunga (kalau hendak letak) (RM1.00)
5.Lidi Kayu (FREE)
6.Pembalut Bunga (RM1.00)
7.Reben (RM2.50- RM 3.00)
8.Kain Kasa (Untuk Balut Telur) (RM 5.00 SEMETER)

Cara-Caranya

1.Crepe Paper kena potong  memanjang macam contoh diatas

2. Kalau hendak lebih menarik,combine 2 color dan shaila guna color block tau...huhuhu..

3.Kemudian lipat memendek macam bentuk kipas dan potong bulat di hujungnya


4. Proses terakhir adalah tarik bunga yang telah di ikat itu keatas satu persatu...done!!


Antara Yang Shaila Buat..^^

P/S: Buat benda ini memang kena banyak sabar dan hati-hati...tapi yang pasti korang akan rase puas hati kerana hasil tangan korang sendiri..^^

Selamat Mencuba..Daa..

Sekain Terima Kasih

August 28, 2013

Diy Pelamin

Assallammualaikum


Haa...inilah Diy Pelamin hasil tangan shaila...serius shaila cakap...memang puas hati sangat-sangat walaupun nampak simple...tapi shaila puas hati sebab hasil tangan shaila sendiri


okay nampak tak kerusi yang comel itu? shaila pinjam dari kakak saudara shaila...serius ramai yang berkenan dengan kerusi itu..^^

Langsir ungu tue pulak shaila pinjam dari umah mak cik shaila..^^

Bola-bola color purple tu shaila buat sendiri..^^

begitu juga dengan 3 kuntum bunga tu shaila buat sendiri

Okay bunga dan tanglung shaila beli di kaison..^^


bingkai love tu pulak adalah pengepit langsir.Manakala bunga pink tue shaila beli dipasar dan teddy bear tu en.tunang yang bagi..^^

P/S:Guna apa yang ada untuk dijadikan hiasan..jangan membazir..^^

Sekian Terima Kasih

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...