July 12, 2013

Tony Moly Tony Tint

Assallamualaikum


HAi semua...entry shaila kali ini adalah tentang Tony Moly Tony Tint..shaila pakai yang belah kanan seperti gambar dibawah...shaila pakai cherry pink..shaila suke pakai benda ini sebab tahan lama even lepas makan pun color dia still ada...so xyah pas makan nak lipstik balik...selalu sebelum pakai tony ini,shaila pakai lipice jenama maybelline..baru shaila pakai tony..Untuk tony tint ini...shaila bagi 4/5..^^


Liptint Obuse mudah diserap,tahan lama dan membuatkan bibir tidak nampak pucat. Liptint Obuse adalah water based,so tidak seperti lipstick atau lipgloss yang bertekstur berat.

Kelebihan Liptint Obuse :
~ Warna Alami dengan pemakaian secukupnya
~Liptint tidak membuat bibir kering kerana mengandungi jojoba oil dan stiva ekstrak
~ Diperkaya dengan Vitamin E
~ Kalau pakai lip tint, bibir jadi berwarna tapi tidak terasa berat seperti memakai lipstick, lebih ringan dan tampak alami
~ OBUSE TINT yang bagus juga jauh lebih tahan lama daripada lipstik. Warnanya tidak akan hilang walaupun dipakai saat makan dan minum.
~ Dengan pemakaian teratur boleh membuat bibir berwarna pink alami.
~ Packing yang kecil sehingga mudah dibawa kemana-mana
~ Pemakaian yang lama hingga 1-2 bulan

Tips Pemakaian :
~ Setelah mengaplikasikan Liptint dalam bentuk dot-dot 2-3 dot,segera ratakan,jangan ditinggal dalam waktu lama karena cepat kering dan susah hilangnya
~ Pastikan saat meratakannya benar-benar merata kalau tidak akan terlihat tidak natural.

16 sebab mengapa anda harus membuang lipstick anda dan menggantikan dengan Lip Tint!!!

1. Mudah disapu - hanya dot-dot kan dibibir dan ratakannya menggunakan bibir untuk hasil natural
2. Tidak melekit - kelihatan natural selepas disapu
3. Soft Look- nampak lembut dan sebati kerana ia cepat meresap ke kulit.
4. Terasa Ringan- struktur yang ringan membuatkan anda selesa melakukan apa jua aktiviti.
5. Hanya Sapu Sedikit Saja kerana warnanya yang pekat
6. Boleh diguna sebagai blush on,oles kat pipi & ratakan
7. Express (10saat)- hanya 10 saat saja kerana letak beberapa dot dan sapu saje
8. Pink Semulajadi- nampak seolah olah memang berseri dari dalam!
9. Jenis cecair - sangat selesa memakainya
10. Warna Pink Yang Segar- tiada lagi kepucatan
11. Mudah Dibawa
12. Tahan Lama
13. Kelihatan Anggun
14. Harga Berpatutan
15. Cute Packaging
16. Bibir Persis Pelakon KOREA

Sekian Terima Kasih

July 09, 2013

Fungsi & Kebaikan Bedak TANAKA

Assallamualaikum



Hai semua...okay hari ini shaila hendak review pasal Bedak Tanaka..Pada suatu masa dahulu, kayu Tanaka ini digunakan oleh golongan kerabat diraja disana untuk mencantikkan kulit. Dipercayai kayu Tanaka ini berfungsi untuk melindungi kulit daripada pancaran matahari yang terik. Ia juga dapat menyejukkan, menyerap lebihan minyak dan menyerap peluh..Bedak ini Shaila dapat free gift semasa beli Adha skin care...Shaila dah cuba bedak ini...bedak ini memang best...bila pakai terasa sejuk sahaja muka..dan muka menjadi segar...untuk kelihatan putih dan sebagainya shaila belum nampak lagi...sebab baru pakai...tetapi bila lihat fungsi bedak ini...fuhhh mantap...bedak ini juga boleh buat macam foundation tau...caranya adalah basahkan span then dap..dap...dap...pada muka...shaila sudah cuba...memang tahan minyak...tapi tahap UV dia shaila tidak pasti berapa...tetapi shaila kurang gemar bau dia...maybe shaila kena cuba haruman lain..kerana dia mempunyai 4 haruman..untuk bedak ini shaila boleh bagi markah 3/5.Harga bedak ini adalah RM20.00..

101 fungsi dan kebaikan antaranya ialah

✔melicinkan kulit muka

✔memberi kesegaran pada kulit

✔mengurangkan kadar pengeluaran minyak/sebum pada kulit

✔menanggalkan sel kulit mati

✔ia membantu sejukkan kulit

✔membersih & menengang wajah

✔ Sesuai untuk kanak-kanak dan bayi 1thn lebih

✔ Sesuai untuk semua lapisan umur

✔ Menghilangkan ruam-ruam badan

✔ Boleh digunakan dimuka dan badan

✔ Menghilangkan gatal-gatal badan

✔ Mengecutkan jerawat

✔ Lembutkan kulit dan menghaluskan.

✔ Hilangkan jeragat

✔ Menyejukkan & mengurangkan minyak di kulit muka

✔ Pelindung cahaya matahari

✔ Boleh dijadikan sebagai bedak sejuk dan foundation


Bedak Tanaka mempunyai 4 jenis haruman :-

- rose(warna pink)

-jasmine(putih)

-krim(original)

-hijau(lemon)

P/S: Cara Guna...Untuk jadikan sebagai foundation cuma sapukan bedak TANAKA rata2 ke muka guna tangan atau span muka. ** Untuk jadikan sebagai bedak sejuk cuma basahkan tangan atau campurkan bedak TANAKA dgn air dan sapu kan ke muka. Lps 30 min boleh cuci atau nk pakai sepanjang mlm pun blh…blh cakap2 time sapu..muka x kedut mcm pakai masker.. ** Boleh pakai waktu siang sebagai foundation atau waktu malam sebagai bedak sejuk. ** Boleh digunakan untuk semua jenis kulit berjerawat, sensitif, normal dan sebagainya. ** Sesuai untuk lelaki dan wanita…dewasa dan kanak-kanak.

Awards & Certificate Bedak Tanaka Myanmar ShwePyiNann
- ISO 9001:2008
- 2008 Global Excelleence Awards
- 2009 People's Choice Awards
- Bureau of Food & Drugs - Kementerian Kesihatan Philippines
- HALAL Myanmar
- FDA ( Thailand )
- Test Report PSB Singapore
- Approved Kementerian Kesihatan Myanmar
- Certificate of State Registration in Russia

Sekian terima Kasih

July 08, 2013

Sukaneka Afiq Ilman

Assallamualaikum

Pada hari ahad pula adalah sukaneka anak buah shaila Afiq Ilman...diatas adalah antra barisan kanak-kanak tadika yang berumur 4 hingga 5 tahun..anak buah shaila berumur 5 tahun.Mereka mengenakan T-Shirt sukan berwarna Pink Biru...shaila berkenan sungguh dengan warna sukan budak-budak ini..^^

Inilah anak buah kesayangan shaila...Afiq Ilman

ini merupkan salah satu acara yang anak buah shaila masuk...iaitu susun menara...mesti korang pun pernah main permainan inikan?hahaha...shaila?of course lar pernah...antara permainan fav shaila time sekolah...

Afiq bersama salah sorang kawan rapat di tadika..

Ini pula adalah acara special...acara ini mengkehendaki anak menyuap ibunya makan nasi lemak...hahaha...lawak gile kakak saudara shaila...sampai tidak tertelan dia...tapi acara ini sweet sangat..^^

Jeng..jeng...jeng...anak buah shaila menang dapat dua sahaja medal...tapi okaylah...atleast menang juga...actually yang seronoknya bukan apa...kelakar melihat budak-budak ini bersukan...ada yang bersemangat...ada yang blur...ada yang asyik tengok parents jer...tidak kurang ada yang muka masam sahaja...tetapi telatah mereka memang menghiburkan..^^

Sekian Terima Kasih

Majlis Cukur Jambul Afia

Assallamualaikum

Pada hari sabtu yang lepas, majlis cukur jambul anak buah shaila telah berlangsung dirumah mak cik shaila..Alhamdulillah majlis itu berlansung tanpa sebarang masaalah..

Ini adalah pelamin untuk majlis cukur jambul itu

Ini pula adalah antara decorasi yang digunakan pada pelamin..

Inilah anak buah shaila...nama anak buah shaila adalah..Nur Afia Hazrieda..Afia merupakan anugerah dari Allah.Kelahiran Afia memberi seribu rahmat buat abang dan kakak saudara shaila..

Inilah kakak saudara shaila..ibu kepada Afia.

Antara barisan rakan-rakan marhaban mak cik shaila...Marhaban ini juga diketuai oleh Mak cik Shaila sendiri..

Okay...inilah kakak-kakak saudara shaila yang comel...tapi maaf not available lagi...semua sudah berkahwin...huhuhu

shaila dengan anak buah kesanyang shaila...Aleesyah dan juga baby Afia yang comel...^^

Sekian Terima Kasih

July 01, 2013

Floria Putrajaya 2013

Assallamualaikum


Pada hari ahad yang lepas,saya dan family pergi Floria Putrajaya 2013. Saya pergi pun time tue dah petang dalam pukul 4 kot sampai...parking memang susah cari..Jauh juagalah berjalan sdari parking ke Floria...tapi saya tidk stay sampai malam pun...sebab hendak keje lagi..takut penat...ini pun still rasa penat lagi..Dan semalam juga merupakan hari penutupan untuk  Floria Putrajaya 2013.



Saya berkenan betul dengan rekaan rumah ini,memang cantik...sejuk saje mata memandang..


ini pula dalah ci=ontoh hiasan yang menggunakan bunga orkid sebagai hiasan...so bolehlah buat dirumah...^^


Ini adalah antara bunga orkid yang menjadi tarikkan pengunjung..memang cantik...tapi harga dia...alamak...xmampu...dapatlah baju kurung moden sepasang...hahaha...hanya mapu melihat  sahaja...^^


Art form diatas dubuat menggunakan pasu-pasu kecil...unikkkan...memang kreatif diorang ini..


Aunty dan uncle kepenatan berjalan...memang besar tempat ini..lenguh jugalah berjalan...tapi puas hati...sebab dapat lihat perbagai jenis bunga orkid yang ada disana...


Basikal ini merupkan salah satu hiasan yang menarik perhatian saya...comelkan...^^


Hahaha...muke eksyen abah saya...real x berlakon...^^


Gadis bunga...cewah...hahaha


 Diatas itu pulak saya bergambar di tugu untuk mengingati jasa pahlawan yang gugur..^^


ini adalah antara rekaan landscape...cantikkan...


Saya suka giler bunga orkid ini...sagat-sangat cantik..!!


saya beli bunga matahari...sebab memang dah lama saya mencari bunga matahari...akhirnya jumpa jugak...suke..^^


Pemandangan senja di Putrajaya...Keindahahan Alam Ciptaan Allah..

Sekian Terima Kasih

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...