Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

August 11, 2019

Terengganu 2019 - Hari Kedua

Assallammualaikum ❤️

Hari ini merupakan sambutan hari raya haji untuk semua umat islam. Shailla sambut hari raya haji tahun ini di Terengganu.


Raya Haji di Terengganu, pagi-pagi Shailla sekeluarga telah dihidangkan sarapan pagi iaitu nasi dagang. Fuhhh.. Rasanya memang sedap. Hihihi

Kemudian Shailla sekeluarga pergi menziarah saudara di Kuala Terengganu. Perjalanan dari Kemaman ke Kuala Terengganu jauh juga, sempat juga la tidur.. Hahaha.


Selepas selesai menziarahi saudara di Kuala Terengganu, Shailla dan keluarga kemudianya pergi ke Pantai Seberang Takir. Angin di sini sangat kuat. Sebenarnya pantai ini ada tempat-tempat menarik untuk ambil gambar tetapi dek kerana tempat-tempat menarik itu ramai orang dan cuasa yang panas, jadi Shailla cari tempat yang kurang orang. Jadi dapat gambar pemandangan pantai sahajalah.. Hihihi.


Kemudian Shailla sekeluarga naik Jambatan Angkat Kuala Terengganu. Sebelum naik ke situ, Shailla bergambar dahulu di tepi jambatan itu. Orang sini kata kalau bergambar di sini, perasaannya lebih kurang bergambar di Effel Tower.


Shailla sekeluarga kemudian singgah untuk menikmati keropok losong di Pantai Sura Tengah. Kemudian Shailla sekeluarga pulang ke Kemaman balik. Esok harinya Shailla sekeluarga ada Majlis untuk korbankan lembu di rumah saudara pula.

Okay sampai di sini sahaja entry Shailla kali ini, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih

Terengganu 2019 - Hari Pertama

Assallammualaikum


Untuk hari pertama ini, jeng.. Jeng.. Jeng.. Mengadap jem.. Hahaha. Shailla gerak dari Sungai Buloh pada pukul 5.30 petang.

Sepanjang perjalanan memang tidak minum banyak air untuk mengelak terkencing.. Hahaha.

Perjalanan pun ada pasang surutnya tau. Sekejap laju, sekejap sederhana laju dan kadang kala memang perlahan terus.

Memang kematulah punggung ini dek kerana perjalanan yang lama.. Hahaha.

Paling lawak si Areez terpaksa pakai pampers adik kerana tidak tahan untuk kencing..hihihi.

Selepas itu, Shailla singgah sebentar di rnr temerloh untuk ke tandas dan makan. Dekat situ kebanyakkan kedai jual tempoyak ikan patin. Jadi Shailla makan bakso keaw teaw, hurmmm sikit jer keaw teaw dia. Rasa macam celah gigi jer tambah kongsi makan dengan anak.. Huhuhu

Alhamdulillah selepas Rnr Temerloh, jalan lancar dan tidak tersekat jem lagi. Lebih kurang 12.45 pagi Shailla selamat sampai ke tempat yang dituju. Shailla duduk di Homestay saudara bapa mertua di Kemaman Terengganu.

Sampai di sini sahaja celoteh Shailla, jumpa lagi di entry akan datang.

Selmat Hari Raya Haji!!

Sekian Terima Kasih

August 10, 2019

Genting Highlands 2019

Assallammualaikum

Genting Highlands Premium Outlets 



Hari itu Shailla ada majlis hari lahir di Serdang. Alang-Alang terus naik Genting pergi Genting Highlands Premium Outlet.


Gambar ini di rakam dari tingkat atas bangunan. Cantikkan pemandanganya, sejuk saja tengok kehijauan alam setelah hujan berhenti.


Cantik juga ambil di sini, tambah masa ini cahaya tengah cantik.. Hihihi. Aqeef muka terpaksa ambil gambar. Mana tidaknya dalam hati meronta-ronta nak naik keretapi dekat depan itu..hahaha.


Dekat sini pun ada taman permainan untuk anak-anak main. Kemudahan di sini semua sedia lengkap jadi tidak perlu lagi risau lapar ke, terlewat solat ke atau membuang air. Semuanya lengkap tersedia di sini.

Kereta kabel Awana Skyway


Ingat nak naik Cable Car, tapi malangnya ketika Shailla pergi Cable Car tutup untuk penyelenggaraan. Makanya tak dapat la naik, dapat ambil gambar jer.. Hihihi

Selepas itu Shailla pun balik. Walaupun tidak beli apa-apa tetapi cukup la pergi untuk cuci mata...hahaha..okay sampai di sini sahaja entry Shailla, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian, Terima Kasih



July 27, 2019

Tempat Menarik di Cameron Highlands 2019

Assallammualaikum,

Hai semua, wahhh.. Lama juga rasanya tidak update entry blog ini. Okay kali ini Shailla ingin bercerita tentang percutian pendek Shailla ke Cameron Highlands. Shailla pergi bercuti selama 2 hari 1 malam sahaja. Jadi tidak banyak tempat yang Shailla dapat pergi.

Hari Pertama

Hutan Lipur Lata Iskandar



Tempat pertama yang Shailla singgah adalah Hutan Lipur Lata Iskandar. Tarikkan yang terdapat di sini adalah air terjun tinggi.


Kebiasaannya pelancong akan singgah di sini untuk mengambil gambar berlatarkan air terjun ini. Shailla pergi hari jumaat. Walaupun hari biasa, tetapi tempat ini tetap ranai pelangcong yang mengunjunginya. Jadi korang kena pandai-pandai cari lokasi untuk bergambar memandang ramai pelangcong yang turut bergambar di situ.


Di bahagian luar juga terdapat pelbagai jenis gerai-gerai yang menjual makanan dan juga cenderahati.

Bee Farm Strawberry Farm





Tempat kedua yang Shailla singgah adalah Bee Farm Strawberry Farm. Di sini terdapat pokok-pokok dan bunga matahari yang besar.


Di sini juga terdapat lokasi untuk bergambar yang berlatar belakang dinding berwarna warni dan juga gambar lebah.


Di sini juga turut mempamerkan lebah yang di letak di dalam bingkai untuk korang lihat.

Cameron Valley Bharat Group


Tempat ketiga yang singgah adalah Cameron Valley Bharat Group.



Apa yang boleh korang buat di sini adalah bersantai sambil minum air tea dan menikmati pemandangan ladang tea yang cantik. Di sini juga ada menyediakan kenderaan untuk membawa pelancong ke kilang memproses tea.

Health Strawberry Farm



Tempat keempat yang Shailla singgah adalah Health Strawberry Farm. Di sini terdapat pelbagai jenis bunga yang cantik-cantik. Teruja seketika Shailla melihat bunga-bunga yang ada di sini.




Shailla dan Mama Shailla sempat juga beli beberapa jenis bunga untuk bawa pulang ke rumah.. Hihihi

Pasar Malam Golden Hill


Tempat kelima yang Shailla singgah adalah Pasar Malam Golden Hill. Di sini terdapat pelbagai jenis buah-buahan dan sayur sayuran yang segar untuk korang beli. 


Harga buah strawberry dekat sini boleh tahan. Macam dalam gambar itu, 4 kotak RM35. Shailla beli dekat sini saja untuk bwk balik bagi keluarga dan kawan-kawan.

Hari Kedua

Agro-Technology Park Mardi Cameron Highlands




Tempat keenam yang Shailla pergi adalah Agro-Technology Park Mardi Cameron Highlands. Pemandangan dan hiasan di sini memang cantik. 




Di sini terdapat kedai menjual minuman, ais krim, jem dan makanan berasakan strawberry. 





Di atas adalah antara sayur dan bunga yang terdapat di sini. Memang nampak segar dan cantik. Tempat ini memang amat sesuai untuk ambil gambar. Kalau nak gambar cantik, pergi sini waktu pagi. Cahaya dia memang cun!. 

Okay sampai sini sahaja entry Shailla kali ini, jumpa lagi di entry akan datang.

Terima Kasih

February 14, 2019

Tempat Permainan Menarik di Shah Alam - Rocky Basecamp dan Air On Park

Assalamualaikum ❤️

Hai semua, seronokkan bila
kita dapat laungkan masa bersama dengan anak. Hari ini Shailla ingin berkongsi satu tempat permainan menarik di Shah Alam. Kalau korang yang ingin meluangkan masa melakukan aktivi bersama kawan-kawan dan juga keluarga maka inilah tempatnya yang perlu korang tuju.

Tempat ini terletak di dalam Aeon Shah Alam. Shailla pergi hari tu pergi berdua sahaja bersama anak Shailla yang pertama iaitu Areez Syahmi yang berusia 4 tahun. Pada mulanya Shailla tidak jumpa pun tempat itu sebab jalan dia tersorak belakang kedai. Cari punya cari bertemu juga dengan tempat itu. Hurmmm apakah tempat itu? Meh sini Shailla kongsikan pengalaman Shailla ketika berada di situ.

Rocky Basecamp



Rocky Basecamp ini terletak di tingkat 3 Aeon Mall Shah Alam. Sebaik sampai, Sha perlu mengisi borang dan mengambil kasut mengikut size kaki masing-masing. Stokin jangan lupa pakai yer, kalau tidak bawa jangan risau kerana sini ada jual stokin dan juga sarung tangan.



Selepas itu, pelekat nama berserta waktu tamat akan ditampal di belakang korang bagi memudahkan staff di situ memantau waktu tamat ketika berada di situ

Apa menarik yang terdapat di sini adalah :

Rock Climbing

Sebelum memulakan aktiviti memanjat batu atau rock climbing, staff di situ akan memberi penerangan dan juga tunjuk ajar. Shailla berpeluang belajar cara memasang carbiner.


Untuk cabaran pertama lebih kurang memanaskan badan dan juga praktis sebelum ke tahap lebih mencabar. Kali terakhir Shailla rock climbing semasa belajar di Uitm Perak. Ini merupakan kali kedua Shailla ikuti aktiviti ini.

Pada mulanya rasa agak cuak jugak tambah tidak menggunakan tali. Risau juga jatuh walaupun ada tilam dibawah. Tapi bila dah naik, wahhh.. Seronok juga dalam seronok jantung dup dap juga.. Hihihi


Untuk ke peringkat seterusnya, kena pakai harnes sebagai langkah keselamatan ketika memanjat . Staff yang ada di situ akan menolong memakaikan harnes. Di sini terdapat staff lelaki dan perempuan yang boleh minta tolong pakaikan. Jadi bagi yang beragama islam lebih baik pergi ke saluran yang betul untuk mengelakkan rasa tidak selesa ketika staff memasangkan harnes.


Rasa teruja tengok Areez ingin mencuba memanjat. Walaupun tidak sampai ke atas. Kalau anak tidak pandai memanjat, jangan risau kerana staff di situ sedia memantau dan memberi tunjuk ajar pada anak-anak yang ingin mencuba.


Terdapat 6 cabaran, Shailla hanya buat 3 sahaja. Mana tidaknya bila hampir sampai ke kemuncak boleh pula pancit. Tapak tangan pula berpeluh. .hahaha.  Hampeh tul. Jadi korang sebelum sampai sini kena ada stamina yang cukup. Baru dapat main semua.

Playground


Pada ibu bapa yang bawa anak, di sini juga disediakan playground untuk mereka main. Jadi sementara tunggu kita buat rock climbing  meraka boleh bermain playground.


Air On Park


Di Air On Park ini boleh pilih samada mahu masuk Edutainment Zone yang lebih kepada pengetahuan dan kemahiran. Fun Zone iaitu taman permainan yang di perbuat dari tali berwarna warni. VR/ AR Zone pula adalah permainan Virtual Reality dan Augmented Reality.

Edutainment Zone


Apa yang menarik terdapat di sini adalah terdapat pelbagai aktiviti yang boleh anak-anak lakukan. Bukan sahaja untuk kanak-kanak malah aktiviti ini sesuai untuk semua lapisan umur.


Di sini, lebih kepada permainan melibatkan pengetahuan dan juga kemahiran. Sangat bagus untuk anak-anak mengasah bakat. Antara aktiviti yang boleh di lakukan adalah seperti handcraft, motion detection dan Interactive drawing. Dalam banyak-banyak aktiviti yang ada di situ, anak Shailla lebih cenderong kepada memasak. Suka betul dia potong-potong sayur, jenuh kakak itu nanti nak sambung balik semua yang Areez dah potong..hahaha


Tempat dia pun sangat selesa untuk anak-anak meluangkan masa mereka di sini. Bagi Shailla bagus di wujudkan tempat ini kerana dari sini kita dapat lihat bakat dan potensi anak-anak kita. Dari situ kita dapat lihat anak kita ini lebih cenderung ke arah mana untuk kita asah bakatnya lagi. 

Aktiviti :

HANDICRAFT PROGRAMME
Gifts Making

MOTION DETECTION
Interactive Flooring

INTERACTIVE DRAWING
Interactive Fish Painting

Harga :

1 Hour Pass
Edutainment : RM 35.00

2 Hours Pass
Edutainment : RM 45.00

2 Hours x 4 Entries
Edutainment : RM 140.00

3 Hours Pass For 2 Zones
Edutainment & Fun Zone : RM 60.00

Entry Passes

Guardian : RM 5.00

Companion : RM 10.00

Socks per Pair (S/M/L) : RM 5.00

Eye Mask per piece : RM 1.00
* Price shown is excluding 6% ST

Fun Zone


Di sini juga terdapat taman permainan untuk pelanggan yang sukakan cabaran. Anak-anak pun sesuai untuk main di mana perlu melalui beberapa halangan. 


Areez memang suka main lago. Memang lama jugalah dia habiskan dekat sini bersama kawan yang lain.

OBSTACLES AVAILABLE:

PLAYGROUND
Rainbow Trees

SLIDES
Junior Slide
60 Degree "Devil Slide"

MIND BLOGGING
Mega Blocks

Harga :

2 Hours Pass
Edutainment : RM 35.00

2 Hours x 4 Entries
Edutainment : RM 110.00

3 Hours Pass For 2 Zones
Fun Zone & Edutainment : RM 60.00

Entry Passes

Guardian : RM 5.00

Companion : RM 10.00

Socks per Pair (S/M/L) : RM 5.00

Eye Mask per piece : RM 1.00
* Price shown is excluding 6% ST

VR/ AR Zone

VR/ AR Zone pula adalah permainan Virtual Reality dan Augmented Reality.


Shailla dah lama juga rasanya tidak main game tembak-tembak. Teruja betul rasa dapat main bersama kawan yang lain.


Kalau korang nak tahu, ketika ini Shailla dan kawan yang lain berusaha menyelamatkan professor sedang dengan menembak robot-robot yang cuba membunuhnya. Memang nampak real dan sangat menyeronokkan.


Selepas main, sempat lagi anak-anak tumpang sekaki. Tidak dapat main pegang pistol pun jadilah.


Kemudian Shailla main dua permainan ini yang duduk tu solo dan yang dalam kotak belakang itu berkumpulan.


Macam Shailla lebih suka aktiviti berkumpulan sebab nampak meriah sikit berbanding main sorang. Macam aktiviti diatas ini, kami diberikan tugas untuk membunuh zombie did alam senuah bangunan yang gelap. Korang banyangkan bila korang pakai AR / VR ini zombie itu betul-betul nampak real depan mata korang. Memang tidak dspat di lupkan, rasa nak main lagi.. Hihihi


Sebelum balik, Shailla sempat main game ini. Sumpah tidak main lagi. Kalau korang gayat dengan tempat tinggi memang akan rasa macam jantung nak tercabut. Mana tidaknya korang akan dibawa ke tempat yang tingi kemudian menjunam jatuh ke bawah. walaupun realitinya korang hanya duduk atas itu sahaja.

Terdapat beberapa mainan lagi seperti :







Harga :

Single Pass for 5 games
AR / VR : RM 55.00

Bundle Pass for 10 games
AR / VR : RM 95.00

Tactical games ~ ONE Entry
AR / VR : RM 55.00

Tactical games ~ Bundle of 4 games
AR / VR : RM 190.00

Bundle Pass for 10 games
AR / VR : RM 95.00

Entry Passes

Guardian : RM 5.00

Companion : RM 10.00

Socks per Pair (S/M/L) : RM 5.00

Eye Mask per piece : RM 1.00
* Price shown is excluding 6% ST

Untuk Info Lanjut :

Facebook

Instagram

Facebook

Instagram

Terima Kasih
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...