Showing posts with label Lifestyle. Show all posts
Showing posts with label Lifestyle. Show all posts

February 15, 2014

Kick Off To Universal Studio Singapore Day 2

Assallammualaikum


Hai semua...pada entry shaila yang lepas, shaila ada cerita tentang kick off yang di anjurkan oleh company shaila. Okay pada hari kedua, selepas bersarapan di KSL Resort di johor baharu, kami bertolak menaiki bus ke universal studio Singapore. Ohhhh sebelum itu, pastikan korang sudah prepare passport yer sama ada invidual atau group passport pun boleh. Okay di atas adalah gambar shaila bersama dengan staff tempat shaila berkerja..(^_^)


hihihi..haruslah ada gambar shaila jugakkan..(^_^)


Okay, ini tempat pertama yang shaila dan rakan-rakan tuju iaitu sesame street. Didalam ini, kita akan di bawa menaiki kereta yang comel seperti gambar di atas. Di dalam ini terdapat banyak patung-patung yang memainkan watak dalam sesame street. Ada juga part dia akan pancut air dekat kita..hahaha..tetapi memang best dan cute patung-patung yang ada di sana..(^_^)


kemudian shaila dan rakan-rakan bergerak ke tempat kedua iaitu transfomer. Serius, ini adalah pengalaman paling best dan terbaik walaupun terpaksa berdiri selam 45 minit untuk menaikinya.Sebelum masuk, shaila dan rakan-rakan dikehendaki memakai cermin mata 3d. Ini adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan dimana kita dibawa menaiki kereta untuk merasai dunia transformer. Serius shaila cakap, memang nampak real tengok transformer berlawan, then robot jahat itu kacau kita dan serang kita. tiapa part tiba-tiba serpihan letupan ke arah kita, dan kemudian kereta itu menjadi laju giler kerana hendak lari dari robot jahat, then transfomer pengang kereta kita..hahaha...susah hendak di luahkan betapa teruja dan seronok semasa berada di dalam transformers.


Ini adalah artifak yang menarik berada disana iaitu dinasor, shaila singgah di jurassis park untuk makan tengahari dahulu.


Okay sebut pasal makan, inilah makan tengahari shaila. Shaila dan rakan-rakan di beri kupon 10 us.Terdapat banyak sebernarnya makanan disitu, kita kena pandai pilih lar sebab ada yang halal and ada yang non halal.


Inilah shaila bergambar di rumah shrek..hihihi. okay untuk shrek, diorang buat menonton wayang dalam bentuk 3D dan tidak di benarkan mengambil gambar semada didalamnya. Yang istimewanya adalah ada part kerusi kita duduk akan bergegar.then dah nama 3Dkan mestilah ada part anak panah...benda itu macam kena kita sahaja, padahal tidak pun...hihihi...dan ada gak part terbersin then terasa air kena dekat kita.


Ini pula, shaila masuk madagascar, serius cute betul watak madagascar yang ada di situ terutama alex. dalam madagascar ini, satu part yang tidak dapat di lupakan adalah semasa kitaorang terpaksa melalui air?? alamak...basah lar, sebenarnya di acah sahaja dan lagi satu part adalah dia buat dia naikkan kereta kitaorag, shaila aspect dia akan jatuhkan balik rupanya dia keluar tempat lain...fuhhh lega...hihihi


Movie time !!! disini , shaila dan rakan-rakan menyaksi persembahan perang yang di anjurankan oleh pihak uss ini. Jalan ceritanya sangat menarik begitu juga dengan aksinya. Di sini ada babak tembak menembak, bom dan aksi lawan.


ini gambar shaila sekitar di USS..


Antara kereta antik yang di pamerkan di USS


Gambar shaila di Mummy dan dengan orang tinggi...hihihi


Dan ini gambar shaila dengan moscot shrek dan julien...hihihi comelkan moscot itu...hurmmmm kalau korang hendak tahu, shaila di tinggalkan oleh rakan-rakan kerana teruja hendak ambil gambar dengan moscot-moscot ini..Tapi takpe asalkan shaila dapat gambar dengan diorangkan...hahahah

Okay sampai disini sahaja story shaila..jumpa di next entry...daaaaa...

Sekian terima Kasih






February 11, 2014

Kick Off to Johor Day 1

Assallammualaikum


Hai semua apa khabar.Pada bulan 1 yang lepas, office shaila buat kick off to johor dan Singapore.shaila bertolak pada pukul 8 am menaiki bus. shaila sampai di KSL  dalam pukul 12 tengahari. shaila menginap di KSL selama 3 hari 2 malam. Okay shaila hendak review pasal hotel KSL ini. Bagi shail KSL ini sangat-sangat tip top kerana bukan sahaja ada bilik tetapi turut juga ada shopping mall di dalamnya. Dari segi service, apa yang shaila nampak, perkerjanya peramah dan mesra.Dari segi bilik pula, bilik mereka memang sangat selesa dan kemas.Begitu juga dengan bilik air mereka bersih dan tip top. Makanan..hurmmm ini bab yang paling shaila suka kerana makanan di sana memang sedap-sedap dan banyak pilihan.Okay now shaila hendak cerita pula aktiviti shaila dan juga staff pada hari pertama. 

Aktiviti Hari Pertama

Setibanya shaila di KSL, shaila dan staff terus pergi makan. kemudian pada pukul 2pm kami menghadiri training yang dianjurkan oleh company tempat shaila berkerja. Training ini habis pada pukul 6 pm. Setelah training selesai, shaila dan rakan yang lain terus naik ke bilik untuk berehat.


Kemudian pada pukul 8pm, shaila dan rakan-rakan dinner di restaurant seoul garden. Makan restaurant seoul garden adalah pengalaman pertama shaila. Pada mulanya susah juga nak terima..hihihi..tapi lama-lama layan sajalah. Hurrrmmmm di situ shaila ada makan kimci dan sup kimci, boleh tahan rasanya cuma pedas sedikit. kemudian selepas makan, shaila dan rakan-rakan berjalan di shopping mall yang terdapat dalam KSL ini. Kemudian shaila dan rakan-rakan pulang untuk berehat kerana hendak guna tenaga untuk hari kedua pula iaitu pergi universal studio singapore..yeahhhh...yang itu akan shaila ceritakan pada next entry.

Sekian Terima Kasih


December 02, 2013

INTRADE MALAYSIA 2013 - Revitalising Export Growth

Assallammualaikum


Hai semua...apa khabar? di harap sihat selalu. Okay kali ini shaila hendak cerita tentang satu event yang dianjurkan oleh pihak Intrade. Shaila pada hari itu mewakili company untuk jaga booth di sana.


Event ini juga disertai oleh beberapa buah negara seperti Jepun, India , Pakistan ,malaysia dan beberapa buah negara lagi. Tujuan event ini di adakan adalah untuk mempromosi produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh company masing-masing. Di sana saya kagum melihat campany-campany dari malaysia mampu mencipta teknologi yang setaraf dengan luar negara.


Diatas adalah rekaan yang dicipta dari negara jepun. Sha memang palin suka melawat booth dari jepun kerana Rekaan mereka memang memang menarik dan comel.Kebanyakkan produk dari jepun ini hanya untuk display sahaja tidak boleh dijual,sayangkan, kalau tidak sha dah beli volet hello kitty tu...hihihi


Barang-barang perhiasan ini pula daripada sabah, perhiasan ini semua diperbuat daripada mutiara memang cantik berkenan sungguh shaila tengok  tetapi harganya pun cantik juga, ada juga yang murah seperti cincin tetapi nanti beli tersadai sahaja di rumah..


Buat pengetahuan semua, perobot ini diperbuat daripada kotak tau, memang menerujakan.Yang istimewa tentang produk ini adalah walaupun diperbuat daripada kotak memang kukuh dan kuat jadi boleh ia adalah salah satu produk yang  boleh digunakan.


Tara!! comelkan dekorasi bilik ini, dahlah color pink boleh pula letak patung hello kitty,memang ngamlah..booth ini terletak berhadapan booth shaila, mereka menawarkan perkhidmatan dalam bidang interior design.


Okay beg ini hasil buatan Malaysia memang cantik dan menarik sehingga menarik perhatianku untuk membelinya..hihihi


Baju ini pula dari india..cantikkan? rekkan dan corak-corak yang direka memang cantik dan unik.


selendang shaila juga daripada india..hihihi...murah je tau RM10 saje..


Ini antara contoh sari daripada India.Cantik dan colourful

Shaila dengan beberapa contoh kain sari.


Gambar diatas pula adalah produk daripada percetakan tenaga. Percetakan tenaga ini membuat packaging produk. Keisitimewaan produk mereka adalah packaging yang mereka reka memang menarik dan cantik. Bagi mereka rekaan packaging yang cantik dan merarik adalah faktor utama untuk menarik pelanggan untuk membeli sesuatu produk 


Dan gambar terakhir adalah apa yang menarik tentang produk ini adalah bentuknya yang variasi begitu juga dengan decoration serta warnanya memang cantik dan mampu menarik perhatian sesiapa yang lalu di booth itu.Okay sampai disini saja ulasan shaila yang tidak seberapa ini.

Sekian Terima Kasih
Logo KBBA

Pengalaman Shopping Baju Raya Keluarga di Pusat Pakaian Hari Hari Sempena Raya 2026

Setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri , antara perkara yang paling dinanti sudah tentu persiapan membeli baju raya keluarga bersama in...