Showing posts with label Event. Show all posts
Showing posts with label Event. Show all posts

August 12, 2022

Pengalaman Menyertai McDonald’s Malaysia Blood Donation Drive

Assallammualaikum,

Hai semua, McDonald’s Malaysia telah menganjurkan McDonald’s Malaysia Blood Donation Drive pada 30 Jun 2022 di McDonald’s, Uptown 3, Damansara Utama. Ia merupakan kerjasama antara McDonald’s Malaysia dan Pusat Darah Negara, selaras dengan seruan kerajaan  bagi mendapatkan bekalan darah yang mencukupi untuk memenuhi permintaan masyarakat. 

Sejak 2017, McDonald’s Malaysia telah menganjurkan kempen derma darah tahunan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai kepentingan menderma darah.

Kerjasama ini kini memasuki tahun keenamnya, dan sepanjang tahun, McDonald’s Malaysia telah berjaya mengumpulkan McFamily untuk menderma darah dan menyebarkan kepentingan mengisi tabung darah kita.


Ketika Shailla mengikuti McDonald’s Malaysia Blood Donation Drive ini, memang perasaan ketika itu amat teruja dan dalam masa yang sama agak gementar juga kerana kali terakhir Shailla ikuti program derma darah ini adalah di tempat kerja.

Sebelum hadir ke McDonald’s Malaysia Blood Donation Drive, Shailla membaca dahulu kriteria bagi penderma darah. Sebelum menderma darah pastikan korang sihat tubuh badan, mempunyai berat badan 45 kilogram ke atas, berumur 18-70 tahun bagi penderma kerap, dan di antara 18-60 tahun bagi penderma baru. Selain makan sebelum menderma darah, korang perlu rehat atau tidur sekurang-kurangnya lima jam sebelum menderma serta tidak mengambil ubat seperti antibiotik dalam tempoh terdekat.


Seperti yang semua tahu,sekali kita menderma darah, ia mampu menyelamatkan tiga nyawa. Menderma darah merupakan satu amalan kebajikan yang amat mulia kerana ia bukan sahaja membantu golongan yang memerlukan tetapi merupakan satu khidmat bakti serta pengorbanan yang amat bermakna kepada masyarakat. Amat beruntungnya kita jika berpeluang untuk khidmat bakti kepada masyarakat. 



Hari Derma Darah ini diadakan di ibu pejabat McDonald’s Malaysia, yang menyaksikan kehadiran lebih daripada 200 penderma pada tahun ini. Penderma yang hadir terdiri daripada kakitangan, rakan-rakan niaga, dan pelanggan McDonald’s serta wakil media. Restoran khidmat segera tersebut berhasrat menanamkan satu tabiat yang baik dan mewujudkan kesedaran yang tinggi mengenai kepentingan menderma darah di kalangan kakitangannya dan juga rakyat Malaysia. Bersama-sama, kita boleh membantu rakyat Malaysia lain yang memerlukan. Aktiviti derma darah yang dianjurkan oleh McDonald’s Malaysia dengan Kerjasama PDN menyaksikan lebih 1,300 penderma sejak tahun 2017.

Di pintu masuk McDonald’s, ada disediakan kaunter pendaftaran untuk korang daftar dan isi beberapa maklumat. 



Seterusnya, ambil borang dan isi maklumat peribadi yang di perlukan.


Kemudian, timbang berat badan bagi memastikan berat badan lepas untuk ke langgkah seterusnya. Kalau tidak silap, untuk menderma darah berat badan perlulah 45kg dan ke atas.



Selepas itu, buat ujian darah bagi memastikan korang jenis darah apa sebelum menderma. Juga memastikan korang layak atau tidak untuk menderma darah.


Setelah itu, kena pergi ambil tekanan darah.


Dan isi form untuk maklumat yang diperlukan sekali lagi.


Inilah dia saat yang buat jantung bagai nak luruh..iaitu kena cucuk untuk ambil darah..hihihi



Setelah selesai menderma darah, korang boleh pergi ke kaunter untuk ambil kupon makan dan goodie bag.


Kemudian naik ke level 12A untuk tebus kupon makanan. Sebelum ke kaunter tebus kupon, korang boleh bergambar di photo booth yang disediakan. Pasti semua tertanya-tanya mengapa tiada gambar Shailla menderma darah, ini kerana Shailla sedang datang bulan ketika itu jadi tidak boleh menderma darah.


Kaunter tebus kupon makan.

Sebagai tanda penghargaan, McDonald’s Malaysia menyediakan hidangan McChicken dan Sundae Cone kepada semua penderma darah yang hadir.Terima kasih kepada McDonald’s Malaysia kerana menganjurkan McDonald’s Malaysia Blood Donation Drive bagi memastikan bekalan darah berterusan dan mencukupi.

Sekian Terima Kasih

June 13, 2021

McDonald's Malaysia Menunjukkan Penghargaan kepada Petugas Kesihatan

Assallammualaikum

Seperti kita semua tahu, petugas barisan hadapan wajar dipuji dan dihargai kerana usaha gigih mereka dalam menangani penularan wabak koronavirus (Covid-19) di negara ini. Mereka bukan sahaja sanggup mempertaruhkan nyawa bagi memastikan keselamatan dan kesihatan masyarakat malah turut berkerja tanpa cuti sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai

McDonald's Malaysia mahu menghargai jasa dan pengorbanan barisan hadapan iaitu petugas kesihatan dengan mengambil pendekatan menaja makanan kepada lebih 70 hospital di seluruh negara bermula pada 24 Mei 2021 dan dijadualkan berakhir pada 30 Jun 2021.

Hospital Tampin

McDonald's Malaysia akan menghantarkan makanan sekurang-kurangnya sekali seminggu kepada lebih 70 hospital di seluruh negara yang terlibat dalam merawat para pesakit COVID-19. Sekitar 30,000 Pertugas Kesihatan dijangka akan menerima tajaan makanan ini. 

Hospital Likas


Inisiatif terbaru oleh McDonald's Malaysia ini adalah kesinambungan daripada seruan #KitaBoleh yang dimulakan syarikat itu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) pertama tahun lalu. Seruan #KitaBoleh yang dimulakan oleh McDonald's Malaysia di platform media sosial mereka bertujuan untuk meningkatkan semangat semua rakyat Malaysia untuk terus bersatu dan menjaga semangat juang walaupun pada masa-masa sukar. Panggilan #KitaBoleh juga merupakan panggilan nasional untuk memberitahukan keberanian diam para barisan hadapan yang bekerja tanpa lelah dalam memerangi wabak tersebut. 
 

"Sudah lebih dari satu tahun sejak Perintah Kawalan Gerakan (MCO) pertama dilaksanakan di Malaysia. Sejak itu, kita rakyat Malaysia telah melalui berbagai tahap kehidupan selama wabak ini, ” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia. 

"Apa yang tetap berterusan sepanjang masa adalah ketekunan  para petugasan kesihatan barisan hadapan kami, yang berkerja setiap hari bagi memastikan kehidupan kita lebih aman setiap hari ketika kita melawan wabak ini," tambah Azmir. 


Hospital Bentong

Azmir juga mengiktiraf kakitangan restoran yang terlibat dengan tugasan untuk menghantar makanan ke hospital, dan secara langsung mengukir senyuman di wajah petugas barisan hadapan kesihatan. 

"Satu tepukan hebat kepada kakitangan restoran McDonald's yang telah terlibat dengan hospital, dan memastikan bahawa barisan hadapan pertugas kesihatan kami mendapat makanan kegemaran mereka," kata Azmir.  

Untuk maklumat terkini mengenai McDonald's Malaysia, sila lawati 

 

Facebook

www.facebook.com/My.McDonalds/

Laman Web

www.mcdonalds.com.my

 -Tamat- 


November 27, 2019

Program Komuniti McDonald’s bantu rakyat Pantai Timur

Assallammualaikum

Seiring dengan nilai teras McDonald’s Malaysia dalam memberi semula kepada masyarakat, sejumlah RM594,800 disumbangkan oleh syarikat khidmat segera terkemuka ini demi meringankan beban golongan masyarakat kurang berkemampuan di Terengganu. Program Komuniti merupakan usaha tahunan McDonald’s Malaysia mendekati masyarakat, dan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat.

Antara inisiatif-inisiatif kemasyarakatan yang diumumkan di bawah Program Komuniti Peringkat Negeri Terengganu termasuklah, pembayaran zakat perniagaan McDonald’s, pelantikan belia-belia dari keluarga kurang berkemampuan untuk menyertai SLDN McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” kepada kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah.




August 30, 2019

OBSESS COSMETICS - OBSESS MAKEUP PARTY

Assallammualaikum ❤️

Ini merupakan pertama kali Shailla pergi ke Majlis produk kecantikkan. Kebetulan majlis berlangsung berdekatan area rumah Shailla iaitu bertempat di Lightbox, Sungai Buloh. Semua tetamu yang hadir mengenakan pakaian mengikut tema yang diberikan oleh pihak penganjur iaitu putih. Pening juga la nak pakai baju apa untuk majlis anjuran Obsess Cosmetics.


Sampai sahaja di Lightbox Sungai Buloh, terpana seketika Shailla melihat tetamu yang hadir pada hari itu, masyaallah cantik-cantik belaka. Mana tidaknya tetamu yang adalah di kalangan Model, Mua dan Instafamous.



Majlis "Obsess Makeup Party" ini berlangsung di Lightbox, Sungai Buloh. Pertama kali Shailla masuk ke sini. Cantik betul dekorasi majlis ini.



Obsess Cosmetics merupakan salah produk kecantikkan tempatan yang di miliki oleh Puan Hafizatul Atikah merupakan pengasas kepada produk Obsess Cosmetics yang mula di kenali bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia dan juga Brunei. Obsess Makeup Party di anjurankan sempena memperkenalkan bungkusan baru untuk Treatment Cushion Foundation yang dahulunya berbentuk bulat kini bertukar menjadi petak. Bungkusan kali ini memang cantik berwarna pink dan nampak lebih eklusif.


Yang Shailla pegang itu adalah travel set. Jadi jika nak pergi melancong perlu bawa banyak make up dah. Travel set obsess cosmetics ini dah cukup korang nampak cantik ketika pergi bercuti. 


Mesti korang nak tahukan apa yang ada di dalam kotak ini? Jom kita lihat satu persatu apa yang ada di dalam kotak ini.




Istimewa kali ini,Shailla ada buat video mengunakan produk dari Obsess Cosmetics. Bite My Cushion Foundation dari Obsess Cosmetics. Ringkas sahaja mekap yang Shailla kongsikan. Video kali ini Shailla buat khas untuk review Cushion Foundation dari Obsess Cosmetics . Ini merupakan pertama kali Shailla memakai Cushion Foundation ini. Jemput tonton video di bawah ini

Cushion Foundation


Okay Shailla juga ingin berkongsi tentang kelebihan yang terdapat di Cushion Foundation dari Obsess Cosmetics ini.
  • Cepat dan Mudah digunakan
  • Full coverage - di mana dapat pudarkan jeragat Shailla
  • Glowing dan tidak berminyak - Selepas sahaja terus nampak kesan glowing pada muka.
  • Pori pori nampak lagi kecil
  • Makeup tahan lama
  • Pakai sikit sudah boleh tutup jerawat
  • Texture yang ringan dan tidak melekit ketika di pakai pada muka. 
Kandungan - Aqua, Cyclopentasiloxane, Titanium Dioxide, Propylene Glycol, Diisostearyl Malate, Talc, Isononyl Isononanoate, Caprylic / Capric Triglyceride, Glycerin, Polyglyceryl-4-Isostearate, Iron Oxides, Squalane (Olive), Dipentaerythrityl Tri-Polyhydroxystearate, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, Hexyl Laurate, Polyglyceryl-2 Dipolyhydroxystreate, Polyglyceryl-3 Diisostearate, Hydrogen Dimethicone, Stearic Acid, Alumina, Phenoxyethanol, Fragrance, Disteardimonium Hectorite, Aluminum Hydroxide, Tocopheryl Acetate (Vitamin E), Propylene Carbonate, Arctostaphylos Uva Ursi (Bearberry) Leaf Extract, Geranium Maculatum (Geranium) Oil, Ethylhexyl Glycerin

Loose Powder


Shailla suka dengan loose powder Obsess Cosmetics ini. Texture dia yang lembut dan gebu amat mudah di pakai pada muka. Bau loose powder ini juga sangat nyaman. Di sebabkan Shailla ambil foundation warna gelap sedikit, jadi loose powder ini sangat membantu agar muka Shailla tidak menjadi nampak gelap dek kerana foundation gelap sedikit. Untuk loose powder ini ada satu kod sahaja iaitu kod translucent.

Kandungan - Talc, Boron Nitride, Hydrogen Dimethicone, Squalane (Olive), Tocophyeryl Acetate, Fragrance

Matte Lipstick




Untuk liquid lipstick terdapat 7 variasi kod , Bunga, Carrot, Sirap, Dodol, Bandung, Katira dan Ribena. Shailla punya Matte Lipstick perisa ribena. Ketika Shailla pakai lipstick ini apa yang Shailla perasan adalah bibir tidak kering.
Selian itu tahan lama walaupun dah beberapa kali makan dan minum. Berbau macam kek mudah dibersihkan.

Kandungan - Cyclopentasiloxane, Trimethylsiloxysilicate, Dimethicone, Isododecane, Polymethylsilsesquioxane, Diisostearyl Malate, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Talc, Silica Dimethyl Silylate, Cera Alba (Bees Wax), Butyrospermum Parkii (Shea Butter), Flavor, Tocopheryl Acetate (Vitamin E), Macadamia Integrifolia (Macadamia) Seed Oil, Argania Spinosa (Argan) Kernel Oil May Contain +/- Titanium Dioxide (CI 77891), D&C Red No 28 (CI 45410) D&C Red No 6 (CI 15850), D&C Red No 7 (CI 15850), Iron Oxide Red (CI 77491), Iron Oxide Yellow (CI 77492), Iron Oxide Black (CI 77499)

Untuk Info Lanjut :



Sekian 

August 29, 2019

McDONALD'S MALAYSIA - RAIKAN IDENTITINYA SEBAGAI SYARIKAT MALAYSIA DENGAN MEMPERKENALKAN NASI LEMAK McD

Assallammualaikum


Ada apa dengan nama  McDonald’s? Walaupun ejaan nama  McDonald’s jika di pendek
dijadikan McD, tetapi korang perasan tak sesetengah orang bukan
menyebutnya dengan ejaan  McD tetapi Mekdi. Sempena sambutan Hari Merdeka dan
Hari Malaysia, McDonalds Malaysia telah meraikan  37 tahun sebagai syarikat Malaysia dengan menerima pakai nama panggilannya iaitu Mekdi. Kalau korang perasan, nama Mekdi jelas terpampang di restoran McDonald’s Bukit Bintang yang merupakan lokasi pertama  McDonald’s Malaysia mula yang dibuka pada tahun 1982. Wahhh.. ketika ini Shailla pun belum lahir lagi.. Hihihi


Atas sokongan rakyat Malaysia yang telah membantu membangunkan jenama McDonald’s,
syarikat tersebut telah memutuskan untuk menerima pakai nama panggilan
mesra Mekdi di mana ia kini sinonim dengan jenama McD sempena Hari Merdeka dan
Hari Malaysia.

Ketika kita menyambut Bulan Kebangsaan ini, McDonald’s Malaysia telah
memperkenalkan hidangan yang sinonim dengan rakyat Malaysia iaitu Nasi Lemak McD yang telah menjadi hidangan kegemaran rakyat Malaysia. Korang akan mendapat
mendapat hidangan nasi Nasi Lemak yang lengkap seperti nasi bersantan yang
wangi, ikan bilis rangup, timun segar dan telur goreng. Ehhh mana sedap tanpa sambal!
Haaa.. Jangan risau sambal pedas juga turut di sediakan. Korang juga boleh menambah Ayam
Goreng McD dan secawan Teh Ais Limau sebagai penambah rasa selera makan.


Menyedari populariti Nasi Lemak di kalangan rakyat Malaysia, McDonald's Malaysia juga memulakan petisyen di seluruh negara di laman web Change.org supaya Nasi Lemak diiktiraf secara rasmi sebagai hidangan kebangsaan Malaysia, dengan sasaran mengumpul 1 juta tandatangan menjelang Hari Malaysia (16 September).

Untuk turut serta dalam petisyen ini, sila layari: 

McDonald's Malaysia - Berjiwa Malaysia

Sejak pembukaan restoran pertamanyadi Bukit Bintang pada tahun1982, hampir keseluruhan perniagaan McDonald's Malaysia dikendalikan mengikut kehendak tempatan bermula dari menu, pembekal, pemegang francais, komuniti dan insiatif amal.

Pilihan menu bercitarasa tempatan



Selain menu utamanya, McDonald’s Malaysia turut memperkenalkan menu mengikut selera
rakyat Malaysia dan citarasa tempatan, seperti menu terbaru, Nasi Lemak McD dan Extra
Spicy Ayam Goreng McD. Malah, McDonald’s Malaysia adalah salah satu pasaran pertama
di dunia yang mempunyai hidangan Ayam Goreng dalam menunya.



Citarasa tempatan turut diserapkan ke dalam menu pencuci mulut, seperti McFlurry Cempedak, Pai Jagung dan Kon Cendol, di mana semua ini terdapat di restoran McDonald's di seluruh negara pada masa ini.

Penggunaan bahan-bahan tempatan


80 peratus daripada bahan-bahan McDonald's Malaysia diperolehi di Malaysia sendiri. Segala-galanya daripada ayam, sayur-sayuran, dan sos – termasuk Sos Cili kegemaran rakyat Malaysia – dihasilkan atau diperolehi di dalam negara. Hanya bahan-bahan tempatan yang paling segar dan berkualiti tinggi digunakan dalam semua menu menarik yang ditawarkan.

Restoran didukung oleh tenaga kerja warga Malaysia


McDonald's Malaysia kini menggaji seramai 14,000 rakyat Malaysia di restoran yang
dimiliki terus oleh Gerbang Alaf Sdn. Bhd., dan McDonald’s Malaysia komited
untuk menyediakan pekerja tempatan dengan peluang yang saksama dan berkualiti bagi
pembangunan, latihan dan kemajuan kerjaya di setiap peringkat.

Pemegang francais 100 peratus warga Malaysia


McDonald’s Malaysia terus bekerjasama rapat dengan usahawan tempatan Malaysia untuk
mengembangkan jenama McDonald’s di tempat-tempat seperti Sabah dan Sarawak.
Kesemua 21 pemegang francais tempatan kami adalah warga Malaysia, yang mengendalikan
lebih daripada 30 restoran di seluruh Malaysia.


Aktiviti akar umbi setempat

Restoran McDonald's di seluruh negara menyumbang semula kepada masyarakat setempat menerusi penganjuran pelbagai inisiatif seperti sumbangan makanan kepada badan amal tempatan, sambutan Hari Guru serta bantuan kepada mangsa banjir. Pada tahun 2018 sahaja, McDonald's Malaysa telah menganjurkan lebih daripada 10,000 aktiviti kemasyarakatan.

Inisiatif amal untuk kanak-kanak Malaysia

Menerusi Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC), McDonald's Malaysia terus
menyokong program yang secara langsung meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-
kanak dan keluarga mereka. Satu lagi inisiatif yang dekat dengan McDonald's adalah
program ‘Kembali ke-Sekolah’, yang telah memanfaatkan seramai 23,000 kanak-
kanak sekolah rendah miskin bandar sejak tahun 2017.


Nasi Lemak McD kini boleh didapati di semua restoran McDonald's Malaysia di seluruh negara dan akan menjadi menu tetap di McDonald's, 24 jam sehari.

Set Nasi Lemak McD berharga hanya RM5.99 untuk sarapan pagi dan disajikan dengan Milo Ais.

Pada waktu lain, harga yang ditetapkan adalah RM12.99 untuk set bersama 1 keping Ayam Goreng McD dan Teh Ais Limau, manakala RM15.99 untuk set bersama 2 keping Ayam Goreng McD dan Teh Ais Limau.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran menu McDonald's yang menarik bulan ini, sila layari:

Sekian Terima Kasih 

May 18, 2019

McDonald's Menggemparkan Negara Diktiraf Malaysia Book Of Records

Assallammualaikum


Tidak sangkakan McDonald's Malaysia berjaya pecah rekod dalam Malaysia Book Of Records untuk penyertaan paling tertinggi bagi Cabaran Pandu-Lalu dalam tempoh 24 jam. Wahhh..sangat mengkagumkan dengan pencapaian yang pihak McDonald's kecapi ini.

Kalau korang hendak tahu dalam masa 24 jam  sahaja cabaran ini berlangsung, McDonald's Malaysia telah berjaya merekod sebanyak 164, 235 jumlah kenderaan menggunakan khidmat Pandu-Lalu di semua cawangan McDonald's seluruh Malaysia.


Meriah betul suasana Drive-thru Leadership for Customer Convenience ini berlangsung di cawangan McDonald’s Kota Damansara. Ketika pembukaan majlis, Sha dihidangkan dengan paluan drum bes untuk meraikan pencapaian McDonald’s Malaysia dalam ‘Cabaran Hujung Minggu Pandu-Lalu McDonald's yang diadakan dari 26 hingga 28 April.


Menurut Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, Azmir Jaafar Cabaran Hujung Minggu Pandu-Lalu McDonald's ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada rakyat Malaysia.

Untuk Maklumat Lanjut :

Web
www.mcdonalds.com.my

Terima Kasih

March 01, 2019

Pupuk Minat Membaca Bersama Set Happy Meal Readers

Assalamualaikum ❤️

Hai semua, apa khabar? Hari ini Shailla ingin berkongsi dengan korang tentang satu program yang boleh memupuk minat membaca terutama di kalangan anak-anak.

Selalu kalau kita beli set Happy Meal pasti dapat permainan. Sebenarnya ini yang dinantikan oleh anak-anak bila membeli set Happy Meal ini. Kalau korang nak tahu, bukan sahaja hanya kanak-kanak, Shailla sendiri pun terjebak menanti permainan apa  yang keluar bila beli set Happy Meal. Ada suatu ketika, McDonald’s ada mengeluarkan koleksi kereta dan Hello Kitty. Ketika itu, memang Shailla kumpul setiap koleksi yang keluar..Hahaha
Untuk kali ini Mcdonald's telah membuat kelainan yang baru dengan tidak lagi mengeluarkan set permainan. Sebaliknya mereka memperkenalkan program Happy Meal Readers. Program Happy Meal Readers ini merupakan tanda sokongan terhadap aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara membaca di bawah Program Dekad Membaca Kebangsaaan.

Happy Meal Readers


Apa yang menarik tentang program Happy Meal Readers ini adalah kerjasama McDonald's dengan Cressida Cowell, penulis dan pelukis ilustrasi terkenal dunia yang menghasilkan siri buku popular How to Train Your Dragon dengan melancarkan satu siri buku bertajuk Treetop Twins Adventures.


Terdapat 12 cerita yang akan dipaparkan menerusi buku bersiri yang dihasilkan secara eksklusif untuk McDonald’s yang akan dikeluarkan setiap bulan sepanjang tahun ini. Buku ini boleh didapati dalam dua versi iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

Aplikasi Happy Studio di Google Play dan Apple Store


Kalau korang nak tahu, pihak McDonald’s juga ada melancarkan aplikasi Happy Studio yang boleh di muat naik di Play Store and Apple Store. Apa yang menarik tentang aplikasi ini adalah buku-buku itu juga boleh didapati dalam versi digital menerusi aplikasi Happy Studio.

Aplikasi ini sangat sesuai untuk dimainkan bagi seisi keluarga dimana korang dapat sama-sama membaca dan berinteraksi tentang cerita yang ditulis. Aktiviti sebegini juga, dapat meningkatkan pengalaman membaca dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Treetop Twins Adventures


Buku Treetop Twins Adventures yang Shailla dapat ini mengisahkan kembar yang sangat beruntung di mana ayah dan ibu mereka iaitu Profesor Penelope Treetop dan Profesor Pablo Treetop mencipta mesin bagi memboleh mereka ke zaman dinasor. Mereka merupakan keluarga pertama yang mengembara ke alam dinasor bagi mengkaji umur dinasor. Kisah pengembaraan yang amat menarik, sesuai untuk dikongsikan bersama anak-anak. Bukan sahaja anak Shailla, malah Shailla juga turut rasa terhibur ketika menceritakan kisah ini kepada anak-anak Shailla.

Shailla juga suka dengan ukuran saiz buku ini. Dengan ukuran saiznya yang kecil, memudahkan Shailla untuk membawa buku ini ke mana-mana. Contoh seperti ketika berada di kedai makan, boleh Shailla beri buku ini pada anak-anak untuk mereka baca agar tidak merasa bosan ketika menanti pesanan makanan sampai.


Tujuan program dilaksanakan untuk menggalakkan keluarga agar meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga. Anak Shailla teruja ketika dapat buku ini. Walaupun dia tidak pandai membaca lagi, tetapi anak-anak Shailla suka melihat pelbagai watak lukisan animasi kartun yang comel terdapat di dalam buku ini.

Dengan adanya program ini, dapat membuka minda anak-anak tentang kebaikkan membaca di samping dapat meningkatkan ilmu pengetahuan. Aktiviti seperti ini bagus dilakukan  bersama seisi keluarga. Bukan sahaja menyeronokkan, malah dapat memupuk budaya membaca di kalangan anak-anak. Ibu bapa juga turut dapat meluangkan masa bersama-sama kelurga.

Tidak sabar rasanya untuk menanti keluaran buku yang akan datang. Pasti lebih banyak cerita dan pengembaraan lebih menarik dari sebelum ini.

Untuk Maklumat Lanjut :

Web

Terima Kasih

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...