Kopi Patawali Milagro Coffee

June 11, 2018

Assallammualaikum ❤️


Baru-baru ini sha ada terlihat mengenai satu produk minuman kesihatan berunsurkan EXTRACT ISTIMEWA PATAWALI. Kajian Khasiat Pokok Patawali adalah berkhasiat untuk Membantu menurunkan gula dan kencing manis, darah tinggi , dan alahan demam Malaria. Jadi sha tertarik untuk mengetahui lebih mendalam tentang minuman kesihatan ini

Kopi Patawali Milagro Coffee

Apa yang menarik tentang Milagro Coffee adalah kopi premix kopi robusta dan arabica berkualiti tinggi dengan campuran herba lain seperti halia, gara gunung lada hitam dan campuran istimewa ekstrak Patawali, Akar Seruntun dan Batang Wali. Dijalankan di Universiti UITM Puncak Alam , Shah Alam dan dikomersialkan bersama adunan herba terpilih menjadi minuman berkhasiat dan bermutu tinggi.

Kajian Saintifik Patawali


Pokok Patawali, Akar Seruntun atau saintifiknya (Tinospora Crispa). Pokok ini merupakan pokok menjalir dan terdapat pada pagar-pagar lama dan runtuhan rumah tinggal. Ia mempunyai rasa yang pahit, dan dipercayai dapat memahitkan darah, dengan itu mengurangkan gigitan nyamuk. Oleh itu, ia digunakan dalam perubatan tradisional. 


Untuk perubatan, batangnya yang berkerutu adalah bahagian utama yang mengandungi khasiat. Batang Patawali digunakan untuk merawat sakit perut, demam, tekanan darah tinggi, kencing manis dan juga penyakit kelamin dikenali sebagai gonorea.

Kajian saintifik yang dijalankan ke atas Patawali menunjukkan tumbuhan itu mengandungi sejenis bahan yang dipanggil jattrorrhizine yang dikatakan mujarab untuk menjauhkan penyakit demam malaria. Selain daripada itu ia juga dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan selera makan. Pikroretin yang terdapat didalamnya dapat menurunkan suhu panas badan (mengubat demam).


Kebaikan Khasiat  Daripada Pokok Patawali Mengikut Kajian Saintifik

  • Mengurangkan kadar gula dalam darah (Kening Manis)
  • Darah Tinggi
  • Sakit Sendi
  • Anti Kanser
  • Keradangan 
  • Demam Malaria
Juga mempunyai antioksidan yang tinggi menguatkan saraf dan sistem pertahan tubuh badan serta dapat mengembalikan tenaga dengan segera.


Bahan Istimewa Milagro Coffee

Bahan dalam ramuan Milagro Coffee ini adalah dari bahan yang berkualiti tinggi di mana setiap bahan tersebut berfungsi untuk membantu, mengawal, merawat serta mencegah penyakit merbahaya. Bahan yang sha maksudkan adalah :
  • Halia
  • Garam Gunung
  • Lada Hitam
  • Patawali
  • Akar Seruntun
  • Batang Wali
Kesemua bahan-bahan ini mempunyai kebaikkan serta fungsi yang tersendri. Memang tidak dapat dinafikan campuran bahan-bahan ini memang baik untuk kesihatan.


Milagro Coffee mengembalikan tenaga dengan segera

Istimewanya tentang Milagro Coffee ini, selain dapat mengurangkan gula dalam darah, produk ini juga merupakan sejenis minuman kesihatan yang dapat mengembalikan tenaga dengan segera. Biasalah, umur kita semakin hari semakin meningkat, badan pun mula cepat rasa letih dan sengal sana sini. Sebab itulah sha memerlukan minuman tambahan untuk mengembalikan tenaga dan mengekalkan kesihatan diri. Lagi satu, Milagro Coffee ini menjanjikan keunikkan rasa, kenikmatan berganda dan keinginan untuk terus menikmatinya setiap hari.

Kalau sebelum ini badan mudah rasa penat. Bila sudah amalkan Milagro Coffee ini nampak perubahan pada diri. Bila bangun pagi, terus rasa segar dan bertenaga. Tiada lagi rasa lesu dan sengal - sengal badan. Alhamdulillah.



Cara Minum Milagro Coffee :

Campurkan 1 paket ke dalam 150ml air panas, kacau sehingga larut. Permakanan yang dicadangkan adalah 1 paket 2 kali sehari. Rasanya boleh layan tetapi akan rasa pahit sedikit di tekak. Sha suka bau aroma Milagro Coffee ini sangat menenangkan dan menyelerakan. 

Testimoni Milagro Coffee


Bagaimana nak dapatkan Milagro Coffee ini?


Harga 
RM 55 Semenanjung
RM 65 Sabah/Sarawak

Boleh dapatkan terus di laman sesawang Milagro Coffee :

Instagram : @milagro_coffee
Facebook : milagro coffee, kopi patawali
Web : http://milagrocoffee.com.my
WhatsApp : 012-370 2676, 60192702676, 0148672676, 03-50217403/03-50217401

Terima Kasih

You Might Also Like

12 komentar

  1. Banyak bahan kandungan dari herba ni , bagus khasiatbya , if minum ni boleh tido tak , sebab kebiasaan kan kan tak mengantuk hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sha minum xde masaalah bab tido pun...mcm biasa...hihihi

      Delete
  2. Bagus kopi ni..banyak khasiatnya..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. ohh..yeke...bagus pokok ni...byk khasiatnya..

      Delete
  4. Banyaknya khasiat kopi ni, bahan² dia pun bagus.

    ReplyDelete
  5. Pertama kali dgr nama pokok ni. Tak sangka banyak khasiatnya

    ReplyDelete
  6. ingredients dia bagus. Mesti berkesan ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa..boleh cuba...baru tau berkesan atau tidak...hihihi

      Delete
  7. kandungan dalam kopi ni banyak khasiatnya.. bolehlah try nanti.

    ReplyDelete

Geng Kbba9

#KelabBloggerBenAshaari

#KelabBloggerBenAshaari
Since 2009