August 14, 2017

Ayam Penyet Best Tsb Sungai Buloh

Assallammualaikum  ❤️


Semalam adalah hari lahir ibu mertua sha, jadi kitaorang telah rangcang untuk menyambut hari lahirnya di Ayam Penyet Best area Tsb Sungai Buloh. Ibu mertua tidak tahu pun yang Kitaorang  nak buat kejutan untuk hari lahirnya. Kitaorang beritahu hanya pergi makan-makan sahaja. Ibu mertua sha amat terkejut bila kami semua buat gimik nyanyi lagu happy birthday diiringi kek hari lahir. Memang gembira betul dia melihat anak, menantu dan juga cucu sama-sama menyanyikanya.



Ketika berada di restoran ayam penyet best, sha mencuba nasi lemak bersama kopi ais. Manakala keluarga lain pula kebanyakkanya memesan nasi putih bersama ayam penyet. Apa yang sha paling suka adalah sambal dia. Rasanya memang sedap bila dimakan bersama nasi lemak, kacang dan juga ikan bilis ranggup. Begitu juga rasa kopi ais dia yang memang kaw dan cukup rasa. Sha juga ada rasa ikan keli dia yang ranggup bersama sambal dia yang sangat pedas. Memang berasaplah telinga makan sambal dia. Walaupun pedas tapi sedap.

Keseluruhan sha rasa ayam penyet best ini best. Begitu juga dengan suasana restoran dia yang besar, bersih dan selesa. Anak sha dan anak buah siap main kejar-kejar didalam restoran ini. Restoran ini memang sesuai untuk bawa keluarga bersama berkunjung ke sini. Cuma satu sahaja, restoran dia kurang sejuk sebab kipas dia sangat perlahan. Agak berpeluh jugalah kitaorang ketika berada di sini. Okay sampai di sini sahaja entry sha kali ini. Jumpa lagi di entry akan datang. Bubye.

Alamat :
Jalan Nautika A U20/A Pusat Komersil TSB, Sungai Buloh, Selangor

Masa:
10 Pagi hingga 10 Malam

Terima Kasih 

5 comments:

  1. Sian yer celebrate bday berpeluh2 plak..hehe

    Blogwalking sini. Jemput singgah >>www.ceritahuda.com

    ReplyDelete
  2. Menariknya ikan keli tu sha...rasa nak makan lg plak

    ReplyDelete
  3. Ayam penyet, one of my fav dish..
    Suka sebab sambal yang pedas tapi sedap ditambah ayam garing and juicy.. Memang best!

    Sesekali boleh cuba tempat Sha recommend ni..

    ReplyDelete

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...