August 25, 2015

Food Review : Char Kuew Teaw KETAM Berasappp!!! Rizqun Food Court ,Kuang

Assallammualaikum,


Entry shaila kali ini adalah berkenaan makanan yang menjadi virul di laman sosial sekarang. Makanan yang shaila maksudkan adalah  Char Kuew Teaw KETAM Berasappp!!!. Lokasi  Char Kuew Teaw KETAM Berasappp!!! ini terletak di Rizqun Food Court , Kuang gerai NO 10.


Kedai ini dibuka hasil kerja sama En Nazri iaitu pemilik Char Kuew Teaw KETAM Berasappp!!! cawangan kedah dan juga En Adam Azuan bagi cawangan Kuang Sungai Buluh Selangor.. Sebelum ini, shaila hanya mendengar sahaja cerita dari rakan-rakan dan juga blogger  www.broframestone.com tentang keenakkan Char Kuew Teaw KETAM ini. 


Semasa hari pembukaan gerai Char Kuew Teaw KETAM Berasappp!!! ini, shaila telah merasai sendiri keenakkan Char Kuew Teaw KETAM Berasappp!!!. Rasanya memang sedap .Isi ketamnya juga rasa sangat fresh.


Harga untuk sepinggan Char Kuew Teaw KETAM Berasappp!!! berisi seekor ketam adalah RM8. Harga untuk sepinggan Char Kuew Teaw KETAM Berasappp!!! adalah berbeza mengikut kuantiti ketam yang di minta. Selain Char Kuew Teaw KETAM, terdapat juga Char Kuew Teaw udang dan juga kerang terdapat di situ.


Ini adalah En. Nazri, pemilik Char Kuew Teaw KETAM Berasappp. Cawangan pertama di Dangau Restoran Sungai Layar Sungai petani kedah. Cawangan kedua pula di Rizqun food court Kuang Sungai Buluh Selangor.


Manakala ini En.Adam Azuan , rakan kongsi kepada En Nazri bagi Cawangan kedua beliau di Rizqun food court Kuang Sungai Buluh Selangor. Char Kuew Teaw KETAM Berasappp!!! Rizqun Food Court dibuka setiap hari dari jam 6.00petang hingga 1.00 pagi.


Jom semua perkena Char Kuew Teaw KETAM Berasappp!!! pasti berasap telinga dibuatnya dengan keenakkan rasa kuahnya..ditambah pula dengan isi ketam yang fresh di makan semasa tengah panas...memang berasappp!!!.


Semasa kunjungan shaila di sana, Ozlyn dan Johan raja Lawak turut berada disana.Shaila sempat bergambar bersama Ozlyn yang super sporting!!!.


Selain Ozlyn, Alia juga turut datang di Gerai Char Kuew Teaw KETAM Berasappp!!! . Alia juga turut menyampaikan beberapa buah lagu secara live kepada semua pengunjung di Rizqun Food Court ,Kuang. Suara Alia semasa mendendangkan lagu beliau, tidak payah cakap memang mantap!!!. Okay sampai di sini sahaj aentry shaila, jumpa lagi di entry akan datang.

untuk keterangan lanjut tentang Char Kuew Teaw KETAM Berasappp!!! Rizqun Food Court ,Kuang boleh hubungi :

Adam Azuan (012-3651867)
Mohd Nazri Ckkb (019-4713240)

Sekian Terima Kasih

8 comments:

  1. dah la kuey teow dia sdap..dapt jumpa retis lak..:)

    ReplyDelete
  2. waahhh..best nye...ade artis yg dtg

    ReplyDelete
  3. menariknya ketam tu..nyumss....siap dapat jumpe Ozlynn..untung la kan ..hihi

    ReplyDelete
  4. perghhh ketam itu sungguh menggoda.. Yummy!

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kepada semua pelanggan yg sememangnya Allah kurniakan yg terbaik..jasa pelanggan semua yg support kami,amatlah kami hargai..ada rezeki kami nak jamu semua free in shaa Allah..makanan shj..air tuan lain...hiiee..Terima kasih sgt2...

    ReplyDelete

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...