August 11, 2019

Terengganu 2019 - Hari Kedua

Assallammualaikum ❤️

Hari ini merupakan sambutan hari raya haji untuk semua umat islam. Shailla sambut hari raya haji tahun ini di Terengganu.


Raya Haji di Terengganu, pagi-pagi Shailla sekeluarga telah dihidangkan sarapan pagi iaitu nasi dagang. Fuhhh.. Rasanya memang sedap. Hihihi

Kemudian Shailla sekeluarga pergi menziarah saudara di Kuala Terengganu. Perjalanan dari Kemaman ke Kuala Terengganu jauh juga, sempat juga la tidur.. Hahaha.


Selepas selesai menziarahi saudara di Kuala Terengganu, Shailla dan keluarga kemudianya pergi ke Pantai Seberang Takir. Angin di sini sangat kuat. Sebenarnya pantai ini ada tempat-tempat menarik untuk ambil gambar tetapi dek kerana tempat-tempat menarik itu ramai orang dan cuasa yang panas, jadi Shailla cari tempat yang kurang orang. Jadi dapat gambar pemandangan pantai sahajalah.. Hihihi.


Kemudian Shailla sekeluarga naik Jambatan Angkat Kuala Terengganu. Sebelum naik ke situ, Shailla bergambar dahulu di tepi jambatan itu. Orang sini kata kalau bergambar di sini, perasaannya lebih kurang bergambar di Effel Tower.


Shailla sekeluarga kemudian singgah untuk menikmati keropok losong di Pantai Sura Tengah. Kemudian Shailla sekeluarga pulang ke Kemaman balik. Esok harinya Shailla sekeluarga ada Majlis untuk korbankan lembu di rumah saudara pula.

Okay sampai di sini sahaja entry Shailla kali ini, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih

Terengganu 2019 - Hari Pertama

Assallammualaikum


Untuk hari pertama ini, jeng.. Jeng.. Jeng.. Mengadap jem.. Hahaha. Shailla gerak dari Sungai Buloh pada pukul 5.30 petang.

Sepanjang perjalanan memang tidak minum banyak air untuk mengelak terkencing.. Hahaha.

Perjalanan pun ada pasang surutnya tau. Sekejap laju, sekejap sederhana laju dan kadang kala memang perlahan terus.

Memang kematulah punggung ini dek kerana perjalanan yang lama.. Hahaha.

Paling lawak si Areez terpaksa pakai pampers adik kerana tidak tahan untuk kencing..hihihi.

Selepas itu, Shailla singgah sebentar di rnr temerloh untuk ke tandas dan makan. Dekat situ kebanyakkan kedai jual tempoyak ikan patin. Jadi Shailla makan bakso keaw teaw, hurmmm sikit jer keaw teaw dia. Rasa macam celah gigi jer tambah kongsi makan dengan anak.. Huhuhu

Alhamdulillah selepas Rnr Temerloh, jalan lancar dan tidak tersekat jem lagi. Lebih kurang 12.45 pagi Shailla selamat sampai ke tempat yang dituju. Shailla duduk di Homestay saudara bapa mertua di Kemaman Terengganu.

Sampai di sini sahaja celoteh Shailla, jumpa lagi di entry akan datang.

Selmat Hari Raya Haji!!

Sekian Terima Kasih
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...