May 31, 2019

Keenakkan Surya S Great Grain

Assallammualaikum

Sebelum ini Sha ada cerita tentang Surya S Great Grain. Kalau korang nak tahu, anak-anak Shailla pun diberikan minuman Surya S Great Grain ini kerana ia mempunyai set nutrien yang komprehensif termasuk karbohidrat yang baik, protein, serat makanan, vitamin dan antioksidan. Ini menjadikan produk ini pilihan terbaik untuk ibu-ibu.



Minuman ini dalam bentuk sachet. Cara menyediakan minuman ini mudah sahaja. Masukkan air panas kemudian kacau hingga serbuk ini larut ke dalam air.

Rasa dia smoothie lemak berkrim. Aroma baunya yang sedap dan tidak terlalu manis. Paling best korang tidak rasa mual ketika minum Surya S Great Grain ini.

Rasanya yang sedap, lemak berkrim dan kurang manis dengan aroma yang harum sangat mudah disediakan dan diminum. Hanya tambahkan secawan air panas dan kacau sebati. Selain dijadikan minuman, juga boleh dijadikan bahan tambahan dalam menu hidangan lain seperti kek, roti, biskut dan sebagainya.

Surya S Great Grain boleh didapati di semua cawangan Watsons, butik Himalaya, farmasi tempatan terpilih atau boleh juga dibeli di laman e-commerce Shopee.

https://www.facebook.com/Surya.Malaysia/

https://www.instagram.com/surya.malaysia/

Terima Kasih.

May 18, 2019

McDonald's Menggemparkan Negara Diktiraf Malaysia Book Of Records

Assallammualaikum


Tidak sangkakan McDonald's Malaysia berjaya pecah rekod dalam Malaysia Book Of Records untuk penyertaan paling tertinggi bagi Cabaran Pandu-Lalu dalam tempoh 24 jam. Wahhh..sangat mengkagumkan dengan pencapaian yang pihak McDonald's kecapi ini.

Kalau korang hendak tahu dalam masa 24 jam  sahaja cabaran ini berlangsung, McDonald's Malaysia telah berjaya merekod sebanyak 164, 235 jumlah kenderaan menggunakan khidmat Pandu-Lalu di semua cawangan McDonald's seluruh Malaysia.


Meriah betul suasana Drive-thru Leadership for Customer Convenience ini berlangsung di cawangan McDonald’s Kota Damansara. Ketika pembukaan majlis, Sha dihidangkan dengan paluan drum bes untuk meraikan pencapaian McDonald’s Malaysia dalam ‘Cabaran Hujung Minggu Pandu-Lalu McDonald's yang diadakan dari 26 hingga 28 April.


Menurut Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, Azmir Jaafar Cabaran Hujung Minggu Pandu-Lalu McDonald's ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada rakyat Malaysia.

Untuk Maklumat Lanjut :

Web
www.mcdonalds.com.my

Terima Kasih
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...