September 12, 2017

Pantai Teluk Bidara Dungun Terengganu

Assallammuaikum ❤️


Kalau sudah sampai Terengganu, rugi dan macam ada tidak lengkap pula rasa jika tidak singgah pantai. Di sini terdapat beberapa pantai yang cantik untuk lepak-lepak sambil tenangkan fikiran dan beriadah bersama keluarga.


Pantai yang sha maksudkan adalah pantai Teluk Bidara. Pantai ini terletak di dalam daerah Dungun. Kalau korang dari arah bandar dungun, korang akan melalui jambatan baru dungun.

Apa yang menariknya adalah, ketika dalam perjalanan ke sini, korang akan melalui kawasan kampung. Seronok rasanya hati ketika melalui kawasan kampung itu. Untuk sampai ke destinasi, terdapat banyak simpang yang perlu korang lalui. Jangan risau, setiap simpang terdapat papan tanda, jadi kalau betul ikut,memang tidak akan sesat.


Ketika sha sampai disini, cuaca agak baik, jadi sempatlah kami bermain-main di titi air. Pasir disini memang putih dan ombak pula terkadang kuat dan terkadang tenang. Tapi malangnya sini tidak boleh mandi sebab ada tertulis di signboard. Tapi kalau korang hendak tahu, ketika itu ada sahaja beberapa orang yang mandi.


Untuk mengelak kejadian yang tidak diingini, kami hanya bermain pasir dan air laut ditepi gigi air. Selain itu juga kami bermain layang-layang yang kebetulan ada bawa ketika itu. . Bila masa telah menunjuk hampir 7 malam, kami pun bergerak pulang ke homestay. Sebelum pulang, kami singgah dahulu gerai yang berada ditepi jalan untuk bungkus goreng pisang.

Alamat : Pantai Teluk Bidara, 23000 Kuala Dungun, Terengganu, Malaysia

Terima Kasih

September 11, 2017

Pertama Kali Sambut Raya Haji di Terengganu

Assalamualaikum ❤️


Hai semua, apa khabar? Di harap dalam keadaan sihat selalu. Okay kali ini sha ingin cerita tentang percutian sha ke Terengganu. Sha jatuh cinta dengan Terengganu ini sejak sha berkahwin dengan suami lagi. Sha cuti bulan madu juga di Pulau Redang, Terengganu.

Ada beberapa perkara yang buat sha jatuh cinta dengan Terengganu ini iaitu pertama adalah pantai dan kedua adalah makanan.

Ketika cuti sempena hari Kemerdekaan dan juga cuti Hari Raya Haji sha dan juga keluarga mertua telah pergi bercuti sambil melawat saudara mara mertua yang berada di sana.

Berbalik pada sambutan Hari Raya Haji di sana, bagi sha sama sahaja dengan di Selangor. Kami telah menyewa homestay milik saudara mertua dan bergotong royong untuk menyediakan juadah Hari Raya Haji seperti ketupat, rendang dan masak lodeh. Pada belah malam pula bergotong royong bakar BBQ.


Barisan model-model yang bergelar mak-mak orang di Hari Raya Haji. Sang suami,  selepas balik sembahyang raya, makan dan terus tidur. Jadi kami sang isteri-isteri sahaja bergambar. Pada Hari Raya Haji kali ini makanya tidak dapatlah lihat sembelihan lembu seperti raya-raya yang lepas. Selepas sembahyang jumaat, kami semua bergerak ke rumah saudara yang terletak di Bandar Ketengah Jaya Dungun, Terengganu.

Sudah masuk makan tenghari, masa untuk makan!  sha akan sambung lagi cerita tentang Terengganu di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih 💕

August 29, 2017

"Jom ke Booth Traveloka di KL2017" Untuk Menangi Hadiah Bernilai RM200 000

Assallammualikum

Entry kali ini ada sesuatu yang sha ingin kongsikan bersama dengan semua pembaca. Seperti semua tahu SEA ke-29 2017 sedang rancak berlangsung ketika ini. Kalau korang hendak tahu, Traveloka merupakan one of the sponsors for KL2017 sempena sukan sea ke-29. Traveloka adalah salah satu platform tempahan penerbangan & hotel utama di Asia Tenggara yang menyediakan tawaran hotel dan penerbangan terbaik.Pasti semua sudah tahu bukan tentang applikasi online traveloka yang sering menawarkan harga murah dan perkhidmatan yang bagus. www.traveloka.com mula bekerjasama dengan 70 lebih syarikat penerbangan domestik dan antarabangsa yang menyediakan lebih daripada 100,000 laluan berbeza di Asia Pasifik dan Eropah. Traveloka juga telah menyenaraikan lebih daripada 100,000 hotel di seluruh dunia.  



Sempena sukan Sea Ke-29 ini, traveloka menjadi official online travel partner for KL2017. Haaaa...kepada korang yang berhasrat melancong sempena sukan SEA ke-29 2017 ini, traveloka kini menawarkan Promosi Hello Malaysia untuk hotel dan penerbangan dari sekarang hingga 31 Ogos 2017. Korang perlu cepat-cepat rebut peluang ini kerana diskaun sebanyak 40 % akan diberikan jika korang membuat tempahan sepanjang tempoh promosi di http://www.traveloka.com/en-my/promotion/hello-malaysia . Secara tidak langsung, korang bukan sahaja dapat menikmati tiket dan hotel yang murah, malah dapat merapatkan diri korang untuk mengenali dan mengunjungi tempat-tempat menarik di dalam Malaysia. Manakala untuk GO S.E.A pula untuk 10 lokasi menarik seperti Singapore, Bali, Jakarta, Bandung, Lombok, Ho Chi Minh, Phuket, Hainan dengan diskaun harga sehingga 60%. Apamacam? Menarik bukan tawaran yang diberikan oleh pihak traveloke. 

Kepada yang tidak sempat untuk menyaksikan secara live sukan SEA ke-29 2017 ini di kaca tv, jangan sedih dan gundah gulana kerana korang boleh menyaksikan secara live di page http://travelokakl2017.com.my/. Selain itu siaran secara langsung ini juga boleh di saksikan melalui laman sesawang Facebook dan juga You Tube.



Tawaran pihak traveloka tidak terhenti disitu sahaja, apa yang lebih menarik lagi adalah pihak Traveloka bukan sahaja sebagai salah satu penaja Sukan SEA 2017 malah turut memberi diskaun untuk hotel dan penerbangan. Pihak Traveloka juga turut melancarkan peraduan dengan meneka siapakah bakal menang bagi setiap perlawanan yang dipertandingkan di sukan SEA ke-29 2017 ini. Untuk menyertai peraduan ini senang sahaja iaitu :

1) Pilih permainan/ acara sukan.
2) Ikut arahan seterusnya dan masukkan email. Kemudian pilih negara yang bakal menangi
4) Hantar peraduan dan kongsi dilaman social.

Selain itu juga korang berpeluang memenangi hadiah bernilai RM200 000 jika korang berkunjung ke booth mereka bertempat di Bukit Jalil. Terdapat pelbagai aktiviti dan paraduan yang pihak traveloka  sediakan. Haaaa...apa lagi jom serbu booth mereka!! Mana tahu tuah korang ketika mengunjungi booth mereka dapat membawa balik hadiah bernilai Rm200 000. Okay sampai disini sahaja perkongsian sha untuk kali ini, jom sama-sama kita memeriahkan program yang dianjurkan oleh pihak traveloka disamping bercuti ke tempat-tempat menarik.

Sekian Terima Kasih 💕

August 15, 2017

KUEH Cafe Seksyen 13 Shah Alam

Assalamualaikum ❤️


Hari ini sha ingin berkongsi dengan korang tentang satu cafe yang terkenal dengan pelbagai jenis kuih. Yang menariknya di sini juga terdapat beberapa kuih tradisi yang mungkin juga korang tidak pernah lihat dan rasa sebelum ini.


Sha mengetahui pasal KUEH Cafe ini melalui rakan-rakan. Memandangkan cafe ini berdekatan dengan office jadi semasa makan tenghari, kitaorang melencong makan di situ. Ketika sampai di sini agak terkejut juga sebab lengang dan senang sangat dapat parking. Keadaan di dalam cafe ini tersusun kemas dan selasa. Banyak tempat duduk yang disediakan. Siap pilih lagi tempat mana nak duduk.


Konsep cafe ini adalah bayar dahulu. Korang perlu buat pesanan dan bayar di kaunter. Sha memesan nasi kerabu bersama ais chocolate. Rasa nasi kerabu ini boleh tahan ditambah dengan bahan-bahan sepeti ayam goreng, cili, kelapa, telu masin dan sayur memang menaikkan selera sha untuk makan hingga habis. Kalau sampai sini rugilah kalau tidak makan kuihkan. Sha dan kawan office memilih lima jenis kuih yang berharga RM4.00. Keseluruhan adalah makanan, minuman dan juga kuih berbaloi dengan harganya. Sha juga tidak teragak untuk datang kembali ke sini. Okay sampai di sini sahaja entry sha kali ini, jumpa lagi di entry akan datang.

Alamat :
Jalan Renang 13/26, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Waktu Berniaga :
10 Pagi hingga 10 Malam

Terima Kasih 

August 14, 2017

Ayam Penyet Best Tsb Sungai Buloh

Assallammualaikum  ❤️


Semalam adalah hari lahir ibu mertua sha, jadi kitaorang telah rangcang untuk menyambut hari lahirnya di Ayam Penyet Best area Tsb Sungai Buloh. Ibu mertua tidak tahu pun yang Kitaorang  nak buat kejutan untuk hari lahirnya. Kitaorang beritahu hanya pergi makan-makan sahaja. Ibu mertua sha amat terkejut bila kami semua buat gimik nyanyi lagu happy birthday diiringi kek hari lahir. Memang gembira betul dia melihat anak, menantu dan juga cucu sama-sama menyanyikanya.



Ketika berada di restoran ayam penyet best, sha mencuba nasi lemak bersama kopi ais. Manakala keluarga lain pula kebanyakkanya memesan nasi putih bersama ayam penyet. Apa yang sha paling suka adalah sambal dia. Rasanya memang sedap bila dimakan bersama nasi lemak, kacang dan juga ikan bilis ranggup. Begitu juga rasa kopi ais dia yang memang kaw dan cukup rasa. Sha juga ada rasa ikan keli dia yang ranggup bersama sambal dia yang sangat pedas. Memang berasaplah telinga makan sambal dia. Walaupun pedas tapi sedap.

Keseluruhan sha rasa ayam penyet best ini best. Begitu juga dengan suasana restoran dia yang besar, bersih dan selesa. Anak sha dan anak buah siap main kejar-kejar didalam restoran ini. Restoran ini memang sesuai untuk bawa keluarga bersama berkunjung ke sini. Cuma satu sahaja, restoran dia kurang sejuk sebab kipas dia sangat perlahan. Agak berpeluh jugalah kitaorang ketika berada di sini. Okay sampai di sini sahaja entry sha kali ini. Jumpa lagi di entry akan datang. Bubye.

Alamat :
Jalan Nautika A U20/A Pusat Komersil TSB, Sungai Buloh, Selangor

Masa:
10 Pagi hingga 10 Malam

Terima Kasih 

August 11, 2017

Satay Minang Paya Jaras

Assallammualaikum


Hai semua! Korang rasa apakah apakah topik yang akan sha kongsikan hari ini? kalau tengok gambar pun korang sudah boleh agak apa yang akan sha ceritakan.

Siapa disini yang pernah makan satay minang? cuba angkat tangan, sha hendak tengok sikit..hahaha. Sebenarnya sha pun baru berjinak-jinak makan satay minang ini. Sha belajar makan satay minang ini dari suami sha.

Pertama kali makan sha makan satay minang di paya jaras pak yat ini, memang rasa teruja maklumlah tidak pernah makan. Baru sha tahu yang rasa satay minang ini boleh tahan sedapnya. Perniaga yang buat satay minang ini juga pandai buat kuahnya. Pendek kata satay minang ini memang kena dengan selera sha.

Antara yang terkandung dalam satay minang adalah satay ayam, nasi himpit, bawang goreng dan juga keropok. Kemudian diletakkan bersama dengan kuah yang memang sedap.

Beberapa kali jugalah sha dan suami datang makan satay disini. Selalu sha dan suami akan pesan 10 cucuk. Sha juga suka pesan bakso sebagai menu tambahan ketika berada disini. Okay sampai disini sahaja perkongsian sha, jika hendak mencuba boleh lihat alamat seperti dibawah ini :

Sate Minang Pak Yat
Lot 2986, Jalan Kuala Selangor
Kampung Paya Jaras Tengah
47000 Sungai Buloh Selangor
Telefon :  017-8891040

Terima Kasih

July 31, 2017

Makan Tenghari di Boat Noodle, PKNS

Assallammualaikum ❤️


Kalau semua nak tahu, kini boot noodles telah buka satu lagi cawangan di PKNS Shah Alam.  Shailla sudah pergi makan tenghari bersama kawan-kawan office.  Kebetulan pada waktu itu memang kami ingin pergi jalan-jalan di PkNS. Sudah alang-alang berada disana, maka kami pun singgah makan disitu. 

Kalau korang nak tahu, sistem di boot noodles cawangan PKNS adalah sistem layan diri. Dimana korang perlu ambil dan memesan makanan di kaunter terlebih dahulu...ohhh yaaa... Kena bayar sekali yer. Pada mula-mula kami masuk agak terkejut juga sebab kena layan diri,tapi kami layankan juga


Macamana? Banyak tak shailla makan? Hahaha.. Berlakon jer tu... Sebenarnya makan 3 mangkuk jer.. Wakaka. Okay bagi shailla, shailla lebih suka lagi kita pesan dan hantar makanan. Ini kerana, bila sistem layan diri ini, kita beratur panjang menanti pelanggan pesan makanan mereka. Rasa mee dia masih sama tetap sedap. Bezanya cuma pada sistem tempahan makanan. Okay sampai disini sahaja entry shailla. Jumpa lagi di entry akan datang. 

Sekian Terima Kasih💕

July 28, 2017

Merasai Naik Mrt dari Sungai Buloh ke Stadium Kajang

Assallammuaikum ❤️


Pasti ramai yang telah naik Mrt sampai ke Kajangkan. Ahad lepas shailla bersama family shailla dan juga mertua pergi merasai sendiri naik Mrt dari Sungai Buloh hingga Stadium Kajang. Dari rumah, kami menaiki bus Mrt ke station Sungai Buloh. Areez adalah orang paling seronok bila dapat naik bus. Bising mulut dia ketika berada didalam bus dan menjadi perhatian ramai.


Ketika kami sampai ke station sungai buloh, orang agak ramai juga dan kena beratur panjang untuk beli tiket. Untuk pengetahuan semua, mesin tiket hanya untuk tiket dewasa manakala untuk warga emas kena beratur beli tiket dikaunter. Masa kami banyak terbuang dibahagian tiket kerana pada mulanya husband terus beratur dikaunter, bila sampai kaunter kena pergi beli tiket dekat mesin pula. Bila dimesin pula, warga punya tidak boleh, kena beratur balik dekat kaunter.



Perjalanan dari sungai buloh hingga stadium kajang memang terasa jauh kerana banyak station kena berhenti memang kematu rasa punggung duduk dalam train. Akhir sampai juga ke lokasi yang dituju iaitu satay kajang hj samuri. Kalau korang tengok suasana dekat restoran satay kajang hj samuri nampak tenang sahajakan.



Sebenarnya inilah hakikat yang korang perlu terima. Orang memang terlalu ramai. Untuk order kena beratur hampir sejam jugaklah dan terpaksa menunggu orang habis makan untuk mendapat tempat yang memang penuh. Kami bernasib baik sebab semasa menanti tempat duduk ada satu family offer duduk dimeja mereka kerana sudah habis makan. Mungkin ketika itu mereka lihat ada shailla dukung aqeef bersama keluarga dan mertua shailla, sebab itu mereka beri laluan pada kami.


Macam biasa, rasa satay kajang ini memang tidak mengecewakan. Rasanya memang nikmat. Ditambah kuah yang sedap dan daging yang gemuk memang terbaik walaupun kene beratur panjang. Setelah habis makan, kami pun beredar ke taman permainan yang terletak bersebelahan satay kajang itu. Kemudian setelah solat maghrib, kami pun beratur untuk beli tiket balik. Setibanya di Sungai Buloh ada bus ke rahman putra telah menanti, tetapi malangnya kami tidak sempat naik dan menjangka ada beberapa bus lagi ke rahman putra akan tiba, malang itu satu-satunya bus pada malam itu. Lebih kurang sejam lebih juga tunggu bus itu pusing balik ke stesen sungai buloh. Sempat jugalah si areez berak. Hahaha. Akhirnya pukul 10.45 malam baru kami sampai rumah. Okay sampai disini sahaja perkongsian shailla, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih 💕

July 27, 2017

Aqeef Masuk Wad Kerana Jangkitan Paru-Paru

Assallammuaikum ❤️


Pada minggu lepas, anak shailla telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Pada mulanya hanya deman biasa jadi pada hari rabu, shailla telah membawanya ke klinik biasa. Pada keesokkan harinya, demam dia masih sama tidak berubah.

Untuk dijadikan cerita, pada hari jumaat petang, abah shailla call. Katanya muka anam shailla sudah hampir biru dan nafas tercungap-cungap.

Shailla terus minta time off dan drive balik ke rumah. Memang time itu shailla tekan minyak 140/160 km juga. Tambah lalu highway jadi tiada masalah untuk shailla pecut.

Setibanya sampai dirumah, ketika itu hampir waktu asar. Selesai asar terus bergegas ke emergency sungai buloh. Ketika dikaunter daftar terus salah seorang staff disitu check dan mengarahkan anak shailla dibawa ke zon merah.

Ketika didalam zon merah, terus staff memeriksa dada anak shailla. Kemudian mereka buat xtray dan ambil darah. Pada mulanya shailla masih lagi cool tetapi seelok sahaja wayar dipasang dibadan dan dimasukkan gas oksigen, terus shailla rasa cuak.

Hasil daripada pemeriksaan doktor mendapati paru-paru anak shailla ada penuh kahak dan juga jangkitan kuman. Malam itu juga anak shailla dimasukkan ke wad paediatric 8c. Selepas dimasukkan disitu, gas oksigen akan diberikan setiap 3 jam sekali. Doktor juga akan datang melawat. Tangan anak shailla juga dimasukkan air melalui jarum kerana anak shailla memang tidak lalu makan mahupun minum susu. Sejak malam itu, bermula kehidupan shailla dihospital


Hari pertama,subuh lagi, nurse sudah kejut untuk periksa, beri gas oksigen dan juga sedut kahak aqeef. Kalau korang hendak tahu, melihat anak korang disedut kahak adalah pengalaman paling menyedihkan. Kesian sangat tengok aqeef. Dokktor akan datang dalam pukul 9 pagi untuk periksa pesakit. Shailla memang mengharap agar ketika doktor aqeef, aqeef boleh boleh. Malangnya doktor tidak benarkan balik. Setiap 3 jam aqeef akan dibekalkan gas oksigen dan antibiotic. Selain itu juga aqeef kena makan ubat deman. Kemudian pukul 2 petang doktor akan datang periksa kembali. Memang hari pertama itu agak mati kutu jugalah kerana ini merupakan pengalaman pertama shaillla jaga orang sakit dihospital. Tengahari pula pasti mama dan abah shailla datang menghantar makanan. Kemudian petang mereka akan datang kembali melawat aqeef. Doktor akan datang melawat balik. Kemudian pukul 8am doktor akan datang kali ketiga untuk periksa aqeef.


Hari kedua, keadaan aqeef masih sama. Aqeef masih demam dan nafas bergerak laju. Antibiotic masih lagi on. Setiap 3 jam kena masuk gas dan 5 jam sekali sedut kahak.


Hari ketiga, pagi-pagi lagi sudah nampak senyum aqeef, wahhh seronok rasa hati. Mana tidaknya, sepanjang aqeef tidak sihat memang tidak nampak langsung senyuman yang mampu mencairkan semua hati wanita. Pada hari ketiga keadaan aqeef semakin baik. Tetapi nafas dia masih laju. Masih juga deman dan cirit birit..ohhhh ya, sejak hari pertama, shailla ada task tau dimana dokyor meminta shailla mencatat masa aqeef makan, minum, berak dan kencing. Paling seronok adalah kalau berak dan kencing sebelum buang kena timbang dan catat okay!! Hahahah.


Pada hari keempat, aqeef masih lagi ditahan kerana antibiotic belum habis dan nafas aqeef juga masih laju. Gas oksigen juga dari 3 jam sekali menjadi 6 jam sekali. Pada hari keempat aqeef tidak lagi menjalani proses sedut kahak. Doktor macam biasa akan datang tiga kali sehari untuk periksa. Pada malam hari pula kami dipindahkan ke bilik sebelah. Apa yang best adalah kedua-dua bilik dalam itu hanya ada 4 orang pesakit dan shailla dapat ditepi tingkap. Sambil menjaga aqeef boleh lihat pemandangan dari atas rasa tenang. Niat dihati shailla ingin siapkan task produk review. Baru beberapa kali ambil beberapa keping gambar tiba-tiba nurse datang. Apa lagi, terus terbantut niat.


Pada hari kelima, aqeef tidak lagi demam. Nafas aqeef juga tidak lagi laju. Hari kelima ini special sikit sebab ada beberapa bakal doktor datang melawat. Aqqef jadi bahan experiment la kejap dimana sorang-sorang datang memeriksa aqeef. Macam biasa semua cair melihat senyuman aqeef sehingga ada pelajar lelaki dari luar negara mendoakan agar aqeef menjadi doktor juga kelak... Aminnn.. Rutin macam biasa, aqeef masih lagi kena sedut gas dan antibiotic. Cuma pada sebalah malam, kami berpindah ke tingkat 7. Di tingkat 7 agak sedikit berbeza, dimana disini, shailla duduk diruang yang terbuka belah kanan 6 katil dan belah kiri ada 6 katil tengah-tengah laluan. Disini kita boleh lihat pelbagai jenis jantina dan golongan. Suami shailla minta bilik second class, tetapi buat pengetahuan semua, hospital sungai buloh tiada namanya kelas!! Semua sama sahaja. Belah shailla ada 4 katil sahaja berpenghuni ketika itu dan semuanya ibu-ibu yang menjaga anak, jadi tidaklah rasa tertekan sangat cuma belah malam masuk lagi 1 penghuni yang dijaga oleh bapanya disebelah shailla. Tapi tiada masaalah pun kalau nak tido... Tarik jelah langsir tutup.


Hari keenam, alhamdulillah setelah diperiksa oleh doktor, hari ini aqeef sudah boleh balik memandangkan ubat antibiotic telah habis malam tadi dan aqeef juga tidak demam. Tengahri itu, shailla terus call abah shailla untuk menjemput kami kerana husband shailla kerja. Lega rasanya dapat balik rumah. Selain itu kesian dengan areez berpisah dengan adik dan shailla selama 6 hari. Ini merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Semoga aqeef terus sihat selalu kerana cuti ibu sudah habis.. Hahaha. Okay sampai disini sahaja entry shailla, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih 💕

July 25, 2017

BioXcellent Tripeptide Collagen White Diamond Menjadikan Muka Flawless Dan Pinkish Ala Korea

Assalamualaikum ❤️

Kini berwajah Baru. Bezanya cuma pada sticker sahaja, yang lain semua masih sama.

Wow!! Mampu mengurangkan jeragat! Itulah ayat pertama keluar dari mulut shailla ketika membaca khasiat yang terdapat pada BioXcellent Tripeptide Collagen White Diamond ini. Shailla memang sudah lama mencari produk yang mampu merawat masaalah jeragat yang shailla hadapi ini. Selain itu juga, tona kulit berganda cerah dan pinkish. Wahhhh...lepas ini dapat kulit Shailla menjadi pinkish ala korea jawabnya!!! Apalagi... Haishhhh terjebaklah jawabnya untuk mencuba produk keluaran BioXcellent ini.


Jika sebut pasal Collagen ini memang dari dulu teringin hendak mencuba tapi tidaklah sampai untuk tahap membeli. Kira erti kata lain adalah baru niat belum buat lagi. 

Sekarang sudah hampir seminggu juga shailla minum Collagen White Diamond ini. Rasanya memang sedap dan tekak shailla boleh layan. Kalau kita buka penutupnya bau terus keluar bau macam gula-gula getah pun ada... Segar sahaja. Rasa airnya pula apabila dibancuh rasa masam masam manis. Mungkin kerana campuran daripada serbuk Raspberry, Tomato, Apple dan lain-lain. Rasa dia juga tidak buat kita rasa cepat muak mahupun rasa loya untuk teguk... Huhuhu


Terdapat banyak khasiat yang terkandung didalam minum BioXcellent Tripeptide Collagen White Diamond ini antaranya :

• Membaik pulih struktur kulit
• Kulit lebih cerah,anjal, gebu dan lembap
• Mengurangkan garisan halus dan keduta
• Mengaktifkan sintesis penghasilan kolagen pada tubuh
• Mengatasi masalah kulit seperti jerawat, jeragat, pigmentasi dan tompok hitam.
• Melindungi dari sinaran UV, radikal bebas dan pencemaran
• Mencantikan kuku lebih kuat dan atasi masalah keguguran rambut
• Mengatasi masalah lenguh badan
• Ramuan premium membekalkan zat penting untuk kulit.

Kelebihan BioXcellent Tripeptide Collagen White Diamond keluar BioXcellent :
  • Ramuan BioXcellent Tripeptide Collagen White mengandungi vitamin, Campuran beri (diperkaya dengan anti oksidan), Tripeptide Kolagen, Astaxanthin, Acacia gum, Ekstrak Grape Seed, Tomato, Apple, Rasberry & Pomegranate yang diuji secara klinikal untuk meningkatkan pencerahan kulit, keanjalan kulit dan kulit cerah bersinar.
  • Produk ini selamat di gunakan & standard penyulingan yang di luluskan oleh KKM dan GMP.
  • Produk ini memberi kesan seawal 7 hari. BioXcellent Tripeptide Collagen White ini dapat memberi kesan cepat & dapat dirasai selepas 24jam, Jerawat kecut, Muka tak kering , selepas bangun tidur badan rasa Segar dan Bertenaga.
  • Harga sangat berpatutan dan insyaallah mampu milik iaitu RM70.00 sebotol tahan untuk 30 hari. 
  • Boleh didapati di Watson ataupun Lazada


Kesan Selepas Mengamalkan BioXcellent Tripeptide Collagen White Diamond 

Seperti mana yang shailla bagitahu diatas, shailla baru mengamalkan produk ini selama seminggu. Apa yang menarik perhatian shailla, kesan daripada penggunaan produk ini adalah :
  • Tidak perlu make up tebal - Beberapa hari ini memang Shailla tidak menggunakan foundation kerana bagi shailla kalau dari skip foundation lagi bagus. Buktinya korang bila lihat gambar shailla diatas. Gambar itu diambil ketika menjaga anak shailla di hospital memang tidak pakai apa-apa make up langsung. Yelah, karang kalau make up, cair pula doktor yang ada disitu.. Wakaka. 
  • Seminggu juga shailla menjaga anak dan menjadi penunggu setia di Hospital. Dengan adanya minuman ini dapat mengatasi masalah lenguh badan yang Shailla hadapi. 
  • Shailla juga dapat merasai perubahan pada kulit Shailla dimana kulit menjadi lebih cerah,anjal, gebu dan lembap. 
Minuman ini sesuai untuk Lelaki dan Perempuan berumur 16 tahun ke atas. Selain itu juga, minuman ini mampu Meningkatkan penghasilan SUSU IBU tetapi perlu diingat agar ibu-ibu yang hamil mahupun menyusu bayi perlu merujuk kepada doktor atau penasihat perubatan sebelum mengambil minuman ini. Kalau korang hendak lebih lanjut lagi tentang produk ini, boleh terus lihat sendiri Facebook BioXcellent atau Instagram BioXcellent

Sekian Terima Kasih
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...