June 13, 2017

Ifftar Bersama Sahabat Uitm Perak D'Kayangan Shah Alam

Assallammualaikum


Bukan mudah untuk buat perjumpaan dengan kawan-kawan lama semasa sama-sama menuntut di Uitm Perak. Sudah lama kami rancang dari zaman bujang sehingga sudah beranak pinak inilah merupakan perjumpaan pertama kami. Selalu kalau rancang pasti tidak jadi. Perjumpaan kali ini pun masih tidak cukup seorang tetapi alhamdulillah dapat juga bertemu dengan yang lain.Seminggu yang lalu kami telah merancang untuk ifftar bersama. Lokasi yang kami pilih adalah D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet di seksyen 13 Shah Alam.


Ketika sampai memang tempat sudah fully booked. Nasib kami telah buat reserved awal-awal sebelum datang. Kami dapat seat bahagian luar tanpa bumbung. Ketika itu berdoa sahaja didalam hati agar tidak hujan. Tempat yang kami dapat juga agak sempit jadi terpaksa duduk berhimpit. Kami ada empat family tetapi jug air diberi hanya satu. Bila minta lagi satu katanya satu meja hanya satu. Sementara menunggu waktu berbuka memang kena beratur untuk mengambil makanan sebab orang memang ramai sangat. Makanan di situ memang banyak pilihan rasanya dia juga boleh tahan.


Sedang rancak berborak dengan rakan-rakan tiba-tiba datang badut buat suprise!! apa lagi seronoklah kanak-kanak yang datang disitu terutama si Areez sampai 3 belon dia dapat sebabnya dia asyik bagi pecah sahaja. 



Inilah dia wajah-wajah kawan Uitm semasa menuntut bersama di Uitm Perak. Kami berkawan sejak tahun 2012 sehinggalah sekarang. Kebanyakkan semua sudah berkahwin dan mempunyai anak. Macam-macam suka duka yang telah kami hadapi bersama. Ketika shailla ditimpa masaalah merekalah selalu memberi semangat dan kekuatan. Syukur sangat mempunyai mereka dalam hidup Shailla.Semoga Ukhuwah ini akan kekal hingga ahkir hayat. Okay sampai disini sahaja entry shailla kali ini. Jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih. 


Bila Aqeef Demam

Assallammualaikum❤


Ibu mana yang tidak susah hati jika anak demamkan. Pada sabtu lepas, suhu panas badan Aqeef naik pada 39.9°c. Dari malam tidur tidak lena dan asyik merengget sahaja.  

Petang pula, shailla ada berbuka puasa dengan kawan-kawan Uitm. Pening juga kepala semasa itu samaada hendak pergi atau tidak pergi. 

Kemudian shailla putuskan untuk bawa Aqeef ke klinik berdekatan. Sampai di sana setelah check up, teruk doktor masuk ubat insert dalam buntut dan membekalkan beberapa jenis ubat. 

Selepas check up shailla terus ke destinasi untuk berbuka dengan kawan Uitm. Ubat insert itu sangat bagus dimana suhu panas anak shailla turun dengan cepat dan dia kembali senyum. Kalau tidak, agah macamana pun tidak mahu senyum langsung. 

Alhamdulillah Aqeef sekarang sudah semakin sihat dan semakin banyak perangai iaitu hendak orang agah dan duduk main dengan dia sahaja. Jenuhlah asyik melayan kerenah dia, walau bagaimana pun yang penting dia sihat. Okay sampai disini sahaja entry shailla, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...