January 14, 2017

Tookar Online Car-Buying Website

Assallammualaikum 💋

 

Perhatian untuk kamu kamu semua, ada satu pengumuman yang shailla ingin kongsikan. Kepada kamu kamu yang berhajat untuk menukar kereta baru, meh sini shailla kongsikan satu laman web yang menjual kereta secara online. Laman web yang shailla maksudkan adalah https://www.tookar.my/ . Mungkin ada yang telah tahu dan ada yang belum tahu tentang kewujudan laman web yang menjual secara online ini.

 

Tookar merupakan laman web urusan jual beli kereta secara dalam talian di mana para pelanggan boleh mendapatkan kereta idaman dengan tawaran harga yang menarik daripada pengedar. Sempena tahun baru cina ini, tookar telah menawarkan ang pow dan juga rebate kepada pembeli. Bukan itu sahaja, tookar juga menawarkan penghantar kereta secara percuma!! kepada pembeli.

 

Bagaimana untuk membeli kereta di laman web tookar ini adalah pembeli harus log in dan daftar details peribadi terlebih dahulu. Selepas itu pembeli boleh memilih kereta idaman yang terdiri daripada jenama Honda, Isuzu, Kia,  Mazda, Nissan, Produa, Proton dan Toyota. Kemudian pembeli harus memilih tawaran yang disediakan dan perlu membuat bayaran pendahuluan untuk booking kereta. Apa yang menarik tentang tookar ini adalah proses pembelian kereta menjadi lebih mudah apabila pengedar akan menghubungi bakal pembeli untuk menguruskan pembiayaan sewa beli, trade in dan dokumen ke rumah atau pejabat.

 

Sempena Tahun Baru Cina yang bakal tiba ini, tookar telah mengadakan promosi istimewa kepada pembeli dengan tidak mengenakan bayaran semasa menempah kereta. Selain itu juga, tookar akan memberikan Ang Pow kepada pembeli. Promosi ini sah sehingga 31 January 2017. Untuk mendapatkan pelbagai tawaran lebih menarik daripada Tookar, pembeli boleh menggunakan kod ini SL1E8PC2  untuk membuat tempahan kereta. 

 

Untuk sebarang tempahan dan maklumat lanjut, boleh terus ke laman web https://www.tookar.my/ . Selamat membeli dan bergaya dengan kereta baru pada tahun baru ini.

Sekian Terima Kasih.

January 06, 2017

Barang Keperluan Untuk Dibawa Ke Hospital Ketika Bersalin

Assallammualaikum ❤

 
 

Kalau ikut tarikh untuk bersalin, lagi seminggu sahaja lagi Shailla akan melahirkan bayi kedua. Ketika ini memang rasa cuak, tetapi buat tenang sahaja sebab dalam minda memang telah set walau macamana pun kita tetap akan lalui detik untuk melahirkan bayi tanpa terkecuali cuma masa sahaja kita tidak boleh agak. 

Bagaimana dengan barang keperluan bayi untuk dibawa ke hospital pula?, Shailla memang suka sediakan sebulan lebih awal kerana daripada pengalaman anak pertama, bayi Shailla lahir 20 hari lebih awal. Selain itu Shailla juga rajin memeriksa beg bayi agar semua kelengkapan cukup.

Antara barang yang Shailla sediakan untuk dibawa ke hospital adalah seperti :

Untuk Bayi

1. Baju Bayi 3 Helai
2. Sarung Tangan dan Kaki 3 Set
3. Pampers 6 Keping
4. Barut Bayi 3 Helai
5. Tuala Mandian Sehelai
6. Mandian Bayi berserta minyak bayi
7. Selimut Bayi
8. Buku Yasin

Untuk Ibu

1. Set Breast Pump dan Nursing Cover
2. Baju, Kain Batik dan Stokin
3. Pad Bersalin
4. Tuala Mandian

 
 

Untuk memudahkan suami Shailla mengambil pakaian bayi ketika nurse minta, shailla telah memasuk setiap pasang baju, sarung tangan dan kaki serta pampers ke dalam plastik bagi memudahkan suami shailla menyerahkanya pada nurse yang bertugas. Selain itu, tujuan shailla memasukkanya ke dalam plastik supaya ia lebih nampak kemas dan tersusun. Okay, sampai disini sahaja entry Shailla, insyaallah kita berjumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih ❤

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...