October 22, 2016

Minyak Herba Asma Mujarab Untuk Ubati Penyakit Asma

🌸Assallammualaikum 🌸

 

Shailla memang pengguna minyak herba asma mujarab ini. Selepas hari raya puasa yang lalu shailla mula menggunakan minyak herba asma mujarab ini sehinggalah sekarang. Minyak Herba Asma Mujarab ini memang
terkenal terutama didalam media social instagram dan juga facebook. Shailla yakin pasti diantara pembaca blog shailla ini yang sudah kenal dan ada juga yang tidak kenal dengan Minyak Herba Asma Mujarab ini.

 

Okaylah, jom shailla kenalkan Minyak Herba Asma Mujarab dengan lebih dekat lagi terutama untuk golongan ibi-ibu mempunyai anak-anak yang ada mengidap asma. Sebenarnya minyak herba asma mujarab ini adalah minyak ajaib ini mampu menyembuhkan penyakit asma dan melancarkan saluran pernafasan untuk semua peringkat umur. Minyak herba asma mujarab ini tidak mempunyai bahan-bahan terlarang mahupun bahan berbahaya kerana proses penghasilan minyak herba asma mujarab ini adalah secara traditional dan ianya melepasi ujian Pusat Akta Racun Negara. Untuk pastikan minyak herba asma mujarab ini terbaik untuk pengguna, minyak herba asma mujarab ini tidak pernah diproses daripad bertaraf GMP atau R&D semula bibawah Syarikat SDN.BHD kerana ingin menjaga kualiti ramuan herba warisan turun temurun.

 

BERHATI-HATI DENGAN MINYAK HERBA ASMA MUJARAB TIRUAN.
Kepada para pengguna, shailla nasihat sebelum beli teliti dahulu sama ada minyak itu origanal ataupun tiruan. Ini kerana minyak herba asma mujarab tiruan telah ada dipasaran. Untuk memastikan minyak herba asma mujarab adalah original, korang boleh lihat di setiap botol minyak herba asma mujarab mempunyai Hologram, QR Code dan Nombor siri dibelakang botol.

Anda boleh Scan QR Code ini dengan menggunakan Smartphone dan setiap produk yang di scan akan mempunyai nombor siri berbeza di dalam sistem website kami.
Hologram beserta sistem QR Code ini sudah dilekatkan dan sudah dipasarkan dari peringkat ke peringkat. Pastikan yang Original baru beli.
 
 

Oleh kerana ramai yang sudah tertipu kerana tidak berkesan seperti yang dahulu. Jadi berikut adalah cara untuk mengenalpasti antara produk asli dan tiruan.
TIRUAN PERINGKAT (1) PERTAMA
 
Mereka penjual Minyak Asmak ini telah menipu ramai pelanggan dengan mengatakan Minyak Herba Asma Mujarab ini telah menukar label. Padahal kami tidak pernah menukar label baru seperti ini sama sekali. Jangan mudah tertipu dengan tektik jahat mereka untuk mencari duit secara haram disisi agama islam.
Mereka juga akan menggunakan tektik jahat dengan mempromosikan GAMBAR-GAMBAR Minyak Herba Asma Mujarab Original yang mempunyai Hologram QR Code di belakang botol di Facebook atau media-media sosial yang lain. Kemudian mereka menghantar produk Minyak Asmak ini pada pelanggan yang telah membuat pembayaran.
Setelah pelanggan bertanya kenapa dalam gambar lain, barang yang di order lain. Mereka akan menjawab dengan jawapan bohong iaitu “Kami Sudah Tukar Label”. Sila berwaspada!
TIRUAN PERINGKAT (2) KEDUA
 

Pembuat produk Minyak Herba Asma palsu juga berani menggunakan Meditag KKM palsu semata-mata untuk mengaburi mata pelanggan.
TIRUAN PERINGKAT (3) KETIGA
 

Jika ada yang mendakwa Minyak Herba Asma Mujarab ini di bawah keluaran syarikat SDN. BHD. Maka ianya adalah produk tiruan & bukan dari ramuan rahsia tradisional Pakcik.

 

Dari segi bab kebaikkan Minyak Herba Asma Mujarab ini pula, memang sangat banyak kebaikkanya.Secara asasnya Minyak Herba Asma Mujarab ini dapat membantu meredakan asma, batuk berkahak, lendiran kahak yang banyak. Sejak mengandung anak kedua ini, shailla sering mengalami sengal-sengal otat jadi shailla akan menyapukan minyak herba asma mujarab setiap berhadapan dengan masaalah sengat-sengal otot.
Anak shailla memang selalu kegatalan akibat gigitan nyamuk, nyamuk memang suka pada anak shailla jadi ditempat yang kena gigitan nyamuk itu, shailla akan sapukan minyak herba asma mujarab ini. Minyak ini memang sesuai untuk digunakan terhadap bayi, kanak-kanak serta orang dewasa.

Testimoni daripada pengguna Minyak Herba Asma Mujarab :

 
 
 
 
 
Bagaimana cara untuk mendapatkannya? 

SILA HUBUNGI :

πŸ‘‰πŸ»Pn. Nurul (PEMBEKAL UTAMA MINYAK HERBA ASMA MUJARAB) - Tel: 013- 987 1616
πŸ‘‰πŸ»HQ  En. Hafis - Tel : 013 480 6787 | 
πŸ‘‰πŸ»Facebook
πŸ‘‰πŸ»Blog

 Sekian Terima Kasih ❤️

September 24, 2016

Cek Lawa Krim Pemutih Ketiak Untuk Masaalah Ketiak Hitam

Assallammualaikum 


Pada siapa yang  mengalami masalah ketiak hitam dan alahan pada pewangi ketiak memang susah hendak cari produk yang sesuai dengan dirikan. Kali ini Shailla ingin berkongsi satu produk yang boleh mengatasi masalah itu. Sekarang tidak perlu lagi rasa susah hati untuk mencari produk yang terbaik untuk mengatasi masalah ketiak hitam malah terbaik juga pada yang mempunyai masalah kulit bawah ketiak yang sensitif. 

 

Apa kata korang cuba produk dari Cek Lawa ini. Produk dari Cek Lawa ini merupakan krim pemutih ketiak. Apa yang bagus tentang Cek Lawa krim pemutih ketiak ini adalah didatangkan dengan kotak yang berwarna merah jambu dan comel. Kalau kita lihat pada bentuknya yang molek, memang mudah untuk dibawa ke mana sahaja korang pergi. Kepada gadis-gadis dan juga ibu-ibu yang suka pada warna merah jambu pasti tertarik dengan produk dari Cek Lawa ini. Ehhh!! abang-abang dan para bapa pula jangan terasa hati pula, korang juga boleh dan sesuai menggunakan produk ini kerana produk ini sesuai untuk wanita dan juga lelaki. Cek Lawa krim pemutih ketiak ini bukan sahaja berfungsi sebagai pemutih ketiak malah berfungsi sebagai deodoran. Walaupun shailla aktif sepanjang hari tetapi apa yang shailla perasan, bawah lengan tidak melekit dan mengeluarkan bau yang kurang enak yang boleh menyebabkan rasa tidak selesa terutama bila sering bertemu dengan orang ramai. Bukan sahaja dibawah ketiak, malah kalau korang hendak tahu, Cek Lawa krim pemutih ketiak ini juga boleh menghilangkan hitam dicelah peha,dibelakang leher,lutut dan tempat yang mempunyai daki degil. Ini berita baik untuk ibu yang mengandung kerana produk ini boleh hilangkan kesan hitam di bahagian leher, bawah lenggan serta bahagian perut.

 

Buka sahaja penutupnya terus terhidu bau bunga mawar, lembut sahaja baunya menusuk hingga ke lubang hidung. Hampir dua minggu Shailla menggunakan Cek Lawa krim putih ketiak ini. Tidak dinafikan Cek Lawa krim pemutih ketiak ini sangat-sangat membantu dalam menjadikan kulit semakin cerah dan tona kulit juga nampak sekata. Lepas ini jangan pula asyik angkat lengan sahaja pulak, maklumlah ketiak sudah putih.

Kebaikkan Cek Lawa krim pemutih ketiak adalah 100% ekstrak daripada herba semulajadi dan kaya dengan vitamin C juga mineral. Tambah lagi Krim ketiak ini menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru serta menanggalkan sel-sel kulit mati, memang membuat kulit bawah lengan korang semakin cerah dan tona kulit lebih sekata nampaknya selepas menggunakan krim pemutih ketiak dari Cek Lawa ini. Krim pemutih ketiak dari Cek Lawa ini siap mampu merangsang lapisan kolagen untuk menjadikan kulit lebih sihat, lembut dan lembap. Paling penting Cek Lawa krim pemutih ketiak ini berbau wangi. 

Bagaimana hendak gunakan Cek Lawa krim pemutih ketiak ini adalah dengan memastikan gunakan krim pemutih ketiak ini selepas mandi pada waktu pagi dan malam dan pastikan dahulu ketiak korang dilap dengan kain bersih hingga bersih. Selepas itu, colek sedikit sapu dan ratakan keseluruh bahagian ketiak. Tidak perlu bilas hanya biarkan sehingga kering.

Mendapat Kelulusan Daripada KKM



Feedback customer Cek Lawa :
<3




Jom kita berjimat dengan krim pemutih ketiak merangkap deodoran sekali gus, berbaloi-baloi bukan. Hendak dapatkan krim pemutih ketiak ini, memang senang sangat dimana korang boleh dapatkan dikedai-kedai jamu berhampiran atau boleh tengok lebih lanjut di :

WHATSAPP : 013-47002015 (Muhammad Syazwan)
FB : Dysania Beauty Store
IG : dysaniamarketing

*Jika ada yang berminat menjadi agen boleh hubungi hotline seperti  tertera di atas.

Terima Kasih Sudi Baca.

Olay Mengekalkan Keremajaan Kulit Anda

Assallammualaikum

Bila umur sudah semakin meningkat, pelbagai perubahan ketara jelas kelihatan. Dibandingkan dengan kulit wajah dahulu dan sekarang memang banyak sangat perubahanya. Perubahan yang paling ketara pada kulit wajah adalah kedutan dan juga bintik hitam pada muka. Haishhh memang runsing apabila hadapi situasi ini. Proses penuaan merupakan suatu fasa yang amat ditakuti oleh ramai wanita yang mencecah umur 30 dan ke atas. Kita sebagai wanita harus banteras masaalah ini dari awal lagi agar masaalah ini tidak menular dengan lebih teruk dan menyebabkan kita berasa kurang berkeyakinan dan rendah diri apabila garis halus dan kedutan muncul diwajah.


Kini tidak perlu risau lagi kerana masaalah ini dapat diatasi dengan menggunakan produk keluaran Olay yang direka khas bagi mengatasi masaalah garis halus dan kedutan. Olay sentiasa peka dengan masaalah yang dihadapi kaum wanita dan oleh kerana itu, Olay sentiasa mencipta produk-produk anti penuaan yang ternyata berkesan dan diakui oleh ramai pengguna rangkaian produk daripada jenama Olay ini. Olay telah telah hadir dengan siri The anti-wrinkle kit yang dicipta untuk tujuan mengatasi masaalah kedutan pada muka serta menjadikan kulit kelihatan lebih muda dan anjal.


Day Cream sangat penting untuk membekalkan kelembapan pada wajah agar kulit kita tidak kering dan kusam. Produk ini juga  mengalakkan 2 kali pertumbuhan kulit muka yang baru dengan lebih efektif. Olay Total Effects 7 in One yang bukan sahaja membasmi kedutan pada muka, malah turut menyelesaikan masalah kulit yang lain seperti :

1. Garis Halus dan Kedut
2. Rona tidak Sekata
3. Tekstur tidak sekata
4. Kulit Kering
5. Kulit Kusam
6. Bintik Penuan
8. Pori Yang Jelas


Pada yang stress dengan masaalah jeragat, tona kulit tidak sekata lingkaran gelap bawah mata Dan kulit kusam dan gelap boleh cuba set rangkaian Olay Regenerist Luminous yang di datangakan dengan set lengkap untuk mengatasi masaalah masalah kulit seperti menghilangkan tompok-tompok hitam, memberikan tona yang sekata, menghilangkan lingkaran hitam pada mata dan mencerahkan kulit muka.

Jadi, selepas ini tiada lagi masaalah kedutan dan juga masaalah kulit yang lain menyebabkan rasa stress dan kurang keyakinan pada diri kerana dengan rangkaian produk daripada olay, semua masaalah dapat diatasi.

Olay merupakan  jenama kosmetik dan penjagaan kulit dari Amerika ini telah lama wujud sejak tahun 1949 dan sehingga kini produk Olay telah dijual di seluruh dunia termasuk di rantau Asia. Jadi tidak salah untuk mencuba rangkaian daripada jenama Olay ini.

Sekian, Terima Kasih kerana sudi membaca.

Atasi Kedutan Wajah Dengan Set Rangkaian Jenama Olay

Assallammualaikum

Bila umur sudah semakin meningkat, pelbagai perubahan ketara jelas kelihatan. Dibandingkan dengan kulit wajah dahulu dan sekarang memang banyak sangat perubahanya. Perubahan yang paling ketara pada kulit wajah adalah kedutan dan juga bintik hitam pada muka. Haishhh memang runsing apabila hadapi situasi ini. Proses penuaan merupakan suatu fasa yang amat ditakuti oleh ramai wanita yang mencecah umur 30 dan ke atas. Kita sebagai wanita harus banteras masaalah ini dari awal lagi agar masaalah ini tidak menular dengan lebih teruk dan menyebabkan kita berasa kurang berkeyakinan dan rendah diri apabila garis halus dan kedutan muncul diwajah.


Kini tidak perlu risau lagi kerana masaalah ini dapat diatasi dengan menggunakan produk keluaran Olay yang direka khas bagi mengatasi masaalah garis halus dan kedutan. Olay sentiasa peka dengan masaalah yang dihadapi kaum wanita dan oleh kerana itu, Olay sentiasa mencipta produk-produk anti penuaan yang ternyata berkesan dan diakui oleh ramai pengguna rangkaian produk daripada jenama Olay ini. Olay telah telah hadir dengan siri The anti-wrinkle kit yang dicipta untuk tujuan mengatasi masaalah kedutan pada muka serta menjadikan kulit kelihatan lebih muda dan anjal.

Day Cream sangat penting untuk membekalkan kelembapan pada wajah agar kulit kita tidak kering dan kusam. Produk ini juga  mengalakkan 2 kali pertumbuhan kulit muka yang baru dengan lebih efektif. Olay Total Effects 7 in One yang bukan sahaja membasmi kedutan pada muka, malah turut menyelesaikan masalah kulit yang lain seperti :

1. Garis Halus dan Kedut
2. Rona tidak Sekata
3. Tekstur tidak sekata
4. Kulit Kering
5. Kulit Kusam
6. Bintik Penuan
8. Pori Yang Jelas


Pada yang stress dengan masaalah jeragat, tona kulit tidak sekata lingkaran gelap bawah mata Dan kulit kusam dan gelap boleh cuba set rangkaian Olay Regenerist Luminous yang di datangakan dengan set lengkap untuk mengatasi masaalah masalah kulit seperti menghilangkan tompok-tompok hitam, memberikan tona yang sekata, menghilangkan lingkaran hitam pada mata dan mencerahkan kulit muka.

Jadi, selepas ini tiada lagi masaalah kedutan dan juga masaalah kulit yang lain menyebabkan rasa stress dan kurang keyakinan pada diri kerana dengan rangkaian produk daripada olay, semua masaalah dapat diatasi.

Olay merupakan  jenama kosmetik dan penjagaan kulit dari Amerika ini telah lama wujud sejak tahun 1949 dan sehingga kini produk Olay telah dijual di seluruh dunia termasuk di rantau Asia. Jadi tidak salah untuk mencuba rangkaian daripada jenama Olay ini.

Sekian, Terima Kasih kerana sudi membaca.

September 06, 2016

Beriadah Di Hutan Lipur Kanching

Assallammualaikum


Pada hari ahad yang lepas, Shailla sempat berkunjung ke Hutan Lipur Kaching. Alhamdulillah cuaca ketika kami sampai di sana agak baik. Shailla bergerak selepas zuhur dan sampai di sana dalam pukul 2 lebih jugalah. Keadaan ketika itu tidak terlalu sesak tetapi kami terpaksa parking luar kerana parking belah dalah telah penuh. Ketika masuk ke dalam gate, kami diminta membayar tiket masuk sebanyak RM2 seorang bagi dewasa manakala kanak-kanak bawah 12 tahun tidak dikenakan bayaran.


Anak comel Shailla ini memang dari rumah lagi Shailla telah mengenakan pakaian renang ketika dirumah lagi. Ini adalah bagi menyenangkan Shailla agar tidak membuang masa ketika sampai disini.


Shailla memang tidak mandi kerana malas untuk tukar pakaian dan juga kerana air dia agak cetek, jadi Shailla hanya lepak tenangkan fikiran bersama dengan abah Shailla. Hanya mama shailla dan anak buah sahaja yang mandi ketika itu. Riak wajah Areez ketika itu memang nampak riangnya kerana Areez dekat rumah pun memang suka main air. Shailla denagn family lepak disitu hingga pukul 4 petang kerana ketika itu hujan tiba-tiba turun dengan lebat. Selepas semua selesai tukar pakaian, kami pun bergerak balik. Areez dapat minum susu sebotol terus lelap kerana keletihan bermain air. Di Huatan Lipur Kaching ini ada banyak monyet, jadi kena berhati-hati terutama ketika bawa makanan. Okay sampai disini sahaja entry Shailla, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih.


September 05, 2016

Keenakkan Seafood Buffet Di Retro Cafe Vivatel Kuala Lumpur

Assallammualaikum


Malam ini makan seafood sedap juga ini. Shaila dan beberapa rakan yang lain telah ke sebuah hotel yang menyediakan makan seafood secara buffet tidak perlu pergi jauh untuk merasai makanan seafood, cukup sahaja singgah di Vivatel Kuala Lumpur.


Shailla bergerak dari Shah Alam pada pukul 5.30 petang, dan sampai ke Vivatel Kuala Lumpur lebih kurang hampir pukul 7 malam kerana tersekat dengan kesesakkan lalu lintas. Setibanya disana, Shailla dan suami terus masuk ke dalam Vivatel untuk bertemu dengan rakan-rakan yang lain. Tidak susah untuk cari Retro CafΓ© ini kerana lokasinya terletak disebelah kanan pintu masuk utama Vivatel.


Keadaan di dalam CafΓ© Retro ini memang cantik dan kemas. Dekorasinya nampak tersusun dan sedap mata memandang. Lighting dia pula menimbulkan suasana romantic disitu. Jadi kepada pasangan yang hendak sambut ulang tahun perkahwinan mahupun kelahiran shailla rasa agak sesuai ke sini.


Okay Shailla amat teruja dan tidak sabar untuk merasai seafood yang disediakan oleh CafΓ© Retro ini.  Pertama sekali Shailla ke bahagian yang menempatkan pelbagai jenis cucuk-cucuk makanan untuk rebusan.


Dan juga sayur-sayuran.


Shailla sangat teruja melihat kepala ikan ini, walaupun Shailla bukan penggemar kepala ikan. Kepala ikan ini sebenarnya untuk diletakkan didalam mee kari. Suami Shailla sahaja makan mee kari itu kerana ketika itu perut Shailla sudah penuh.


Untuk merebus semua makanan ini, Chef ini yang akan lakukan, Jadi ketika keluar daripada CafΓ© Retro ini, tidaklah baju kita berbau asap..Hahaha. kita hanya perlu ambil makanan yang hendak dimakan dan beri kepadanya. Kuah yang digunakan adalah kuah tom yam yang dicampurkan dengan santan, jadi rasa kuah ini agak berlemak. 


Selepas itu Shailla mencuba pula spaghetti Cabonara yang telah disediakan oleh Chef diatas ini. spaghetti Cabonara ini kalau kita lihat memang nampak menyelerakan tetapi bagaimana pula dengan rasanya.


Rasa spaghetti Cabonara ini memang sedap, jika tidak shaila ingin mencuba makanan lain pula, mungkin Shailla akan repeat lagi  makan spaghetti Cabonara. Rasa kuah Cabonara memang sedap dan secukup rasa. Pada mulanya suami Shailla makan dahulu, bila dia cakap sedap terus Shailla teruja untuk rasainya, ternyata memang sedap.


Kemudian Shailla ke bahagian “Live Cooking Station”. Dibahagian ini, kita boleh lihat secara live Chef di situ memamasak makanan yang telah kita pilih. 


Dihadapanya terdapat pelbgai jenis ikan yang tersedia. Kita hanya perlu pilih dan serahan pada Chef untuk memasak mengikut permintaan kita. Shailla dan suami pilih ikan bawal untuk direbus dan cicah bersama dengan pelbgai jenis sos yang telah disediakan mengikut selera kita.


Selain itu terdapat juga ikan bakar yang telah siap dimasak Cuma tunggu kita ambil dan makan sahaja. Nampak menyelerakan bukan ikan panggang diatas atas ini, Shailla tidak melepaskan peluang untuk merasai ikan ini.


Hidangan pencuci mulut juga disediakan seperti buah-buahan. Terdapat tiga jenis buah-buahan yang disediakan disitu seperti buah tembika, tembikai susu dan juga apple hijau. Apple hijau memang buah kegemaran Shailla, jadi shailla memang banyak ambil buah apple berbanding buah-buahan yang lain.


Pelbagai jenis kuih muih tempatan juga turut disediakan disini. Ada perlbagai jenis warna, bentuk dan rasa ada. Shailla paling suka kuih lapis, selain rasanya yang sedap warna dia juga sangat menarik perhatian Shailla untuk mengambilnya. Selain itu terdapat juga beberapa desert lain seperti Coctail dan Ais Krim.


Shailla memang suka udang berbanding ketam. Udang yang disediakan disitu memang besar-besar. Isinya yang gebu dan segar memang buat kita rasa nikmat ketika memakannya. Udang ini memang membuka selera Shailla ketika makan di Retro Cafe ini.


Ini adalah antara rakan-rakan Shailla yang turut serta makan malam ketika itu. Lihat sahaja Bella, kerana terlalu asyik menikmati keenakkan makanan disitu, bergambar pun sampai tutup mata.


Untuk maklumat lanjut boleh dapatkan detail seperti dibawah ini:

Tel: 03-9205 8888
Facebook: VivatelKL


Sekian Terima Kasih

Parenting | Hobi Baru Anak Suka Mengutip

Assallammualaikum

Ketika anak sedang meningkat usia semakin bermacam perangai. Perangai terbaru Areez adalah suka mengutip. Sebagai seorang ibu, Shailla juga risau tentang kesihatan anak. Betullah orang dahulu kata, kalau anak seorang yang pantas maka kita sebagai ibu bapa kena dua kali pantas daripada anak. Sering kali juga terjadi yang Shailla terlepas pandang ketika Areez mengutip.

Sebagai seorang ibu juga, Shailla kena pandang dari sudut lain pula dimana sebenarnya Areez sedang bereksplorasi dengan alam sekelilingnya. Sebenarnya beginilah cara Areez mengenali dan memahami sesuatu benda. Menurut teori perkembangan kognitif oleh Piaget, anak kita akan melalui fasa pertama yang dipanggil sensorimotor stage. Ketika ini anak kita akan mengenali persekitaran dan memahami diri melalui deria lidah, mata, telinga, hidung dan kulit.

Aktiviti suka mengutip adalah kerana mereka tidak tahu dan tidak faham yang perbuatan itu tidak bagus malah boleh membahayakan kesihatan. Justeru itu, kita sebagai ibu bapa kena lebih peka dan memastikan ruang permainan atau rumah sentiasa bersih. Selain itu tiada pastikan tiada barang-barang yang kecil dan merbahaya bersepah di atas lantai. Dengan cara ini juga sebenarnya kita dapat mendisiplinkan diri agar sentiasa megemas rumah. Persekitaran yang bersih akan membuat seisi rumah rasa selamat dan sihat. Okay sampai disini sahaja entry Shailla, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih

August 30, 2016

Maternity : Pengalaman Mengandung Kali Kedua

Assallammualaikum


Alhamdulillah rezeki shaila untuk tahun ini, Shaila hamil anak kedua. Kandungan shaila ketika ini telah mencecah 3 bulan lebih. Entry ini memang Shaila peram dahulu sebab rasa masih terlalu awal untuk berkongsi ketika kandungan masih diawal usia. 

Shaila memang tidak merancang pun untuk mengandung kali kedua kerana Shaila dan suami hendak memberi tumpuan pada Areez Syahmi yang kini telah mencecah usia 1 tahun 4 bulan. Rezeki dari Allah datang tanpa di duga, Allah hadirkan insan istimewa menghuni sekali lagi dalam rahim Shaila. Rezeki ini Shaila dan suami sambut dengan hati dan tangan terbuka.

Bagaimana shaila tahu yang shaila telah mengandung adalah melalui NALURI, Shaila sebelum ini memang tidak lihat teliti pun tentang tarikh-tarikh period setiap bulan asalkan datang period. Hendak dijadikan cerita, pada akhir bulan 5, hati shaila rasa semacam sahaja, rasa gelisah pun ada. Kebetulan period shaila tidak kunjung tiba lagi, semakin hari, hati shaila semakin kuat mengatakan shaila mengandung tambah pula dalam seminggu itu shaila sering hadapi masaalah sakit macam hendak period tetapi tidak keluar pun.

Shaila telah menceritakan pada rakan kerja shaila, jadi mereka sarankan untuk beli Urine Pregnant Test (UPT). Selepas beli UPT, keesokannya shaila test dan ternyata double line, terkelip-kelip juga mata shaila ketika itu dalam rasa percaya dan tidak percaya tetapi itulah hakikatnya. Setelah mengetahui tentang kehamilan ini, shaila terus pergi ke farmasi untuk membeli asid forlic.

Bulan 6 merupakan bulan yang agak struggle buat Shaila kerana mengandung di bulan puasa. Alhamdulillah puasa Shaila tahun ini penuh tiada ponteng satu hari pun. Pada mulanya shaila ingin menunggu kandungan masuk 11 minggu baru buat scanning tetapi memandangkan ketika itu dua orang rakan office shaila mengalami keguguran jadi shaila telah buat scanning pada usia kandungan 8 minggu. Gambar diatas adalah size bayi pada usia 8 minggu, sangat comel. Alhamdulillah bayi shaila sihat sahaja.

Okay sampai disini sahaja entry shaila kali ini, next entry shaila akan bercerita tentang kisah shaila buka buku pink dan kena tegur dengan nurse. Hurmmmm kena tegur pasal apalah tu yer, jeng..jeng..jeng. Jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih




August 29, 2016

Product Review : Pertanyaan tentang Bedak Tanaka

Assallammualaikum 


Kerana sering dihujani dengan pelbagai pertanyaan dan persoalan tentang bedak Tanaka yang tidak dapat Shaila balas lagi. Entry kali ini Shaila akan menjawab beberapa persoalan yang telah dikemukakan. Untuk pengetahuan semua. Shaila memang tidak menjual bedak tanaka ini dan hanya buat review sahaja. Bedak ini memang sukar ditemui dipasaran sekarang kerana kali terakhir Shaila pakai adalah pada tahun 2013. Mungkin juga bedak ini masih ada jual lagi di Myanmar kerana asal bedak ini adalah daripada Myanmar.


Kelebihan Bedak Tanaka ini adalahalah Bedak Tanaka ini juga boleh menutupi ruang-ruang rongga si pemakai agar muka nampak rata dan flawless. Bedak tanaka ini memang sesuai untuk kulit muka yang BERJERAWAT tetapi tidak mampu untuk memudarkan JERAGAT. Sebenarnya jeragat memang susah untuk hilang melainkan menjalani rawatan laser yang memerlukan jumlah kos rawatan yang tinggi. Kepada yang sesiapa yang mengalami kulit JERAGAT, memang sukar untuk dihilangkan dengan menggunakan produk biasa tetapi hanya boleh dikawal agar tidak terus merebak. Shaila juga mengalami masaallah jeragat yang dihadapai sejak tahun 2012 hingga sekarang masih belum dapat diatasi. Jeragat ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut :

Sinaran matahari
Ultraviolet (UV) daripada matahari boleh merangsang tahap melanoctes.Malah, jeragat yang pudar boleh kembali dengan hanya sedikit pendedahan pada matahari.

Perubahan hormon
Wanita hamil sering mendapat jeragat. Apabila jeragat muncul di kalangan wanita hamil, ia dipanggil chloasma atau topeng kehamilan. Pil kawalan kelahiran dan ubat hormon juga boleh menyebabkan jeragat di muka.

Kosmetik
Produk penjagaan kulit dan alat make-up yang mengandungi bahan kimia berbahaya boleh merangsang kulit dan memburukkan lagi jeragat di muka.

Keturunan.
Akibat daripada genetik.

Pengambilan Vitamin Bantu Kurangkan Masalah Jeragat:

VITAMIN C
Penting dalam pembentukan kolagen.Ramai wanita mengamalkan produk kolagen walhal dengan hanya dengan mengamalkan makanan yng tinggi kandungan vitamin c mmbantu penghasilan kolagen dengan lebih baik.

VITAMIN E
Terkenal sebgai vitamin awet muda.Ia juga dikatakan melambatkan proses penuaan.Selainitu vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit.Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene.

PROTEIN
Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jeragat).Tompokan hitam pada kulit akibat jeragat sangat sukar dihilangkan jika tidak mendapat cukup protein yang membantu dalam penghasilan sel baru.Untuk mendapatkan kulit yang cantik kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protein yang baik.

Air
Sangat penting dalam pengaliran darah,penyerapan semua nutrien dari sumber makanan untuk diserap oleh tubuh.Kekurangan airboleh menyebabkan kita mempunyai kulit yang kering seterusnya mempunyai kulit yang bermasalah.

Sekian Terima Kasih
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...