August 30, 2016

Maternity : Pengalaman Mengandung Kali Kedua

Assallammualaikum


Alhamdulillah rezeki shaila untuk tahun ini, Shaila hamil anak kedua. Kandungan shaila ketika ini telah mencecah 3 bulan lebih. Entry ini memang Shaila peram dahulu sebab rasa masih terlalu awal untuk berkongsi ketika kandungan masih diawal usia. 

Shaila memang tidak merancang pun untuk mengandung kali kedua kerana Shaila dan suami hendak memberi tumpuan pada Areez Syahmi yang kini telah mencecah usia 1 tahun 4 bulan. Rezeki dari Allah datang tanpa di duga, Allah hadirkan insan istimewa menghuni sekali lagi dalam rahim Shaila. Rezeki ini Shaila dan suami sambut dengan hati dan tangan terbuka.

Bagaimana shaila tahu yang shaila telah mengandung adalah melalui NALURI, Shaila sebelum ini memang tidak lihat teliti pun tentang tarikh-tarikh period setiap bulan asalkan datang period. Hendak dijadikan cerita, pada akhir bulan 5, hati shaila rasa semacam sahaja, rasa gelisah pun ada. Kebetulan period shaila tidak kunjung tiba lagi, semakin hari, hati shaila semakin kuat mengatakan shaila mengandung tambah pula dalam seminggu itu shaila sering hadapi masaalah sakit macam hendak period tetapi tidak keluar pun.

Shaila telah menceritakan pada rakan kerja shaila, jadi mereka sarankan untuk beli Urine Pregnant Test (UPT). Selepas beli UPT, keesokannya shaila test dan ternyata double line, terkelip-kelip juga mata shaila ketika itu dalam rasa percaya dan tidak percaya tetapi itulah hakikatnya. Setelah mengetahui tentang kehamilan ini, shaila terus pergi ke farmasi untuk membeli asid forlic.

Bulan 6 merupakan bulan yang agak struggle buat Shaila kerana mengandung di bulan puasa. Alhamdulillah puasa Shaila tahun ini penuh tiada ponteng satu hari pun. Pada mulanya shaila ingin menunggu kandungan masuk 11 minggu baru buat scanning tetapi memandangkan ketika itu dua orang rakan office shaila mengalami keguguran jadi shaila telah buat scanning pada usia kandungan 8 minggu. Gambar diatas adalah size bayi pada usia 8 minggu, sangat comel. Alhamdulillah bayi shaila sihat sahaja.

Okay sampai disini sahaja entry shaila kali ini, next entry shaila akan bercerita tentang kisah shaila buka buku pink dan kena tegur dengan nurse. Hurmmmm kena tegur pasal apalah tu yer, jeng..jeng..jeng. Jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih




August 29, 2016

Product Review : Pertanyaan tentang Bedak Tanaka

Assallammualaikum 


Kerana sering dihujani dengan pelbagai pertanyaan dan persoalan tentang bedak Tanaka yang tidak dapat Shaila balas lagi. Entry kali ini Shaila akan menjawab beberapa persoalan yang telah dikemukakan. Untuk pengetahuan semua. Shaila memang tidak menjual bedak tanaka ini dan hanya buat review sahaja. Bedak ini memang sukar ditemui dipasaran sekarang kerana kali terakhir Shaila pakai adalah pada tahun 2013. Mungkin juga bedak ini masih ada jual lagi di Myanmar kerana asal bedak ini adalah daripada Myanmar.


Kelebihan Bedak Tanaka ini adalahalah Bedak Tanaka ini juga boleh menutupi ruang-ruang rongga si pemakai agar muka nampak rata dan flawless. Bedak tanaka ini memang sesuai untuk kulit muka yang BERJERAWAT tetapi tidak mampu untuk memudarkan JERAGAT. Sebenarnya jeragat memang susah untuk hilang melainkan menjalani rawatan laser yang memerlukan jumlah kos rawatan yang tinggi. Kepada yang sesiapa yang mengalami kulit JERAGAT, memang sukar untuk dihilangkan dengan menggunakan produk biasa tetapi hanya boleh dikawal agar tidak terus merebak. Shaila juga mengalami masaallah jeragat yang dihadapai sejak tahun 2012 hingga sekarang masih belum dapat diatasi. Jeragat ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut :

Sinaran matahari
Ultraviolet (UV) daripada matahari boleh merangsang tahap melanoctes.Malah, jeragat yang pudar boleh kembali dengan hanya sedikit pendedahan pada matahari.

Perubahan hormon
Wanita hamil sering mendapat jeragat. Apabila jeragat muncul di kalangan wanita hamil, ia dipanggil chloasma atau topeng kehamilan. Pil kawalan kelahiran dan ubat hormon juga boleh menyebabkan jeragat di muka.

Kosmetik
Produk penjagaan kulit dan alat make-up yang mengandungi bahan kimia berbahaya boleh merangsang kulit dan memburukkan lagi jeragat di muka.

Keturunan.
Akibat daripada genetik.

Pengambilan Vitamin Bantu Kurangkan Masalah Jeragat:

VITAMIN C
Penting dalam pembentukan kolagen.Ramai wanita mengamalkan produk kolagen walhal dengan hanya dengan mengamalkan makanan yng tinggi kandungan vitamin c mmbantu penghasilan kolagen dengan lebih baik.

VITAMIN E
Terkenal sebgai vitamin awet muda.Ia juga dikatakan melambatkan proses penuaan.Selainitu vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit.Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene.

PROTEIN
Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jeragat).Tompokan hitam pada kulit akibat jeragat sangat sukar dihilangkan jika tidak mendapat cukup protein yang membantu dalam penghasilan sel baru.Untuk mendapatkan kulit yang cantik kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protein yang baik.

Air
Sangat penting dalam pengaliran darah,penyerapan semua nutrien dari sumber makanan untuk diserap oleh tubuh.Kekurangan airboleh menyebabkan kita mempunyai kulit yang kering seterusnya mempunyai kulit yang bermasalah.

Sekian Terima Kasih
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...