July 29, 2015

SABUN SUSU BERAS COLLAGEN

Assallamualaikum




KHASIAT:-

- Membuatkan kulit muka anda lebih cerah, lembut dan tegang.

- Menanggalkan semua kotoran, minyak, dan sel kulit mati.
- Memudarkan dan menghilangkan parut jerawat dan jeragat.
- Menanggalkan kesan solekan dengan efektif.


JIka digunakan sebagai sabun mandi pula, ia membantu:-
- Menanggalkan bintik hitam atau kesan hitam di ketiak, siku dan peha anda.
- Sesuai utk semua jenis kulit termasuk kulit bermasalah
- Memberi kesan kesegaran sepanjang hari.
- Badan anda tidak akan melekit walaupun ketika atau slps berpeluh
- Boleh menghilangkan bau badan

cara-cara menggunakannya:-
- Gunakan sebagai pencuci muka dan badan setiap hari.
- Urut dan gosok secara perlahan di bahagian muka dan badan selama 2-3 minit
- Ini bertujuan supaya vitamin dan mineral dapat meresap di dalam kulit

Sekian Terima Kasih

Kisah Shaila Raya Pertama 2015

Assallammualaikum


Hai semua, entry shaila kali ini adlah berkisah tentang raya pertama shaila bersama orang baru! ehhh siapakah orang baru itu? suami barukah? hahaha, of course lah tidak dan tidak mungkin pun! okay orang baru yang shaila maksudkan adalah putera shaila.Alhamdulillah raya tahun lepas berdua mankala raya tahun ini bertiga.Tema keluarga shaila tahun ini adalah warna royal blue. Sebenarnya memang susah untuk mencari baju kanak-kanak yang berumur 0 hingga 3 bulan. Baju anak shaila pakai ini pun adalah size baju untuk 18 hingga 24 sebab itu nampak besar dan mengeloboh sahaja.Lagi satu memang susah untuk ambil gambar dan tarik perhatian anak ambil gambar.Lihat sahaja gambar di atas, orang pandang depan manakala anak pandang tepi merenung masa depan agaknya. 


Inilah adalah gambar adik beradik serta ipar duai belah shaila yang sempat kami ambil semasa hari raya pertama. Anak shaila time ini tidur jadi gambar dia tidak ada dalam gambar ini.Alhamdulillah raya tahun ini adik beradik shaila semua sudah berkeluarga dan mempunyai cahaya mata. Manakala adik shaila yang bongsu sedang mengandung.


Ini pula gambar shaila bersama family dan ipar duai belah suami. Seperti gambar di atas,anak shaila tidur juga masa ini, cuma yang bezanya kami masukkan juga gambar anak shaila yang sedang tidur dalam car seat baby itu.hihihi..tidak kisah lah asalkan masuk gambar. Dalam family belah suami shaila ini, cuma adiknya yang bongsu masih single yang lain semua sudah berkeluarga. Hapan raya tahun depan sedah berkeluarga pula lar...hihihi.


Semasa bergambar asyik tidur sahajakan..gambar semasa berjaga pun tidak banyak..haaa...ini gambar semasa anak shaila baru bangun. Bulat matanya...huhuhu.Okay sampai sini sahaja entry shaila kali ini, jumpa lagi di entry akan datang.Selamat Hari Raya Semua...

Sekian Terima Kasih

July 28, 2015

Food Review : Food Republic One Utama

Assallammualaikum

Sehari sebelum menyambut hari raya aidilfitri, shaila telah pergi ke one utama untuk membeli barang-barang persiapan akhir sebelum menyambut aidilfitri. Semasa berada di sana, shaila dan suami telah berbuka puasa di Food Repulic yang berkonsep ala food court. Tempatnya agak besar dan selesa. Selain itu juga, di sini menyediakan banyak tempat duduk untuk para pelanggan yang datang.


Ini adalah menu yang shaila order iaitu Spaghetti skillet salmon. Rasanya memang sedap dan kuantitinya nampak sikit tetapi sebenarnya cepat rasa dan  muak.


Ini pula menu yang husband shaila order. Shaila lupa apa nama menu dia tetapi ia adalah nasi ayam dengan ayam blackpaper. Rasa nasi ini boleh tahan sedapnya. Shaila suka makan coslow dia. Okay sampai disini sahaja entry shaila kali ini.

Sekian Terima Kasih

July 12, 2015

Food Review : Aroma Hijrah TTDI Shah Alam


Assallammualaikum


Hai semua, entry shaila kali ini adalah berkenaan majlis iftar shaila bersama rakan office sempena majlis berbuka puasa dan majlis perpisahan dengan officemate. Majlis iftar kami kali ini bertempat di Aroma Hijrah TTDI Shah Alam. Shaila suka hiasan dalam kedai ini, nampak cantik dan mewah. 


Seperti biasa, nasi arab dalam dulang menjadi pilihan kami. Kami mengambail beberapa set hidangan yang terdiri dari Roasted Chicken, Masywi Chicken, Roasted Lamb, Kabsah Lamb dan beberapa jug air minuman.


Ini adalah rakan kerja shaila yang akan berhenti selepas raya. kak zura ini pandai buat kek tau dan rasa kek dia sangatlah sedap.


Ini adalah beberapa staff yang join majlis iftar kami. Sebelah kiri shaila ada staff lagi tapi x muat hendak masuk semua dalam gambar..heeeee. Okay sampai sini sahaja entry shaila. jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih.

July 06, 2015

Food Review : steak@simpang


Assallammualaikum


Hai semua, selamat berpuasa untuk hari yang ke 19 hari. Diam tidak diam sekejap sahaja masuk hari yang 19 hari kita menahan lapar dan dahaga. Okay berkenaan menahan lapar dan dahaga ini, entry shaila kali ini adalah berkenaan makan. Semalam shaila dan family belah suami berbuka di satu kedai makan ini. Nama kedai makan ini adalah steak2sempang kerang kedai dia memang terletak tepi sempang. Loakasi kedai ini adalah tepi sempang pekan kuang.


Ini adalah juadah yang shaila sempat ambil, itupun bergoyang kerana tengah pegang si kecil. Okay juadah di atas adalah kambing bakar. Untuk kambing bakar ini kerana hati-hati yer sebab shaila dapat yang kurang masak jadi shaila suruh perkerja itu bakar balik bagi masak. Mungkin kerana ramai tetamu itu yang daging jadi kurang masak sebab kejar masa berbuka. Keseluruhan makan di sini rasanya sederhana sedap. Antara mains menu yang terdapat sini adalah grilled chicken chop, chicken marylang, fish & chip, roasted lamb with baked potato, nasi goreng, bihun goreng, nasi kukus ayam berempah, keaw teaw goreng.



kalau lihat gambar makanan di atas agak goyang dan kurang jelas. Puncanya adlah budak kecik ini..dialah telah menyembabkan gambar shaila rosak kerana semasa ambil gambar sambil pegang dia...heee



Okay kita sambung balik, ini adalah keadaan dalam kedai itu. Kalau kita tengok belah kanan itu ada satu sudut lagi untuk letak makanan ala buffet.

 

Manakala sudut belah sini pula adalah untuk para tetamu menjamu selera. Untuk pergi di kedai ini, abang ipar shaila tempah seminggu lebih awal kerana selalu full booking jadi terpaksalah reserve tempat duduk awal-awal.



Okay, inilah family besar belah suami shaila. Selamat berpuasa dan berbuka puasa semua.

Sekian Terima Kasih

June 19, 2015

TRAVEL : Throwback bercuti di Pulau Redang, Terengganu

Assallammualaikum


Hai semua..ini merupakan entry berhabuk yang telah terperap di dalam draft selama setahun. Wahhh tahun lepas punya tahun ini baru nak upload. Sebenarnya bukan tidak mahu upload tapi saja nak tunggu setahun baru publish untuk refresh balik kenangan semasa bercuti honeymoon di Pulau Redang (sebenarnya ayat cover saja). Shaila plan untuk pergi bercuti ini, sebelum berkahwin lagi. Semasa itu, shaila tidak tahu pun kewujudan web booking hotel seperti agoda jadi shaila booking terus melalui chalet yang shaila hendak bermalam. Shaila ambil pakej 3 hari 2 malam termasuk pakej snorkeling. Shaila pergi bercuti menaiki kereta. Shaila bergerak selepas maghrib.Perjalanan shaila mengambil masa dalam 4 hingga 5 jam. Pada pukul 4.30 pagi, shaila sampai di bandar Shah Bandar Kuala Terengganu. Sementara menunggu subuh, shaila dan suami lepak minum dan makan di macdonald. Selepas subuh,Shaila dan suami bergerak ke Jeti Shah Bandar Kuala Terengganu. Sementara menunggu feri sampai, kami berjalan-jalan di pasar payang dan kedai terletak bersebelahan jeti.


Selepas mengambil tiket di kaunter Redang Holiday, lebih kurang 9.30 am shaila dan suami lepak di tempat menunggu sementara menunggu feri tiba. Terdapat beberapa kumpulan berbangsa china juga sedang menanti feri ketika itu.Perjalanan menaiki feri mengambil masa dalam 2 jam setengah.Setelah sampai, shaila dan suami check in di Redang Holiday.Gambar chalet lupa pula hendak hendak tangkap masa itu tapi suasana bilik dia sederhana TETAPI makanan dia tip top.


Shaila memilih Pulau Redang sebagai lokasi percutiaan shaila adalah kerana keindahan pantainya.Shaila memang dari kecil teruja melihat keindahan pantai dan mendengar deruan ombak pantai kerana kedua-dua element itu, sangat memberi ketenangan pada shaila. 


Selama 3 hari 2 malam berada di situ, aktiviti shaila dan suami adalah snorkeling dan pada sebelah malam pula, kami akan berjalan-jalan di tepi pantai sambil menikmati suasana malam di pantai.Tempat ini boleh di kategori sebagai tempat yang terpencil dan private kerana di pulau itu memang tidak banyak tempat boleh berjalan hanya ada kedai cenderahati dan kafe. Kalau untuk menenangkan jiwa yang kacau, tempat ini memang sesuai.


Dalam pakej shaila, terdapat 4 sesi snorkeling di tempat dan pulau yang berbeza. Muka tak payah cakap memang burn teruk tapi tidak kisah pun kerana yang penting seronok dapat tengok ikan-ikan bermain.


Pada hari yang ketiga, shaila dan suami rancang untuk tidak pulang ke rumah dahulu sebalik kami menyewa homestay dan menghabiskan masa berjalan-jalan di sekitar bandar terengganu. Cari punya cari maka terjumpalah homestay ini. Shaila tidak ingat apa nama homestay ini tetapi owner perempuan melayu.


Shaila memang suka hiasan terdapat dalam homestay ini. Hiasan dia lebih kepada gaya english.Walaupun bilik ini nampak kecik tetapi lengkap semua ada kecuali dapur memasak.


Pada sebelah petang, shaila dan suami pergi ke ICT iaitu Ikan Celup Tepung. Ikan, sotong dan udang (seafood) yang di goreng dengan tepung. Lokasi tempat makan ini terletak di ICT Haji Pok Long (Seafood) di Pantai Teluk Ketapang, Terengganu. Kedai makan ICT ini berhampiran dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Terengganu.Antara menu terdapat di sini ialah  makanan laut yang digoreng dengan tepung seperti ikan, sotong, udang. Keropok lekor, keropok goreng, pisang goreng, cucur udang, jemput-jemput, bihun goreng, air kelapa dan macam-macam lagi.Okay..sampai disini sahaja entry shaila..jumpa lagi di entry akan datang, Selamat Berpuasa.

Sekian Terima Kasih.

June 08, 2015

FOOD REVIEW : Laman Grill steak & Bar-B-que

Assallammualaikum dan selamat sejahtera semua..


Hai semua! Okay kali ini shaila ingin cerita tentang sau tempat makan yang shaila kunjungi bersama-sama rakan kerja shaila. Kunjungan shaila disini adalah untuk majlis perpisahan rakan kerja yang akan bertukar kerja ke tempat lain. Okay, restoran yang shaila maksudkan adalah Laman Grill staek & Bar-B Que. Lokasi restoran ini adalah beretmpat di Laman Seri Shah Alam.


Ini adalah menu yang shaila order. Untuk menu ini, shaila lupa pula apa namanya. Menu ini adalah burger ayam. Rasanya memang tip top.

 Australian Baby Lamb Foreshank

Yang ini pula, menu yang di order oleh rakan kerja shaila. Baby lamb dia memang sedap. Selain itu lembut dan tidak rase atau bau kambing pun.

 Fish n Chips an old time love writer

Hidangan ini pula, kalau lihat memang nampak sikit tetapi kalau dah makan memang tidak habis sebab rasa kenyang sangat. Selain itu rasa dia juga sedap. Kami memqng rancang order makan berlainan jenis kemudian kami akan bertukar-tukar hidangan antara satu sama lain.


Coklat adalah kegemaran shaila, jadi air coklat menjadi pilihan shaila.Rase air coklat dia memang sedap ditambah dengan ais krim vanila..yumyumyum..memang cukup perfect.


Sebelum pulang, kami sempat mengambil gambar beramai-ramai sebagai tanda kenangan. Rakan kerja shaila yang hendak berpindah office itu pakai baju biru. Sebenarkan makan tenghari kami, dia yang belanja, macam kelakar pula sepatutnya kami yang belanja tapi jadi lain pula, dia pula yang belanja. Apa-apa pun terima kasih kak Mas belanja kami, semoga berjaya ditempat baru.

Sekian terima kasih

May 14, 2015

ADVERTORIAL : Penawar Gula Berlebihan Dalam Badan Anda

Assallammualaikum dan salam sejahtera semua..

Seperti semua tahu, tea hijau banyak manfaatnya terutama dari segi kesihatan. Teh hijau sangat popular dikalangan orang-orang yang sukakan gaya hidup yang sihat.Bukan itu sahaja, teh hijau juga popular dikalangan gadis-gadis serta ibu-ibu yang inginkan tubuh langsing seperti kerengga. Shaila juga salah seorangnya. Shaila mula mengamalkan minum teh hijau ini sejak zaman sekolah lagi tetapi biasalah sekejap amal sekejap tinggal. Berbalik pada tajuk utama entry ini adalah shaila ingin memperkenalkan produk kesihatan umtuk penawar gula berlebihan dalam badan anda. Bila kandungan gula terlalu tinggi amat bahaya untuk kesihatan kerana ia mengundang kepada penyakit kencing manis dan memudaratkan kesihatan. Produk kesihatan yang shaila maksudkan adalah GC Tea.


GC Tea - Botanical tea blend with green tea and gymnema sylverste

Untuk makluman anda, Glucos Cut atau nama barunya GC Tea adalah produk di bawah pemasaran syarikat Rashwealth Group (dipengerusikan oleh Datuk Nasir, owner Media Karangkraf). Selain Glucos Cut @ GC Tea, syarikat juga ada mengeluarkan produk Nano Centa. Kedua-dua produk yang sememangnya TENGAH HOT sekarang ini SANGAT LARIS DI PASARAN dengan sambutan dan feedback yang SANGAT LUARBIASA daripada para pengguna di luar sana.



MENGAPA GC TEA?

1) LANGSING manakala gula terkawal
GC tea telah mengambil manfaat daripada Teh Hijau ke tahap seterusnya dengan campuran herba tambahan yang meningkatkan metabolisme gula dan mengawal pengambilan gula. Anda boleh rasa kehilangan berat badan dan badan langsing apabila minum GC Tea dengan kerap.
2) TIADA kalori
Tiada masalah jika diambil untuk tempoh yang lama.
3) TIADA kandungan gula
4) MENGANDUNGI pemanis semulajadi
5) TIADA bahan kimia, pewarna, perasa dan pengawet
6) TIADA kesan sampingan atau dadah
7) 100% semulajadi


Tahukah anda?

Diabetis adalah keadaan kronik (jangka panjang) dimulai dengan tahap gula/glucos dalam darah yang luar biasa. Pesakit diabetis sama ada tidak menghasilkan cukup insulin(hormon yang diperlukan untuk menukarkan gula kepada tenaga yang diperlukan untuk kehidupan seharian) atau tidak boleh menggunakan insulin yang badan mereka hasilkan. Akibatnya glucos membina dalam aliran darah. Jika tidak dirawat, penyakit ini boleh membawa kepada buta, penyakit buah pinggang, penyakit saraf, penyakit jantung dan strok.
**Setiap 2 daripada 5 rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan.
**Setiap 1 daripada 5 rakyat Malaysia menghidap diabetis.


Siapa digalakkan mengamalkan GC Tea?

1) Mereka yang ingin kekal sihat dan langsing
2) Mereka yang ingin menurunkan berat badan / berdiet
3) Mereka yang ingin mengawal gula dalam darah
"Diet yang sihat dan senaman yang kerap adalah sangat disyorkan untuk pengambilan bersama GC Tea"

Khasiat Dan Kelebihan GC TEA



GLUCOS CUT mengandungi herba yang mempunyai "bukti saintifik terbaik" mengikut apa yang dirumuskan oleh National Library of Medicine (NLM) dan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH). Antaranya ramuan utama dan 

kelebihannya:

Teh hijau - mengandungi EGCG yang kaya antiokisda. Blok tindakan enzim yang dikenali sebagai alfa-amilase berupaya memecah karbohidrat kepada gula ringkas yang membentuk tenaga untuk digunakan oleh tubuh badan. Selain itu, teh hijau juga terkenal dengan kelebihannya untuk meningkatkan metabolisme badan serta mempercepatkan proses penghadaman supaya lemak-lemak tidak dapat terkumpul. Juga berupaya mengawal dan merendahkan tahap kolesterol dan anti-kanser.

Gymnema sylvestre - Herba yang amat dikenali sebagai "Wonder Herb For Diabetics" atau pemusnah gula. Asid Gymnemic mengisi lokasi reseptor pada selera kita dengan menghalang rasa manis makanan sekali gus membendung keinginan 'ketagihan' gula dan selera makan. Membantu menghalang pengaktifan dan penyerapan molekul gula berlebihan dalam makanan. Selain itu, ia juga didapati mampu menggalakkan perembesan insulin dari kalenjar pankreas serta menghalang penyerapan gula di usus. Ini akan merendahkah paras gula/ glukos dalam darah.

Mulberry - berupaya mengimbangi kandungan gula dalam darah serta sebagai penyerap karbohidrat yang baik serta membantu mengurangkan berat badan. Juga kaya sebagai ejen antioksida.

Rooibos - aspalathin senyawa aktif merangsang pankreas beta-sel merembeskan insulin untuk menukarkan gula kepada tenaga.

Glucos Cut Sweetened dengan pemanis stevia. Menurut beberapa kajian, stevia sangat bermanfaat dalam mengawal paras gula dalam darah dan meningkatkan fungsi pankreas.Teh Hijau Sekat Gula GC TEA mengandungi jumlah yang tinggi EGCG yang mempunyai keupayaan untuk merangsang metabolisma dan pembakaran lemak. Glucos CUT telah mengambil manfaat daripada khasiat teh hijau ke peringkat seterusnya dengan menggunakan ramuan tambahan yang berupaya meningkatkan metabolisme gula dan kawalan daripada ketagihan gula.



Manakala khasiat utama TEH SEKAT GULA Glucos CUT ini antaranya adalah:

Mengelakkan pengambilan gula berlebihan dalam makanan dan minuman seharian.

Mengurangkan risiko penyakit dan bahaya diabetes

Mengawal tahap glukosa darah

Mengawal dan mengatasi masalah berat badan

Membantu mengatasi mengatasi masalah berkaitan usus seperti sembelit.
Mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser.

Cara Minum Glucose Cut Tea



Bancuhkan 1 uncang teh glukos seperti biasa dalam 1 jag besar (300Ml). Diminum panas atau suam.Amalkan minum 2- 3 KALI SEHARI .1 uncang boleh direndam 3 KALI.

Testimoni Pengguna Teh Sekat Gula




Makin Laris, Sambutan Hangat Serta Makin Banyak Testimoni



HARGA


Paket percubaan juga disediakan bagi yang ingin mencuba dahulu sebelum membuat pembelian sekotak atau 4 kotak untuk daftar sebagai ahli. Trial pack mengandungi 10 sachet berharga RM25 sahaja tidak termasuk pos penghantaran.

NAK BELI PAKET PERCUBAAN? SEKOTAK? 4 KOTAK UNTUK JADI AHLI? INGIN BERBISNES BERSAMA GC TEA?

CONTACT:


Sekian Terima Kasih
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...