April 23, 2015

Nursing Cover Paling Best dari My Hafiy Blogshop

Assallammualaikum


Hai semua! apa khabar? di harap dalam keadaan sihat sejahtera. Ingat lagi tak tentang entry shaila yang lepas berkenaan nursing cover dari My Hafiy Blogshop? tentang shaila masih dalam dilema untuk memilih design mana. Alhamdulillah shaila telah pun memilih dan telah terima pun nursing cover pilihan shaila.


Taraaa..inilah design nursing cover yang menjadi pilihan shaila iaitu design mickey mouse. First impression shaila buka parcel, shaila sudah teruja! mana tidaknya nursing cover ini didatangkan sekali dengan zipper beg yang comel dan kemas jahitannya. Bila shaila buka zipper beg lagilah shaila rase teruja kerana nursing cover ini sangat comel dan cantik! shaila sangat berpuas hati dari part corak dan kekemasan jahitanya.


Bila dah dapat, apa lagi jom cuba. Komen shaila tentang nursing cover dari My Hafiy Blogshop adalah pertama sangat selasa dipakai. Kedua shaila rasa selamat kerana dia menutupi semua part jadi tiada ruang orang nak skodeng kita menyusu anak. Ketiga pula dibahagian atas ada part adjustable jadi senang untuk kita melihat bayi yang ada di dalam. Yang keempat nursing cover ini menutup aurat kita! itu yang paling penting.


Selain digunakan untuk penyusuan bayi secara direct, shaila juga menggunakan untuk aktiviti mengepam. Dengan adanya nursing cover ini, mudah untuk shaila melakukan samaada direct susu ke bayi atau mengepam stock untuk EBM. Nursing cover dari My Hafiy Blogshop ini sangat membantu dan memudahkan shaila dalam aktiviti penyusuan.


Nursing cover adalah antara benda wajib yang perlu ada di dalam beg pump shaila. Dengan adanya zipper beg, memudahkan shaila lipat dan simpan dengan kemas nursing cover di dalam beg pump shaila.

Okay sampai di sini sahaja entry shaila kali ini. Jika sesiapa yang berminat untuk memiliki nursing cover seperti shaila, bolehlah menghubungi pihak My Hafiy Blogshop seperti yang shaila sertakan dibawah ini :

Facebook


Instagram

@myhafiy_blogshop

Sekian Terima Kasih

April 10, 2015

REVIEW : Nursing Cover by HD Sewing Lab

Assallammualaikum,

Hai semua! rasa macam sudah lama tidak menulis entry. Di kesempatan ini, shaila ingin memberitahu yang shaila telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sangat comel pada 6 April 2015 jam 7.40 pm. Alhamdulillah, shaila dan bayi sihat sahaja. Ehhh! pasal kelahiran bayi shaila, shaila akan cerita pada entry akan datang sebab shaila hendak cerita tentang  Nursing Cover by HD Sewing Lab untuk baby shaila.


Disebabkan shaila telah bersalin, jadi shaila perlu membeli Nursing cover melalui online sahaja. Banyak juga IG shaila follow untuk mencari Nursing cover.Salah satu IG Nursing Cover yang shaila follow adalah @myhafiy_blogshop.My Hafiy Blogshop juga merupakan IG menjual Nursing Cover by HD Sewing Lab yang sesuai digunakan ketika menyusu bayi. Dari hasil pemerhatian shaila tentang IG @myhafiy_blogshop ini, selain harganya yang agak berpatutan, rekaan dan corak Nursing Cover disini sangat comel dan menarik perhatian shaila untuk memiliki salah satu rekaan Nursing Cover by HD Sewing Lab. Antara rekaan yang menarik perhatian shaila adalah seperti dibawah

 CODE : NC 074 COLOURFUL MICKEY IN BLACK

 CODE : NC 075 COLOURFUL MICKEY IN PINK

CODE : NC 071 DARK BROWN LOVEY DOVEY

CODE : NC 072 PINK LOVEY DOVEY

CODE : NC 076 COFFEE AND DONUTS IN DARK BROWN

CODE : NC 080 PURPLE PAISLEY

Selain dari IG @myhafiy_blogshop, My Hafiy Blogshop juga ada memiliki akaun FB MyHafiyBlogshop untuk di kunjungi.Okay berbalik pada Nursing Cover by HD Sewing Lab yang bakal shaila pilih, kesemua rekaan Nursing Cover by HD Sewing Lab yang shaila senaraikan diatas adalah antara yang menarik  shaila. Memang rambang mata shaila dibuatnya sehingga tidak tahu untuk memilih yang mana satu. Kalau ikut pada warna, memang shaila suka warna pink! tetapi memandangkan anak shaila adalah lelaki macam tidak sesuai pula untuk memilih warna pink.Hurmmm..yang mana menjadi pilihan shaila? tunggu di entry akan datang sebab shaila masih dalam proses memilih..huhuhu..sampai disini sahaja entry shaila kali ini, jumpa di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih.

April 02, 2015

TRAVEL:Throwback Jalan-Jalan di Pasar Malam Jonker Walk Melaka

Assallammualaikum

Semasa shaila bercuti di Melaka, Shaila sempat singgah di Jonker Walk.Jonker Walk terkenal sebagai galeri seni, kedai-kedai antik, hotel, kedai tukang emas, pembaik jam tangan, pembuat tersekat dan pembuat kasut manik, tukang besi, rotan dan buluh penenun, peniaga ubat tradisional Cina dan kedai makanan.
Kawasan ini mempunyai reputasi untuk membekalkan barangan antik dan seni sejak awal tahun lima puluhan apabila rakyat Malaysia menyertai dorongan untuk membeli-belah untuk memori masa lalu.



Gambar lorong disebelah belakang bangunan jonker walk.Deretan lampu menerangi sepanjang laluan di Jonker Walk menjadikan suasana lebih dramatik dan meriah.


Pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, suasana Jonker Walk menjadi seperti pasar karat.Tiada lagi jalan raya yang lengang kerana peniaga sudah mengambil tempat masing-masing untuk berniaga


.Pengunjung juga semakin ramai memenuhi laluan sekali gus membuatkan Jonker Walk sesak dengan kunjungan orang ramai yang punya agenda tersendiri.


Barangan yang dijual? Ia tidak dapat disebut satu persatu kerana terlalu banyak barangan yang dijual termasuklah lukisan, barangan kraftangan, aksesori khusus buat kaum hawa, baju-baju kemeja-T beraneka corak dan tulisan serta permainan.


Dalam banyak-banyak kedai yang ada disitu, kedai ini menarik perhatian shaila untuk masuk mengunjunginya.


Apa yang terdapat didalam kedai itu adalah barang-barang cenderahati untuk dihadiahkan pada rakan-rakan mahupun family.

Apa yang menarik minat shaila adalah rekaan patung atau artifak daripada besi ini. Memang nampak unik dan menarik. Selain itu juga rekaanya perlbagai bentuk dan jenis. Memang kreatif betul mereka yang menciptanya. Shaila sempat juga membeli key chain yang diperbuat daripada besi ini unutk dihadiahkan pada saudara mara shaila.

Antara key chain comel yang terdapat di pasar malam jonker walk. Selain itu, di sini juga ada jual makanan TETAPI untuk orang islam better jangan beli makanan disitu sebab diragui status halalnya. Mana tidaknya majoriti makanan yang di jual disitu dimasak oleh orang cina. So faham2 jelah kan. Dimsum juga ada jual disitu ditambah aroma baunya yang agak mengancam..ermmm....


Setiap isnin hingga Khamis, deretan kedai dengan seni bina unik ini beroperasi dari jam 10 pagi hingga 6 petang. manakala, Jumaat hingga Ahad pula kebanyakan kedai beroperasi hingga 10 malam.


Sedang shaila syok jalan-jalan di lorong jonker walk, terjumpa Like Guest House ini. Hotel ini menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik. Kemudahan utama hotel termasuklah meja penyambut tetamu 24-jam, perkhidmatan di bilik 24-jam, simpanan bagasi, layanan bilik.


Ini pula adalah Masjid Tanjung Kling. Masjid Tanjung Kling ini terletak di bandar Melaka. Lebih tepat lagi kalau anda jalan-jalan di Jonker Walk, anda akan dapat melihat masjid tanjung kling ini dengan lebih dekat. Sebuah masjid yang agak antik, ditulis di papan info di depan masjid itu, masjid ini seakan-akan bentuk pagoda dan dipercayai dibina pada tahun 1900-an. Ada yang kata tahun 1920, dan ada yang kata tahun 1930.

Okay sampai disini sahaja entry shaila kali ini, jumpa lagi di entry akan datang! ada satu lagi tempat menarik yang shaila lawati di Melaka yang ingin shaila kongsikan.

Sekian Terima Kasih

April 01, 2015

TRAVEL: Mahkota Hotel Melaka

Assallammualaikum

Semasa cuti-cuti Malaysia di Melaka, shaila menginap di Mahkota Hotel Melaka. Mahkota Hotel Melaka Terletak hanya 15-minit berjalan kaki dari A’Famosa Fort. Selain itu Mahkota Hotel Melaka berdekatan dengan berhampiran Mahkota Parade Shopping Mall. Hotel Mahkota Melaka terletak kurang dari 15 km dari Lapangan Terbang Batu Berendam.


Pangsapuri-pangsapuri yang luas di Mahkota Melaka semuanya berhawa dingin dan mempunyai dapur kecil. Setiap bilik dilengkapi dengan ruang tamu yang selesa dengan sofa dan TV kabel.


Di Mahkota Hotel Melaka terdapat 2 kolam renang luaran serta tempat meletak kereta percuma. Kolam dia pun bersih dan tidak terlalu dalam. Selain itu disediakan juga kolam dan juga pancuran air untuk kanak-kanak. Kemudahan sauna yang berasingan untuk kaum lelaki dan wanita ada disediakan berserta dengan gelanggang skuasy dalaman serta gelanggang tenis luaran. Oasis Karaoke menyediakan hiburan sepanjang malam dengan bilik menyanyi peribadi.


Pemandangan dari bilik apartment shaila duduk. Shaila tempah bilik apartment ini dari agoda. Tempah ahrga di Agoda adalah lebih murah berbanding terus dari Hotel. Pakej shaila tidak termasuk sarapan pagi.Café Mahkota menyajikan bufet makanan Asia dan Barat yang asli. Latar yang kasual serta pemandangan kolam renang ditawarkan di The Pizza Terrace. Minuman dan muzik secara langsung boleh dinikmati di Bay Lounge.


Ini adalah ruang tamu di apartment yang shaila menginap. Ruang tamu dia agak luas dan selasa. Kalau ikut dari size ruang tamu ini, sesuai untuk 4 orang.Tetapi bilik disediakan hanyalah satu.


Ini pula ruang dapur dia. Ruang dapur dia agak sempit sedikit tetapi itu tidak menjadi masaalah pun kerana didalam apartment ini, tidak dibenarkan memasak.


Ini pula keadaan dalam bilik. Hiasan dalam bilik dia nampak lama. Selain itu, bilik air dia agak kecil dan sesuai untuk masuk sorang. Masuk ramai-ramai memang tidak digalakkan terutama yang bawa anak kecil. Lagi satu yang tidak best tentang bilik air adalah bathtub dia juga tidak berfungsi.


Shaila suka duduk di koridor dia memang best lepak disini sambil tengok pemandangan.Tetapi koridor dia agak kotor sedikit. Selain itu, angin di koridor ini pun memang kuat jadi memang sedap duduk disini sambil tengok mat Salleh bersidar dibawah..hahaha..Okay sampai disini sahaja entry shaila, jumpa lagi di entry akan datang pula..daa!

Sekian Terima Kasih.

March 31, 2015

Pengalaman Brown Spot dan Jantung Baby Lemah

Assallammualaikum,


Entry ini ditulis pada pukul 3:08 pagi pada 28/3/2015.Tengahari tadi shaila dapati ada brown spot pada underware. So kawan-kawan nasihat supaya pergi ke klinik untuk check sebab risau kalau ada apa-apa jadi dekat baby.Kalau ikut due date lambat lagi iaitu pada 26/4/2015.Shaila terus pergi wad bersalin Hospital Sungai Buloh.Sampai di hospital dalam setengah jam, nurse check jantung baby. Jantung baby lemah, risau shaila dibuatnya.Kemudian nurse masukkan air sebotol then dalam masa sejam juga lar jantung baby kembali normal. Kemudian shaila diminta tunggu di kerusi luar untuk check up dengan doktor. Hampir 2 jam menunggu kemudian doktor latih panggil untuk buat check up. Mula-mula check up secara lisan kemudian barulah check jantung, tekanan darah dan tut. Yang tidak tahan check tut lar..aishhhh memamg perkara yang tidak digemari kaum perempuan. Nasib shaila dapat pelatih perempuan, tidak la malu sangat. Kamudian shaila diminta duduk diluar kembali dalam sejam lebih nama shaila di panggil kembali untuk ambil darah dan masuk ubat.Bab masukkan ubat, sakit dia boleh tahan lar tetapi bab kena cucuk tang punggung! alahai rasa nak sepak jer..sakit!.kemudian shaila diminta duduk diluar kembali kerana tiada katil.

11.00 pm hingga 12.00 am (27/3/2015)

Nama di panggil kembali untuk masukkan ubat di bahagia tut. Now masih di ruangan menunggu menanti siang datang menjelma. Penat tidak usah dikata, 24 jam duduk sahaja! dah macam berjaga untuk jawab exam lak pagi esok. Waaa..tidak sabar hendak pulang menunggu katil yang empuk! esok masukkan ubat sekali lagi dan cucuk punggung! ohhh tidak! sob..sob..sob..


Pukul 4.00 am hingga 5.00 am (28/3/2015)

Nurse panggil untuk check up jantung baby. Alhamdulillah jantung baby dalam keadaan baik.Now kembali ke kerusi rehat untuk tunggu cucuk pukul 8.00 am nanti.

Pada pukul 11am,shaila dapat cucuk yang kedua. Kemudian nurse check up jantung baby kembali.Alhamdulillah jantung baby pun bail day shaila juga tidal mengalami turun darah lagi. Pada pukul 12 pm shaila dibenarkan pulang..yahoooo! semoga baby kuat tinggal 26 hari saja lagi ini, tidak sabar hendak jumpa kamu sayang!

Sampai disini sahaja entry shaila, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih.

March 30, 2015

TRAVEL: Throwback Bercuti di Pantai Klebang Melaka

Assallammualaikum


Hai semua! kali ini shaila ingin cerita kisah shaila jalan-jalan makan angin di Melaka. Sebenarnya kisah ini dah lama berlalu, sekarang baru hendak cerita. Pada 6 February 2015 adalah tarikh lahir shaila yang ke ?? hurmmmm...hahaha. Jadi shaila dan suami telah buat keputusan untuk bersiar-siar di sekitar Melaka. Masa itu, ais krim pasu memang terkenal di Melaka selain coconut shake. Jadi di kesempatan yang ada, shaila dan suami telah pergi merasai keenakkan dan keunikkan ais krim pasu.Sebenarnya ais krim pasu itu biasa saja rasanya seperti ais krim biasa cuma cara display dia itu sahaja yang menarik perhatian. Harga untuk ais krim pasu di Pantai Kleabang adalah RM 5 sepasu.


Selepas menikmati ais krim pasu, Shaila dan suami berjalan-jalan menuju ke pantai untuk menikmati suasana pantai dan angin bayu di situ.Ketika ini sudah petang dan cuaca agak mendung.Shaila pergi Pantai Klebang pada petang jumaat jadi masa ini tidaklah ramai sangat pengunjung yang datang. Kalau ramai pun mungkin pada sebelah malam kerana pada sebelah malam area Pantai Klebang ini menang meriah.


Memang terase tenang sahaja ketika berada disini.Tambahan pula melihat panorama yang indah ditambah pula dengan tiupan angin yang sepoi--sepoi bahasa dan deruan ombak yang memecah pantai pasti membuat kita berasa damai sehingga terlupa seketika kesibukkan di kota.Selepas menikmati pemandangan di pantai, shaila dan suami pulang ke hotel penginapan untuk berehat. Next entry shaila akan cerita hotel mana shaila menetap.Okay! jumpa lagi di entry akan datang!

Sekian Terima Kasih



March 24, 2015

REVIEW : Homst Chinese Muslim Restaurant

Assallammualaiukum


Hai! semua apa khabar? diharap dalam keadaan sihat selalu. hurmmmm! tengahari ini hendak makan apa yer?? hahaha..mesti terfikir-fikir diruang minda korang juadah apa yang hendak dimakan. Shaila selalu makan dekat area office sahaja tetapi kalau tia-tiap hari makan tempat yang sama buntu juga hendak makan apa.Memandangkan rezeki kawan shaila murah, semalam mereka belanja kami makan di Homst Chinese Muslim Restaurant


Ini adalah air yang terkenal dan sangat sedap yang terdapat di Homst Chinese Muslim Restaurant. Mangga Sago - potong kiub mangga segar dihidangkan dengan krim dan kuah susu, sagu dan kiub ais. Lemak manis berkrim di sukai ramai...Yummy !!


Untuk sayur, kami memilih kailan ikan masin. Rasanya memang sedap dan cukup rasa! tidak sampai beberapa saat sudah selesai kami kerjakan..Hahaha!


Inilah makanan kegemaran shaila! udang butter prawn..yumyumyum! udang butter di Homst Chinese Muslim Restaurant memang terbaik dan sedap! di salut dengan butter yang banyak memang tidak rugi mencuba.


Sizzling tofu.Homst juga mempunyai pelbagai hidangan tauhu pada menu mereka, dengan pilihan vegetarian dan daging. Tofu shaila kurang sedikit, shaila hanya makan dia punya kuah sahaja. Rasanya kuah sizzling tofu...hurmmmm boleh than sedapnya juga.


Untuk ikan pula, kami memilih untuk order ikan kerapu Sweet and sour fish set sederhana. Rasanya memang terangkat ditambah dengan ikannya yang di goreng rangup jadi memang kenalah dengan selera kami.


Office mate shaila yang berbesar hati taja makanan tengahri kami semalam....alhamdulillah rezeki hujang-hujung bulan...hihihi 


Okay sampai disini sahaja entry berkenaan food review kali ini,terliur tak? kalau terliur,apa lagi, pecut kereta makan tengahari atau dinner disini. jumpa lagi di entry akan datang!

Sekian Terima Kasih

March 23, 2015

REVIEW : GLAMOROUS SLYMZ

Assallammualaikum


Memperkenalkan Supplement terbaru yang 100% organik
Fungsi : 

- Mengurangkan berat badan
- Membersihkan usus dan buah pinggang
- Memberi tenaga
- Menyekat selera makan yang berlebihan
- Membuang toksin dalam badan
- Memecahkan lemak yang berlebihan
- Memberikan bentuk badan yg menarik


Bahan-Bahan

GUARANA, GARCINIA, L-CARNATINE, SENNA LEAF, WHITE KIDNEY BEAN, GREEN TEA, FRUITS FIBRE.

TEH HIJAU

meningkatkan metabolisma badan. Apabila metabolisma badan meningkat, badan lebih cepat 'memproses' lemak yang tersimpan dalam badan dengan lebih kerap. Polifenol yang terdapat dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan oksidasi/pemprosesan lemak dan meningkatkan kadar pertukaran makanan kepada kalori. 

GUARANA 

Sarjana Perancis Gonseiu Duhhjafa menyebut dalam sebuah laporan berjudul The Products of Guarana: "Guarana adalah 100% organik. Ia mengandungi sebilangan besar bahan organik seperti guaranin dan tannin (melindungi dari kerosakan DNA) yang baik kepada badan manusia". Kajian Dr. Berredo Carneiro dari Brazil, Sarjana Eropah seperti Dr. Martins Deehastelus, Peekalt Greena dan Dr. Nirsleiner mengesahkan dalam laporan kajian mereka; Guarana mempunyai kemujaraban yang mengagumkan. Ia mempunyai kesan diuretik dan hipotemia, baik bagi perut dan usus, mencegah gastrik ulser selain dapat meningkatkan pencernaan, meningkatkan penyerapan nutrien dan keupayaan seks. Juga menggalakkan metabolisme organ badan dan membaiki tisu organ dalaman". 

GARCINIA 

Rangsangan kehilangan berat badan menerusi dua cara asas : 

1. Menyekat selera Penemuan terbaru mendapati melalui cara peningkatan tahap kimia tertentu dalam otak seperti serotonin, pengatur kepada pengawalan selera, HCA juga dikatakan mungkin mampu menyekat selera makan. 

2. Menghalang pembentukan lemak asid (lipid synthesis)HCA bertindak menghalang penukaran makanan bergula dan berkanji kepada lemak. Ini bermakna HCA dikatakan dipercayai mampu membantu menyekat penghasilan lemak. 

SENNA LEAF 

Merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, percepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak. 

WHITE KIDNEY BEAN 

White kidney bean dapat membantu tubuh untuk mengurangi jumlah zat tepung yang diubah menjadi gula dalam proses pencernaan, sehingga mengurangi jumlah kalori yang masuk ke tubuh. Dalam proses pencernaan tubuh kita mengubah karbohidrat yang ditemukan dalam makanan seperti nasi dan kentang menjadi glukosa. Tubuh kita mengubah karbohidrat dengan cara memecah molekul karbohidrat dengan amilase (enzim yang diproduksi di pankreas). Glukosa ini kemudian menjadi sumber energi atau disimpan sebagai lemak jika tubuh kurang berolahraga atau bersenam. White kidney beans mampu meneutralizekan enzim amilase sebelum enzim tersebut mengubah karbohidrat menjadi glukosa yang kemudian diubah lagi menjadi lemak. Pada dasarnya white kidney bean membuat karbohidrat lebih sedikit diserap dan melewati sistem pencernaan dengan jumlah kalori yang lebih sedikit.

 L-CARNATINE L 

Carnitine mempertingkatkan keupayaan membakar lemak,menyingkirkan deposit lemak yang tidak sihat seperti di pinggul,peha,lenggan dan pinggang. Ia juga baik untuk salur darah dan jantung anda. L carnitie juga digelarkan sebagai enjin pembakar lemak yang paling efektif. Bayangkan badan anda seperti sebuah keretapi yang dihidupkan oleh relau pembakaran arang batu.Mitokondria selular anda seumpama relau,lemak yang disimpan pula sebagai arang batu. L carnitine pula adalah pekerja yang menyodok arang batu ke dalam relau dan membuatkan keretapi berjalan seperti sepatutunya. 

FRUIT FIBRE 

1. Fiber membantu dalam memastikan perut mempunyai pergerakan yang biasa. Maknanya, takde hari yang kita tak buang air besar. 

2. Fiber membuat kita rasa kenyang lebih cepat dari bahan2 lain yang kita makan, memperlahankan kadar penghadaman dan membuat kita rasa kenyang lebih lama. 

3. Fiber menggerakkan lemak melalui sistem penghadaman lebih cepat. Jadi kurang lemak akan diserap ke dalam badan 

4. Bahan merbahaya dalam panggil yang dipanggil 'carcinogen' akan melekat pada fiber dan digerakkan melalui usus lebih cepat. Maka mengurangkan risiko kanser usus.
5. membantu memindahkan kolesterol keluar dari badan, mengurangkan risiko sakit jantung


Ada sesetengah risau kalau berat dah turun kulit akan mengelebeh dan kendur... OH TIDAK!!!

Kami dah pastikan bahan2 dalam GLAMOROUS SLYMZ boleh menurunkan berat badan anda dan juga memberikan BENTUK BADAN yang menarik kepada anda. yang mana ada spare tayar kat pinggang tu, pinggang akan jd lansing.

Bagi WANITA pula, pil ini akan bertindak bersama hormon kita utk tegangkan apa yang kendur, mantapkan apa yang jatuh. Tapi kesan ini hanya utk WANITA.

Kaum LELAKI yg amalkan pil ini jangan risau, PERUT boroi anda akan kembali "bujang" tanpa meninggalkan kulit yang kendur.

CARA PENGAMBILAN: 

SEHARI 1 ATAU 2 BIJI. SEBELUM SARAPAN ATAU SEBELUM MAKAN TENGAHARI

TAMBAHAN: 

BANYAKKAN MINUM AIR MASAK, SENAMAN DAN DIET SIHAT.

TIDAK SESUAI :
UNTUK IBU MENGANDUNG, MENYUSU BAYI, DALAM PANTANG, KANAK-KANAK.

SESUAI : 

LELAKI DAN PEREMPUAN
TESTIMONI






JIKA BERMINAT

GLAMOROUS SLYMZ
Kuantiti : 30 CAPSULES (Kegunaan sebulan) 
HARGA : RM90 SM RM95 SS

SILA HUBUNGI

Whatsapp : 018-3621432
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...