December 29, 2014

Throwback Teater Takhta 3 Ratu

Assallammualaikum


Hai semua, apa khabar? di harap dalam keadaan sihat selalu. Entry shaila kali ini adalah berkenaan pengalaman shaila menonton teater Tahta 3 Ratu. 

Teater arahan Erma Fatima yang memberi tumpuan kepada sudut pandang cerita tiga ratu, Galuh Chenderai, Lela Wangsa dan Puteri Hang Li Po ini dibarisi pelakon berkredibiliti termasuk Erra yang akan menjayakan Tun Teja, Izreen Azminda (Raden Galuh Chenderai), Soo Wincci (Hang Li Po).

Tahta 3 Ratu turut dibintangi Awie yang tanggungjawab menggalas watak Laksamana Melaka, Hang Tuah, Beto Khusyairi (Hang Jebat), Azri Iskandar (Sultan Mansur), Remy Ishak (Megat Terawih), Ellie Suriaty (Mbok Kuriang), Tasha Shilla (Sekar) dan Michael Ang (Gui Ying). Ini merupakan pengalaman pertama shaila menonton teater.

Tiket shaila kali ini, di sponser oleh kakak Ipar shaila.Teater Takhta 3 Ratu mengisahkan puteri Majapahit iaitu Galuh Chenderai (Izreen) yang berkahwin dengan Sultan Mansur (Azri Iskandar) kecewa dan terluka apabila suaminya itu mengahwini Puteri Hang Li Po (Soo Wincci) demi mengukuhkan pertalian persahabatan antara Melaka dan China.


Dalam persengketaan antara Galuh Chenderai dan Li Po, kedua-duanya terkejut dan cukup kecewa apabila Sultan Mansur mahu menikahi Lela Wangsa (Erra), puteri kepada Maharaja Dewa Sura, pemerintah Inderapura yang cuba menyerang Melaka. Ketiga-tiga Puteri ini telah melahirkan 3 orang Putera tetapi Putera siapakah yang layak untuk memegang kuasa kerajaan Melaka? Jawapan adalah anak erra Fazira kerana erra fazira keturunan melayu asli jadi anak dia lebih layak memegang takhta.


Ketika teater bermula, kita di larang sama sekali untuk mengambil gambar dan juga video. Prop yang digunakan sangat menakjubkan kerana pentas boleh bertukar-tukar dalam beberapa minit sahaja tidak perlu masa yang lama.


Semasa berhenti berehat selama 15 minit, shaila sempat bergambar dengan Ayda Jebat.Serius cakap, Ayda Jebat sangat comel.



Gambar semasa teater berakhir, semua para artis ke hadapan.


Shaila bersama biras dan juga adik ipar.

Sekian Terima Kasih

December 28, 2014

Review Bio Essence Tanaka White dan Bird's Nest Nutri-Collagen & Whitening Advancer

Assallammualaikum

Hai semua apa khabar? diharap dalam keadaan sihat selalu, untuk mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Johor, Perak , Pahang dan beberapa buah negeri lagi, diharap tabah menghadapi dugaan ini, semoga semuanya akan pulih seperti sedia kala. Amin...

Okay entry shaila kali ini adalah berkenaan review produk yang shaila gunakan.Beberapa minggu lepas shaila dapat email bertanyakan produk muka yang shaila gunakan sekarang, jadi hari ini shaila hendak kongsikan dengan semua.

Bio Essence  Bird's Nest Nutri-Collagen & Whitening Advancer

Untuk Pembersih muka dan toner, shaila gunakan Bio Essence  Bird's Nest Nutri-Collagen & Whitening Advancer. Shaila guna produk ini, sudah hampir setahun. Produk ini serasi dengan kulit shaila. Kulit shaila menjadi lembut dan tegang kerana produk ini mempunyai kollagen. Selain itu juga, kulit shaila menjadi gebu dan mulus sahaja.

 Bio Essence Tanaka White


Untuk pelembap pula, shaila pakai pelembap  Bio Essence Tanaka White, Shaila ada beli pelembap  Bird's Nest Nutri-Collagen & Whitening Advancer, tetapi tidak serasi dengan kulit shaila kerana kulit shaila naik jerawat bintik-bintik halus, jadi shaila bertukar ke  pelembap  Bio Essence Tanaka White. Dengan  pelembap  Bio Essence Tanaka White, masaalah jerawat shaila berkurangan,.hurmmm bukan berkurangan lar tetapi memang tidak tumbuh jerawat pun kalau naik pun seketul dua sahaja itu pun jarang-jarang. Cuma masaalah jeragat sahaja masih tidak dapat di atasi.


Tumpang gambar tuan tanah satu...hahaha..Okay sampai disini sahaja entry shaila kali ini, jumpa lagi..daaa

Sekian Terima Kasih


Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...