October 25, 2013

Kasut Untuk Hantaran

Assallammualaikum

Hai semua apa khabar? Okay sekarang shaila hendak cerita tentan misi mencari kasut hantaran.Okay cerita begini, hari itu shaila pergi makan dekat old town white café, sementara shaila menanti makanan sampai, shaila berjalan-jalan dengan kawan shaila dekat deretan kedai berhampiran old town white café itu. Jalan punya jalan, kemudian "termasuk" satu kedai kasut itu. Kasut dekat situ memang cantik-cantik tetapi shaila lupalah pulak tengok nama kedai  itu…huhuhu…ini kes main masuk sahaja.Okay sambung balik, tiba-tiba shaila terperasan satu kasut yang memang sangat cantik dan sesuai untuk dijadikan salah satu barang hantaran. Harga kasut itu RM 79.90, tetapi malangnya size shaila sudah habis dan kasut itu juga tiada stok..Fuhhhh…frust di situ.Kemudian, Shaila ada juga tengok beberapa web online kasut, salah satunya adalah di Zalora Malaysia . Dalam web ini ada beberapa design kasut yang shaila tengok  macam sesuai sahaja dijadikan sebagai barang hantaran belah perempuan. Contoh design kasut yang shaila berkenan adalah seperti dibawah:


Passion


Nose


Sidewalk


Choc’o’latte


Vincci

Buat pengetahuan semua, harga untuk kasut-kasut diatas adalah bawah RM100.00 kerana memang bajet shaila untuk kasut hantaran adalah bawah RM100.00 . RM100.00 ?? apa pendapat korang RM100.00 itu murah ke mahal tetapi dengar macam murah sahajakan atau dalam bahasa englishnya adalah low bajet. Hakikatnya lebih baik low bajet dari membazir. Hendak kahwin ini bukan akan pakai duit semasa persiapan majlis perkahwinan sahaja tau tetapi selepas itu dan akan datang juga banyak pakai duit JADi selagi boleh bajet kita bajet yer.kalau kita pandai cari, sebenarnya dengan RM100.00 kita sudah boleh dapat kasut yang cantik dan berjenama seperti NOSE, PASSION dan sebagainya. Selain design diatas sebenarnya banyak lagi design kasut-kasut yang cantik  dan kasut yang menjadi perhatian shaila adalah nose warna silver glitter dan Sidewalk warna coklat cair itu .Jenama  Choc’o’latte itu pun shaila suka sebab warna PINK!!!...hahaha...Okaylah sampai sini sahaja entri shaila…jumpa lagi…daaa…

Sekian Terima Kasih

October 23, 2013

MEDIHEAL White Hydrating Charcoal Mask Review By CathyJoy.com

Assallammualaikum



Hai semua...apa khabar? sihat? okay tanpa membuang masa, hari ini shaila hendak buat review tentang produk MEDIHEAL White Hydrating Charcoal Mask Review By CathyJoy.com . Apa yang istimewa tentang produk ini adalah topeng ini adalah dari arang aktif yang mengandungi castor oil semulajadi dan ekstrak buah-buahan untuk mencerahkan kulit dan membuang toksin yang ada pada lapisan kulit. Apabila kulit kita terdedah dengan persekitaran yang yang berdebu dan kotor, boleh menyebabkan liang pori kita tersumbat dan kulit menjadi kusam. MEDIHEAL White Hydrating Charcoal Mask mampu membersih, menyegarkan dan mencerahkan kulit anda.

Arahan Penggunaan:

1. Selepas membersihkan muka, letakkan toner pada kulit anda, kemudian ambil mask dan letakkan pada muka.Sambil itu bela-belalah topeng ini sikit bagi betul-betul terletak pada tempat sepatutnya.
2. Biarkan seketika selama 10 ~ 20 minit dan dan tanggalkan topeng
3. Kemudian biarkan seketika sambil menepuk-nepuk muka macam pakai toner itu dan bilaslah dengan air bersih.

My Testimoni


1- Produk ini senang dipakai.
2- Yang paling shaila suka adalah, bau dia sangat-sangat wangi dan mampu membuat kita rasa tenang sahaja.Serius tidak tipu.
3- Rasa sejuk sahaja semasa pakai.
4- Bila buka, serius muka nampak segar, tidak kusam dan lembut sahaja.Seperti gambar di atas muka shaila selepas pakai MEDIHEAL White Hydrating Charcoal Mask tanpa sebarang make up.



Harga:

RM 10.90

Jika Berminat, bolehlah beli disini :


Sekian Terima Kasih
Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...