September 09, 2013

Fashion Warna Pastel

Assallammualaikum



warna pastel (warna lembut) merupakan warna yang memiliki contrast lebih soft karena warna pembangunnya di kombinasikan dengan warna putih. Warna-warna pastel biasanya didominasi dengan warna pucat dan lembut. Jika dikaitkan dengan pengaruh dalam mood atau suasana hati seseorang, warna pastel akan membuat suasana tenang dan rileks. Warna ini dapat mengapresiasikan keindahan. Keindahan dengan warna-warna pucat, dapat memberikan kesan feminisme. Sedangkan untuk aplikasi warna pastel dapat digunakan oleh jenis kulit apapun. Warna pastel juga dapat mengindikasikan kesan kesederhanaan, jadi untuk lebih memaksimalkannya diharapkan tidak mengkombinasikannya dengan aksesoris yang berlebihan. Cat tembok yang menggunakan warna pastel juga bisa memberikan kesan rumah yang tentram. Umumnya warna pastel banyak dipilih sebagai warna cat kamar bayi.

Fashion Warna Pastel

Shaila memang suka dengan warna pastel ini kerana warna dia sangat-sangat lembut dan sejuk mata memandang.





Haa...itulah beberapa contoh model Dian Pelangi mengayakan fashion menggunakan rona warna pastel..cantikkan Dian Pelangi...serius shaila memang suke tengok gaya dia yang bersahaja dan style..^^

Sekian Terima Kasih

September 08, 2013

Safi Rania Gold

Assallammualaikum

Hai semua apa khabar?okay hari ini shaila hendak buat review sikit tentang produk safi.Okay produk yang shaila hendak review adalah safi rania gold.


Shaila pakai peruduk ini selama 5 bulan...apa yang shaila nampak selama shaila pakai produk ini adalah:

1.Jerawat berkurangan..maknanya dapat control adalah jumlah jerawat tidak keluar terlalu banyak.
2. Kulit menjadi tegang
3. Kulit menjadi lembut dan halus
4. Pori-pori mengecil
5.Lingkaran gelap bawah mata semakin berkurang
6.Garis-garis halus juga semakin berkurangan

Kekuranganya:
1. Tidak dapat memudarkan jeragat
2. Cream siang membuat muka berminyak

Terbaik:

Shaila paling suka cream kecantikan safi...kerana krim muka ini menaikkan seri wajah kita.Selain itu juga cream ini kurang berminyak.Selain itu juga boleh dijadikan sebagai foundation..see 2 in 1 lagi tuu..^^ dan produk ini juga bau die sangat wangi..^^

Details Produk shaila Guna:

1.Pembersih Wajah
  • Membersih debu, kotoran dan sisa mekap.
  • Melembut dan menghaluskan kulit dengan khasiat minyak Avokado.
  • Meremajakan kulit.
2. Scrub Wajah
  • Berbeza dengan yang lain, skrub ini lembut membersih untuk mengeluarkan kotoran dan sebum yang terperangkap di dalam pori-pori tanpa menghakis kelembapan semula jadi kulit.
  • Menanggalkan sel-sel kulit mati bagi menyerlahkan kulit baharu yang lebih berseri.
  • Sesuai digunakan 2 – 3 kali seminggu
3.Penyegar
  • Rumusan berasaskan air dan bebas alkohol yang mengembalikan kesegaran wajah.
  • Menganjal, mengecilkan pori-pori dan menghaluskan kulit wajah dengan ekstrak air mawar.
4.Serum
  • Tekstur tidak berminyak yang menyerap pantas dan jauh ke dalam sel-sel kulit.
  • Merawat sel-sel kulit dari dalam di samping meningkatkan penghasilan kolagen.
  • Membantu menyamaratakan tona kulit.
5. Krim Pelembap Siang SPF 20
  • Melindungi dari sinar UVA dan UVB berbahaya.
  • Melembap dan membekalkan nutrien secukupnya untuk kulit.
  • Melembut, menghalus dan menganjalkan kulit.
6. Krim Pelembap Malam
  • Krim berasaskan gel yang menyerap pantas ke dalam kulit.
  • Menggalakkan pemulihan sel-sel kulit yang aktif di waktu malam dan menghalang kemunculan tanda-tanda awal penuaan.
  • Menghidratkan kulit dari dalam lalu menampilkan kulit wajah berseri keesokan hari.
7. Krim Mata
  • Rawatan khusus untuk sekitar mata yang sensitif.
  • Menghalang kemunculan tanda awal penuaan di sekitar mata seperti garis-garis halus dan bebayang gelap.
  • Menganjal dan memberi kesegaran pada kulit sekitar mata.
8. Krim Kecantikan
  • Menyamar noda di wajah di samping menyamaratakan tona kulit.
  • Membekalkan pelbagai nutrien untuk kulit wajah sepanjang hari.
  • Sesuai sebagai asas solekan agar keserian wajah lebih terserlah.
Semua produk diatas shaila beli dalam set..sebab kalau beli dalam bentuk set murah sikit berbanding beli satu demi satu.tetapi tidak semua dalam set.

Sekian Terima Kasih

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...