September 08, 2013

Safi Rania Gold

Assallammualaikum

Hai semua apa khabar?okay hari ini shaila hendak buat review sikit tentang produk safi.Okay produk yang shaila hendak review adalah safi rania gold.


Shaila pakai peruduk ini selama 5 bulan...apa yang shaila nampak selama shaila pakai produk ini adalah:

1.Jerawat berkurangan..maknanya dapat control adalah jumlah jerawat tidak keluar terlalu banyak.
2. Kulit menjadi tegang
3. Kulit menjadi lembut dan halus
4. Pori-pori mengecil
5.Lingkaran gelap bawah mata semakin berkurang
6.Garis-garis halus juga semakin berkurangan

Kekuranganya:
1. Tidak dapat memudarkan jeragat
2. Cream siang membuat muka berminyak

Terbaik:

Shaila paling suka cream kecantikan safi...kerana krim muka ini menaikkan seri wajah kita.Selain itu juga cream ini kurang berminyak.Selain itu juga boleh dijadikan sebagai foundation..see 2 in 1 lagi tuu..^^ dan produk ini juga bau die sangat wangi..^^

Details Produk shaila Guna:

1.Pembersih Wajah
  • Membersih debu, kotoran dan sisa mekap.
  • Melembut dan menghaluskan kulit dengan khasiat minyak Avokado.
  • Meremajakan kulit.
2. Scrub Wajah
  • Berbeza dengan yang lain, skrub ini lembut membersih untuk mengeluarkan kotoran dan sebum yang terperangkap di dalam pori-pori tanpa menghakis kelembapan semula jadi kulit.
  • Menanggalkan sel-sel kulit mati bagi menyerlahkan kulit baharu yang lebih berseri.
  • Sesuai digunakan 2 – 3 kali seminggu
3.Penyegar
  • Rumusan berasaskan air dan bebas alkohol yang mengembalikan kesegaran wajah.
  • Menganjal, mengecilkan pori-pori dan menghaluskan kulit wajah dengan ekstrak air mawar.
4.Serum
  • Tekstur tidak berminyak yang menyerap pantas dan jauh ke dalam sel-sel kulit.
  • Merawat sel-sel kulit dari dalam di samping meningkatkan penghasilan kolagen.
  • Membantu menyamaratakan tona kulit.
5. Krim Pelembap Siang SPF 20
  • Melindungi dari sinar UVA dan UVB berbahaya.
  • Melembap dan membekalkan nutrien secukupnya untuk kulit.
  • Melembut, menghalus dan menganjalkan kulit.
6. Krim Pelembap Malam
  • Krim berasaskan gel yang menyerap pantas ke dalam kulit.
  • Menggalakkan pemulihan sel-sel kulit yang aktif di waktu malam dan menghalang kemunculan tanda-tanda awal penuaan.
  • Menghidratkan kulit dari dalam lalu menampilkan kulit wajah berseri keesokan hari.
7. Krim Mata
  • Rawatan khusus untuk sekitar mata yang sensitif.
  • Menghalang kemunculan tanda awal penuaan di sekitar mata seperti garis-garis halus dan bebayang gelap.
  • Menganjal dan memberi kesegaran pada kulit sekitar mata.
8. Krim Kecantikan
  • Menyamar noda di wajah di samping menyamaratakan tona kulit.
  • Membekalkan pelbagai nutrien untuk kulit wajah sepanjang hari.
  • Sesuai sebagai asas solekan agar keserian wajah lebih terserlah.
Semua produk diatas shaila beli dalam set..sebab kalau beli dalam bentuk set murah sikit berbanding beli satu demi satu.tetapi tidak semua dalam set.

Sekian Terima Kasih

August 30, 2013

Diy Bunga Hantaran dan Bunga Telur

Assallammualaikum




OKay..hari ini shaila hendak tunjuk serba sedikit tutorial buat bunga dari crepe paper..sebelum ini, comel tak hantaran di atas? hihihi

Bahan-bahan Untuk Bunga

1.Crepe Paper
2. Guntung
3.Dawai Bunga
4.Fetal Bunga (kalau hendak letak)



Bahan-bahan Untuk Bunga Telur

1.Crepe Paper (RM 0.80- RM1.00)
2. Gunting (FREE)
3.Dawai Bunga (RM1.00)
4.Fetal Bunga (kalau hendak letak) (RM1.00)
5.Lidi Kayu (FREE)
6.Pembalut Bunga (RM1.00)
7.Reben (RM2.50- RM 3.00)
8.Kain Kasa (Untuk Balut Telur) (RM 5.00 SEMETER)

Cara-Caranya

1.Crepe Paper kena potong  memanjang macam contoh diatas

2. Kalau hendak lebih menarik,combine 2 color dan shaila guna color block tau...huhuhu..

3.Kemudian lipat memendek macam bentuk kipas dan potong bulat di hujungnya


4. Proses terakhir adalah tarik bunga yang telah di ikat itu keatas satu persatu...done!!


Antara Yang Shaila Buat..^^

P/S: Buat benda ini memang kena banyak sabar dan hati-hati...tapi yang pasti korang akan rase puas hati kerana hasil tangan korang sendiri..^^

Selamat Mencuba..Daa..

Sekain Terima Kasih

August 28, 2013

Diy Pelamin

Assallammualaikum


Haa...inilah Diy Pelamin hasil tangan shaila...serius shaila cakap...memang puas hati sangat-sangat walaupun nampak simple...tapi shaila puas hati sebab hasil tangan shaila sendiri


okay nampak tak kerusi yang comel itu? shaila pinjam dari kakak saudara shaila...serius ramai yang berkenan dengan kerusi itu..^^

Langsir ungu tue pulak shaila pinjam dari umah mak cik shaila..^^

Bola-bola color purple tu shaila buat sendiri..^^

begitu juga dengan 3 kuntum bunga tu shaila buat sendiri

Okay bunga dan tanglung shaila beli di kaison..^^


bingkai love tu pulak adalah pengepit langsir.Manakala bunga pink tue shaila beli dipasar dan teddy bear tu en.tunang yang bagi..^^

P/S:Guna apa yang ada untuk dijadikan hiasan..jangan membazir..^^

Sekian Terima Kasih

August 27, 2013

Review Hantaran ♥♥

Assallammualaikum


Haii...semua pembaca...okay now shaila hendak review hantaran di hari pertunangan shaila..sorry ada separuh gambar tidak clear sangat..^^

Belah Shaila

1. Coklat

2. Tempat letak potpouri

3. Tuala

4. Kek



5.Buah

6.Biskut

7.Sirih Junjung

Belah Lelaki

1.Buah

2.Cincin


3.Coklat

4.Sirih Junjung

5.Kek


Sponser Kek 







Sekian Terima Kasih

August 21, 2013

Unexpected Planning @ Bukit Tinggi


Assallammualaikum


hai semua..okay pada hari rabu yang lepas,kami sekelurga pergi mandi manda di janda baik..fuhh tempat tue memang dah cantik plus super bersih memang selesa kalau berkelah bersama family di sana..then entah macamana abang saudara ajak singgah bukit tinggi. Bukit Tinggi atau Berjaya Hills Resort ialah tempat peranginan di Pahang, Malaysia berdekatan Genting Highlands. Ia terkenal dengan kampung tema Perancis, Colmar Tropicale...haaa!!...dekat situ memang cun untuk tangkap gambar...hurmmm...diatas adalah gambar serba sedikit bangunan yang ada di bukit tinggi, memang cantik dan menerujakan...^^


haaa...lihatlah baju saya yang selekeh ini...hihihi....rugi tak bawak baju lawa..VIP room?? hahaha....eksyen sahaja lebih..^^

See my family...semua pakai baju balik dari mandi air terjun..muahahaha...bedallah yang penting enjoy!!

Ini gambar sebelum masuk ke colmare tropicale

inilah kuda satu malaysia...hahaha

pose yang wajib..^^

ini antara yang pergi..gambar shaila dengan mak cik dan kakak saudara

hanya mampu bergambar diluar..tak boleh naik pun kete kude tuu..^^

Shaila...mama dan abah..^^


kepada koarang yang belum pergi,harus pergi tempat ini memang best !! terutama pada oarang yang giler gambar cam shaila...hahaha...kalau hendak ambil gambar pra wedding memang cun  ambil di sini...lagipun pemandangan dan bangunan di sini sangat-sangat cantik..!!

Sekian Terima Kasih

August 19, 2013

Balik Kampung # Taiping,Perak

Pada hari raya keempat, Shaila dan family telah pergi melawat nenek di Taiping Perak. Sehari sebelum pergi ke sana,Shaila telah berjanji dengan anak-anak buah Shaila untuk berjumpa disana. Seperti yang telah dirancang,pada hari raya keempat,kami bertemu disana..Alhamdulillah keadaan nenek pun baik sahaja...seronok dapat jumpe nenek dan saudara mara....hurmmm kalau tiga dara pingitan bertemu, memang haru biru buatnya..contohnya adalah seperti gambah di bawah..hahaha...yang menjadi mangsa adalah adik lelaki anak buah shaila kerana menjadi photographer tidak rasmi kami..^^

 gambar ini konon-konon hendak tunjuk kasut kami hot tuuu...padahal takde hot mana pun...kasut murah...muahahaha

gambar ini pula adalah buat-buat memandang jauh...ala-ala candit tuuu...korang pun mesti pernah buatkan...heee

Okay yang ini bula gyiyomi yang tidak berapa jadi...hahaha

gambar ini pula ala-ala...macam tengah bergosip...gosip gurls katakan...hahaha

gambar yang ini pula...kami buat tabik...tapi spoil anak buah sorang lagi tak ready..

gambar ini pula..gaya-gaya retis...shoot sambil berjalan...

 Yang ini pula..gambar bermaaf-maafan sempena hari raya..

 dan yang ini...bersatu kita teguh bercerai kita roboh...cewahhhh

Haa...yang ini gaya ala-ala model..muahahaha

Gambar yang ini pula...ala-ala...sang putera menyambut tangan sang puteri...

 gambar ini tiada motif..hahaha

Dan last...jeng..jeng..jeng...gambar shaila yang tidak berapa kuit ini....sibuk nak masuk jugakkan gambar sorang-sorang...hihihi..okay dah habis sesi photogedik kami...^^

Sekian Terima kasih

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...