ABOUT ME | Shazillah Sani | Malaysia Lifestyle Blogger Shazillah Sani | Malaysia Lifestyle Blogger: ABOUT ME

ABOUT ME

Assalammualaikum


Hye semua, nama saya Noor Shazillah Bte Md sani, boleh panggil saya shaila atau Shazillah Sani. Saya pemilik blog secretofshaila.blogspot.my yang kini telah bertukar nama kepada www.shazillahsani.com .Saya menceburi bidang blogger ini sejak December 2012. Hampir 3 tahun. Entry dalam blog ini hampir 400 tetapi setelah di tapis dan di delete tinggallah 300 lebih sahaja. Tujuan utama saya buat ini adalah semasa tahun 2012, saya kecewa dalam percintaan, jadi blog adalah tempat meluahkan rasa sedih dan pilu. Tetapi 
bila usia sudah semakin meningkat, pemikiran pun sudah luas, semua kisah-kisah sedih dan pilu itu di buang ke luar dari blog. Kemudian citarasa saya beralih kepada makanan, percutian, event dan produk kecantikkan. Sejak itu saya suka buat review tentang makanan, percutian, event dan produk kecantikan. Dalam masa yang sama, saya juga saya suka buat review pasal perkahwinan kerana saya memang suke pergi kenduri kahwin. Di dalam blog saya ada juga selit kisah family, info,tips, agama dan lain-lain.


Saya berkahwin pada umur 25 tahun. Beberapa bulan selepas berkahwin, saya mengandung dan di kurniakan seorang bayi lelaki yang sangat comel. Di dalam blog saya juga ada mencerita apa yang saya makan untuk hamil, procedure untuk buka buku pink, kelengkapan bayi dan ibu dan bayi.Selain itu saya juga ada berkongsi tentang pengalaman saya semasa melahirkan. Saya bekas pelajar UITM Seri Iskandar Perak dan juga UITm Shah Alam dalam jurusan Seramik.

Cari Saya Di :



Untuk Sponsorship/ Advertorial post/ Invitation Event/ Review Product


Sekian Terima Kasih

2 comments:

kadd said...

nice pic n page :)

Rya Wulandari said...

waw,, salam kenal ya sist ^^ kunjungi blog aku ya http://rumahmoon-1991.blogspot.com ^^

Post a Comment

INFO TERKINI