September 13, 2017

Pantai Paka, Terengganu

Assalamualaikum ❤️


Ini merupakan pantai kedua yang sha singgah ketika berada di Terengganu. Pantai ini kalau tidak silap terletak dalam daerah Dungun dan berdekatan dengan daerah kemaman.


Selepas melawat saudara, kami terus singgah disini untuk lepak dan menghirup udara segar. Kawasan pantai ini memang nampak bersih. Selain itu chalet turut disediakan disitu. Terdapat beberapa gerai yang menjual makanan seperti keropok lekur, ikan celup dan lain-lain makanan lagi.

Untuk mandi manda disini macam tidak sesuai kerana ombak dia agak kuat. Kalau untuk beriadah, lepak-lepak dan ambil gambar memang sesuai. Okay sampai disini sahaja entry shailla, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih

7 comments:

  1. Replies
    1. Haaa..elok tu... Leh perkena makanan sedap2 ada disitu.. Huhuhu

      Delete
  2. pantai belah sana banyak dah dalam, kesan hakisan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... Sebab tu xberani bagi anak mandi situ.. Huhuhu

      Delete
  3. Replies
    1. Pantai kelulut ada sampai gak dulu tapi xsempat singgah pantai batu buruk.. Huhuhu

      Delete
  4. Tengok air lautnya pun macam tengah pasang jer tu, memang tak sesuai nak mandi kan!

    ReplyDelete

Logo KBBA

WARNAI RAMADAN DI KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON – SAJIAN NASI PADANG & SELERO NEGERI SEMBILAN

  Assallammualaikum Hai semua, minggu lalu Sha berkesempatan menghadiri pelancaran Bufet Ramadan 2024 bertemakan Nasi Padang & Selero Ne...