July 27, 2017

Aqeef Masuk Wad Kerana Jangkitan Paru-Paru

Assallammuaikum ❤️


Pada minggu lepas, anak shailla telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Pada mulanya hanya deman biasa jadi pada hari rabu, shailla telah membawanya ke klinik biasa. Pada keesokkan harinya, demam dia masih sama tidak berubah.

Untuk dijadikan cerita, pada hari jumaat petang, abah shailla call. Katanya muka anam shailla sudah hampir biru dan nafas tercungap-cungap.

Shailla terus minta time off dan drive balik ke rumah. Memang time itu shailla tekan minyak 140/160 km juga. Tambah lalu highway jadi tiada masalah untuk shailla pecut.

Setibanya sampai dirumah, ketika itu hampir waktu asar. Selesai asar terus bergegas ke emergency sungai buloh. Ketika dikaunter daftar terus salah seorang staff disitu check dan mengarahkan anak shailla dibawa ke zon merah.

Ketika didalam zon merah, terus staff memeriksa dada anak shailla. Kemudian mereka buat xtray dan ambil darah. Pada mulanya shailla masih lagi cool tetapi seelok sahaja wayar dipasang dibadan dan dimasukkan gas oksigen, terus shailla rasa cuak.

Hasil daripada pemeriksaan doktor mendapati paru-paru anak shailla ada penuh kahak dan juga jangkitan kuman. Malam itu juga anak shailla dimasukkan ke wad paediatric 8c. Selepas dimasukkan disitu, gas oksigen akan diberikan setiap 3 jam sekali. Doktor juga akan datang melawat. Tangan anak shailla juga dimasukkan air melalui jarum kerana anak shailla memang tidak lalu makan mahupun minum susu. Sejak malam itu, bermula kehidupan shailla dihospital


Hari pertama,subuh lagi, nurse sudah kejut untuk periksa, beri gas oksigen dan juga sedut kahak aqeef. Kalau korang hendak tahu, melihat anak korang disedut kahak adalah pengalaman paling menyedihkan. Kesian sangat tengok aqeef. Dokktor akan datang dalam pukul 9 pagi untuk periksa pesakit. Shailla memang mengharap agar ketika doktor aqeef, aqeef boleh boleh. Malangnya doktor tidak benarkan balik. Setiap 3 jam aqeef akan dibekalkan gas oksigen dan antibiotic. Selain itu juga aqeef kena makan ubat deman. Kemudian pukul 2 petang doktor akan datang periksa kembali. Memang hari pertama itu agak mati kutu jugalah kerana ini merupakan pengalaman pertama shaillla jaga orang sakit dihospital. Tengahari pula pasti mama dan abah shailla datang menghantar makanan. Kemudian petang mereka akan datang kembali melawat aqeef. Doktor akan datang melawat balik. Kemudian pukul 8am doktor akan datang kali ketiga untuk periksa aqeef.


Hari kedua, keadaan aqeef masih sama. Aqeef masih demam dan nafas bergerak laju. Antibiotic masih lagi on. Setiap 3 jam kena masuk gas dan 5 jam sekali sedut kahak.


Hari ketiga, pagi-pagi lagi sudah nampak senyum aqeef, wahhh seronok rasa hati. Mana tidaknya, sepanjang aqeef tidak sihat memang tidak nampak langsung senyuman yang mampu mencairkan semua hati wanita. Pada hari ketiga keadaan aqeef semakin baik. Tetapi nafas dia masih laju. Masih juga deman dan cirit birit..ohhhh ya, sejak hari pertama, shailla ada task tau dimana dokyor meminta shailla mencatat masa aqeef makan, minum, berak dan kencing. Paling seronok adalah kalau berak dan kencing sebelum buang kena timbang dan catat okay!! Hahahah.


Pada hari keempat, aqeef masih lagi ditahan kerana antibiotic belum habis dan nafas aqeef juga masih laju. Gas oksigen juga dari 3 jam sekali menjadi 6 jam sekali. Pada hari keempat aqeef tidak lagi menjalani proses sedut kahak. Doktor macam biasa akan datang tiga kali sehari untuk periksa. Pada malam hari pula kami dipindahkan ke bilik sebelah. Apa yang best adalah kedua-dua bilik dalam itu hanya ada 4 orang pesakit dan shailla dapat ditepi tingkap. Sambil menjaga aqeef boleh lihat pemandangan dari atas rasa tenang. Niat dihati shailla ingin siapkan task produk review. Baru beberapa kali ambil beberapa keping gambar tiba-tiba nurse datang. Apa lagi, terus terbantut niat.


Pada hari kelima, aqeef tidak lagi demam. Nafas aqeef juga tidak lagi laju. Hari kelima ini special sikit sebab ada beberapa bakal doktor datang melawat. Aqqef jadi bahan experiment la kejap dimana sorang-sorang datang memeriksa aqeef. Macam biasa semua cair melihat senyuman aqeef sehingga ada pelajar lelaki dari luar negara mendoakan agar aqeef menjadi doktor juga kelak... Aminnn.. Rutin macam biasa, aqeef masih lagi kena sedut gas dan antibiotic. Cuma pada sebalah malam, kami berpindah ke tingkat 7. Di tingkat 7 agak sedikit berbeza, dimana disini, shailla duduk diruang yang terbuka belah kanan 6 katil dan belah kiri ada 6 katil tengah-tengah laluan. Disini kita boleh lihat pelbagai jenis jantina dan golongan. Suami shailla minta bilik second class, tetapi buat pengetahuan semua, hospital sungai buloh tiada namanya kelas!! Semua sama sahaja. Belah shailla ada 4 katil sahaja berpenghuni ketika itu dan semuanya ibu-ibu yang menjaga anak, jadi tidaklah rasa tertekan sangat cuma belah malam masuk lagi 1 penghuni yang dijaga oleh bapanya disebelah shailla. Tapi tiada masaalah pun kalau nak tido... Tarik jelah langsir tutup.


Hari keenam, alhamdulillah setelah diperiksa oleh doktor, hari ini aqeef sudah boleh balik memandangkan ubat antibiotic telah habis malam tadi dan aqeef juga tidak demam. Tengahri itu, shailla terus call abah shailla untuk menjemput kami kerana husband shailla kerja. Lega rasanya dapat balik rumah. Selain itu kesian dengan areez berpisah dengan adik dan shailla selama 6 hari. Ini merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Semoga aqeef terus sihat selalu kerana cuti ibu sudah habis.. Hahaha. Okay sampai disini sahaja entry shailla, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih 💕

15 comments:

  1. sian kalau budak2 kena sakit ni.. semoga cpt smbuh ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...alhamdulillah sekarang sudah semakin baik... hihihi

      Delete
  2. alah cian dia.. alhamdulillah.. moga sentiasa sihat dan dlindungi oleh Allah SWT aamin

    ReplyDelete
  3. 5hari juga dekat wad yer..kesian aqeef..semoga terus sihat

    ReplyDelete
  4. berkampong di Hospital - alhamdullilah aqeef bertambah sihat

    ReplyDelete
  5. Kesiannya....semoga aqeef bertambah sihat dan segar yer...bila anak sakit ni, ibunya pun rasa mcm nak sakit sama...huhu

    ReplyDelete
  6. Susah hati kalau anak2 tak sihatt , moga Aqeef always sihat lepas ni yee ..

    ReplyDelete
  7. Kalau dah dimasukkan ke zon merah, betul-betul seriuslah tue..lagi-lagi yang sakit baby kan.. Kena dipantau betul-betul..semoga aqeef cepat sihat yea...

    ReplyDelete
  8. Anak Shaila dgn anak kak Erin, lebih kurang sebaya je kan.. kesiannya kena jangkitan kuman kat peparu.. Udara sekarang ni tak berapa bersih..Semoga anak Shaila akan sihat kembali

    ReplyDelete
  9. Pengalaman sendiri..anak kedua memang lebih 10 kali admitted sebab jangkitan kuman di paru-paru ni. Mudah kena sebab history jantung berlubang.. Alhamdulillah sekarang makin kurang dah, mudah-mudahan lepasni takde dah episod masuk wad..nak dia sihat je :)

    ReplyDelete

Logo KBBA

WARNAI RAMADAN DI KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON – SAJIAN NASI PADANG & SELERO NEGERI SEMBILAN

  Assallammualaikum Hai semua, minggu lalu Sha berkesempatan menghadiri pelancaran Bufet Ramadan 2024 bertemakan Nasi Padang & Selero Ne...