Mahu jadi pereka berjaya? Kursus Pembuatan Kasut (INSEP) adalah jawapannya | Shazillah Sani | Malaysia Lifestyle Blogger Shazillah Sani | Malaysia Lifestyle Blogger: Mahu jadi pereka berjaya? Kursus Pembuatan Kasut (INSEP) adalah jawapannya

Mahu jadi pereka berjaya? Kursus Pembuatan Kasut (INSEP) adalah jawapannya

Assallammualaikum❤


Kalau bercakap tentang kasut, pastinya menjadi tumpuan para wanitakan. Kasut memainkan peranan penting bukan sahaja bagi golongan wanita tetapi juga lelaki. Kalau kita lihat melalui gaya hidup zaman moden hari ini yang sentiasa mengikut aliran perkembangan fesyen semasa dan terkini. Seiring dengan kelahiran pereka-pereka muda dengan idea-idea yang memukau dan unik bagi memberi kelainan pada si pemakai.

Pasti korang kenal dengan Jimmy choo? beliau merupakan contoh pereka kasut yang terkenal. Beliau bukan sahaja seorang pereka kasut, malah mahir dan pakar dalam menghasilkan hasil seninya. Ada sesiapa disini mempunyai impian untuk menjadi seperti beliau? disini shailla ingin berkongsi satu khusus yang mampu mengasah bakat korang lebih mendalam dalam bidang pembuatan kasut.

Disini shailla hendak kongsi satu khusus yang boleh korang sertai untuk mencapai impian korang sebagai pereka kasut. Khusus ini  dikenali sebagai Kursus Pembuatan Kasut (INSEP). Khusus ini merupakan khusus jangka pendek dimana hanya perlu mengikuti kelas selama 4 bulan dan mengikuti latihan industri selama 4 bulan. Apa yang menarik tentang khusus yang ditawarkan oleh SHRDC adalah yuran kemasukan percuma dan ditaja sepenuhnya oleh kerajaan. Jadi korang tidak perlu risau lagi tentang yuran pengajian kerana dia adalah PERCUMA. korang hanya perlu bawa badan dan juga semangat untuk menyertai Kursus Pembuatan Kasut ini. Syarat melayakkan korang meyertai khusus ini adalah WARGANEGARA MALAYSIA. Pemegang DIPLOMA dalam apa-apa bidang pengajian. “Fresh Graduate” dan tidak bekerja juga sangat digalakkan untuk memohon.



Korang juga berpeluang untuk mengikuti latihan imdustri di syarikat-syarikat kasut terkenal seperti Bonia, Larries, Amori, Dr Cardin, Hush Puppies, Zan Toi dan syarikat-syarikat yang terlibat dengan industri kasut. Bila korang menghadiri latihan industri ini bukan sahaja membuka peluang untuk diserap menjadi perkerja tetap di syarikat itu, malah turut memberi korang pengalaman sebenar dalam dunia perkerjaan sebagai seorang pereka kasut. Sepanjang tempoh latihan ini korang akan mempelajari selok belok dunia rekaan kasut. Khusus ini merupakan khusus sepenuh masa dimana kelas akan berjalan dari hari isnin hingga jumaat. Gambar diatas adalah shailla menyertai shoe festival di PWTC pada tahun 2013. Pelajar-pelajar pembuatan kasut dari SHRDC ini diberi peluang untuk mempamerkan hasil rekaan mereka disana.



Untuk menjadi seorang pereka bukan semudah ABC, banyak yang perlu korang pelajari. Di SHRDC kami menyedia tenaga pengajar yang cukup mahir dalam bidang perbuatan kasut. Dimana mereka akan mengajar dari kosong hinggalah berjaya menyiapkan beberapa pasang kasut hasil tangan korang sendiri . Korang tidak akan rasa menyesal menyertai khusus ini kerana korang akan keluar dari SHRDC dengan ilmu Pembuatan Kasut penuh di dada. Di atas shailla kongsikan beberapa keping gambar hasil tangan pelajar-pelajar yang mengikuti Kursus Pembuatan Kasut (INSEP). Tidak sangka bukan mereka mampu menyiapkan kasut dari rekaan mereka sendiri. Apa yang penting adalah untuk menjadi seorang pereka,korang harus berani dan percaya pada diri sendiri.



Dengan menyertai khusus ini juga korang akan bertemu dengan kawan-kawan baru yang korang tidak pernah kenal selama ini dan dari latar belakang yang berbeza. Macamana? menarik bukan khusus ini? jadi apa kata kalau yang tengah mencari kerja atau sedang menganggur boleh mencuba menyertai Kursus Pembuatan Kasut ini. Korang boleh terus hubungi  untuk mengetahui details lanjut tentang khusus ini, Details shailla telahkan kongsikan dibawah ini.

Sila email kan CV/resume anda kepada : recruitment@shrdc.org.my
Atau 
Hubungi 03 5513 3560 (Puan Juraina)

Untuk dapatkan informasi mengenai program kami sila layari :-

Lokasi Pusat Latihan kami di:-

Selangor Human Resource Development Centre
Grd Floor Block 2, Worldwide Business Centre
Jalan Tinju 13/50, Section 13,
40100 Shah Alam.
Selangor.

Sekian Terima Kasih

9 comments:

  1. best jugk ni ... lama tak beli kasut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu lisa msuk lej kuar jenama ciklisepet..hihihi

      Delete
  2. Tak pernah dengar lg kursus pembuatan kasut.Info bagus ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya khusus ni dah lama... Cuma ramai yang tidak tahu...

      Delete
  3. Tak pernah dengar lg kursus pembuatan kasut.Info bagus ni...

    ReplyDelete
  4. jarang ada yang berminat dengan designer kasutkan...good info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhh... That's why kita ingin memperkenalkan balik

      Delete
  5. Baguslah kursus camni, boleh belajar design kasut sendiri.

    ReplyDelete

INFO TERKINI