June 13, 2017

Bila Aqeef Demam

Assallammualaikum❤


Ibu mana yang tidak susah hati jika anak demamkan. Pada sabtu lepas, suhu panas badan Aqeef naik pada 39.9°c. Dari malam tidur tidak lena dan asyik merengget sahaja.  

Petang pula, shailla ada berbuka puasa dengan kawan-kawan Uitm. Pening juga kepala semasa itu samaada hendak pergi atau tidak pergi. 

Kemudian shailla putuskan untuk bawa Aqeef ke klinik berdekatan. Sampai di sana setelah check up, teruk doktor masuk ubat insert dalam buntut dan membekalkan beberapa jenis ubat. 

Selepas check up shailla terus ke destinasi untuk berbuka dengan kawan Uitm. Ubat insert itu sangat bagus dimana suhu panas anak shailla turun dengan cepat dan dia kembali senyum. Kalau tidak, agah macamana pun tidak mahu senyum langsung. 

Alhamdulillah Aqeef sekarang sudah semakin sihat dan semakin banyak perangai iaitu hendak orang agah dan duduk main dengan dia sahaja. Jenuhlah asyik melayan kerenah dia, walau bagaimana pun yang penting dia sihat. Okay sampai disini sahaja entry shailla, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih

1 comment:

  1. kan... mmg kita akan over risau bila anak demam ni..

    ReplyDelete

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...