Perkhidmatan Mua Area Selangor Makeupbyninanizam

Assalamualaikum 💕


Haaa... Korang yang duduk area Selangor yang masih tercari-cari Mua untuk majlis istimewa korang, mai sini shailla ingin recommend Mua Nina Nizam. Kalau dari segi pengalaman, masih lagi baru dalam bidang mak andam ini tetapi hasil make up adik nina ini memang puas hati.



Shailla belanja sikit hasil sentuhan magic dari adik nina nizam ini.


Korang kenalkan model comel diatas ini? Hahaha... Perasan sudah. Hendak dijadikan cerita, shailla ada photoshoot hari raya dengan kelab blogger ben ashaari di Upm. Jadi ketika photoshoot ini berlangsung haruslah ada Mua agar kita kelihatan cantik dan bergaya ketika beraksi dihadapan kamera. Shailla mengenali nina nizam ini melalui kawan baik shailla iaitu azza. 



Inilah dia adik nina nizam. Cantik kan? Macam kacukkan orang putih pun ada.. Hahaha. 




Ini pula gambar shailla bersama dengan adik nina dan juga gambar hasil sentuhan magic oeh adik nina nizam ketika hari photoshoot itu. Adik nina ini make up memang tangkas. Dia hanya mengambil masa dalam 45 minit untuk menyiapkan make up shailla. Shailla berani recommend dekat korang kerana shailla sendiri telah merasai sendiri sentuhan dari adik nina ini. Shailla juga percaya sentuhan dia tidak akan menghampa korang. Lihat sahaja hasil sentuhan dia pada shailla memang terbaik. 


Terima kasih adik nina kerana telah mengubah akak menjadi cantik seperti siti nordiana... Ehhhh!!. Hahaha. Akan Shailla doakan semoga adik nina berjaya dan maju dalam bidang Mua. 





Diatas adalah antara harga pakej Mua yang ditawarkan oleh makeupbyninanizam. 


Selain itu juga, adik nina juga ada buat kelas basic make up. Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari dunia make up, boleh menyertai kelas yang dianjurkan oleh adik nina. 

Korang boleh terus usha IG adik nina ini dekat sini @makeupbyninanizam untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan dan juga pakej-pakej yang ditawarkan oleh adik nina ini. 

Sekian Terima Kasih.  


1 comment: