April 13, 2017

Raikan Cinta Miera dan Anas

AssallammualaikumπŸ’•


Musim kahwin telah tiba, banyak jemputan perkahwinan yang Shailla terima. Jumaat lepas, satu-satunya adik ipar Shailla yang cantik ini telah selamat di ijab kabul dengan satu lafaz sahaja. Alhamdulillah kini Acuya telah bergelar isteri. 


Majlis pernikahan berlangsung serba sederhana dimana disaksikan oleh ahli keluarga serta rakan terdekat sahaja.


Inilah barisan ipar duai yang cantik lagi bergaya. Pada hari itu, kami memang sepakat untuk mengenakan pakai yang sama dimana ketuanya adalah kakak ipar no dua iaitu kak Junne. Kak Junne ini, bab fashion memang serah pada dia memang pakar bab itu.


Pada hari sabtunya pula, majlis perkahwinan belah perempuan berlangsung. Tema untuk majlis perkahwinan ini adalah berkonsepkan traditional dimana pengantin mengenakan pakai berwarna kuning diraja.


Manakala keluarga pula mengenakan pakaian berwarna pink purple. Tepat pukul 12.30pm, pengantin sampai dengan pukulan kompang bertalu-talu. Alhamdulillah majlis belah perempuan berlangsung dengan lancar tanpa apa-apa halangan pada hari itu.


Barisan kakak ipar yang gojes haruslah ada. Kain untuk pakaian dan shawl kami adalah fully sponsor. Dalam banyak backdrop yang ada, dibawah bunga ini yang menjadi port kami bergambar kerana bunga merah nampak cantik dan menyerlah didalam gambar.


Ini pula majlis disebelah lelaki yang dilangsungkan pada keesokkan harinya iaitu hari ahad. Pada majis ini, pengantin mengenakan pakai yang formal.


Majlis ini berlangsung didalam Cafe dengan suasana yang agak bahang. Shailla sempat mengambil gambar satu family sebelum berangkat pulang. Untuk kali ini, tema kami sekeluarga adalah berwarna biru cair.


Untuk biras-biras pula, tema kami kali adalah bebas. Berakhir sudah majlis adik ipar shailla yang semuanya berjalan dengan lancar. Untuk adik iparku miera, selamat melayari bahtera rumah tangga, semoga menjadi isteri yang solehah dan kekal didunia dan akhirat.

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...