25th anniversary SHRDC

Assalamualaikum 💕


Hai semua, shailla kembali lagi. Kali ini Shailla ingin cerita tentang majlis sempena sambutan 25th anniversary SHRDC. Majlis ini berlangsung di Laman Kayangan Seksyen 7 Shah Alam. Majlis sambutan 25 Tahun Shrdc bermula pada pukul 6.00 petang dan berakhir pada 10 malam. 


Ini adalah keadaan didalam dewan Laman Kayangan. Susun atur meja dan kerusi kemas tetapi kurang menyerlah, jadi team Shrdc akan jadikan ia kelihatan lebih menyerlah dan menarik dengan dekorasi tambahan dari kami sediakan. Terdapat persembahan khas daripada beberapa staff shrdc secara life band. Sungguh berbakat rupanya staff Shrdc ini. 



Ini antara dekorasi tambahan khas daripada team Shrdc. Macamana kreatif tak.. haaa ini baru permulaan, kita lihat hasilnya malam nanti. Lebih kurang sebulan juga team Shrdc berkerja keras untuk persedian 25th anniversary SHRDC. Tema untuk sambutan 25 Tahun Shrdc adalah filem dimana tetamu yang datang perlu memakai pakaian glam and glitter . Memang para tetamu yang datang malam itu semuanya berpakaian mengikut tema. Tetamu juga akan melalui red carpet yang telah disediakan oleh pihak Laman Kayangan.  


Tara... macamana? nampak meriah tak hasil kerja team Shrdc. Walaupun Shailla tidak selalu dapat menolong mereka ketika membuat persiapan untuk 25th anniversary SHRDC, tetapi Shailla nampak kesungguhan dan ketabahan team Shrdc berusaha bagi merealisasikan majlis ini agar nampak meriah dan grand. Bukan mudah sebenarnya untuk merancang sesuatu majlis gilang gemilangan ini, tambah melibatkan banyak pihak yang mempunyai citarasa rasa dan juga idea yang berbeza, ada sahaja perubahan berlaku pada masa terdekat. Tetapi itu semua bukanlah menjadi penghalang kerana kami dibawah satu bumbung, bersatubteguh bercerai roboh. Akhirnya semuanya berjalan semourna sempurna seperti yang telah dirancang. Dibawah Shailla kongsikan beberapa gambar yang sempat shailla ambil ketika majlis ini berlangsung.  








Ini merupakan team operation bagi department Shailla. Mereka ini semuanya sangat supportive walaupun kadang-kadang timbul rasa tidak puas hati antara team kami tetapi tetap juga bersatu untuk membentuk team yang kuat untuk syarikat.

Make up service 



Kalau bab make up ini Shailla memang tidak pakar takut dari neutral beauty jadi badut sarkas pula. Perlu ke make up ini? sebenarnya shailla memang suka orang make upkan tambahan pula pada malam itu task shailla adalah menjadi dukang girl yang oerlu stay atas stage untuk memegang dukang bagi penyampaian sijil dan cenderahati. Untuk majlis kali ini, make up shailla adalah hasil kerja rakan sekerja Shailla iaitu Cik Sofea.. cik lagi yea... ehhhh terpromote lak... hahaha.. hasil daripada komen rakan-rakan shailla, ramai mengatakan hasil make up nampak neutral dan juga soft sahaja.  Yang paling penting adalah hakak suka hasil make up kamu dik non kerana membuat diriku lebih confident berhadapan dengan tetamu. Nanti bolehlah make upkan akak lagi..hahaha. Jom layan beberapa keping gambar hasil kerja daripada adik manis ini. 




Apa motif tempek gambar berlima ini? sebenarnya Shailla hanya nak tunjuk gadis belah kanan itulah yang make up Shailla ketika event ini. Mesti korang pelikkan awat dia tutup mulut?? sebenarnya dia lupa pakai gigi palsu... kahkahkah... takdelah gurau sahaja.. okay sampai disini sahaja entry Shailla untuk kali ini. Pada yang ingin mencuba perkhidmatan make up daripada adik manis ini, boleh klik sahaja link instgaram dibawah ini dan untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej-pakej yang ditawar boleh DM beliau. 


Sekian Terima Kasih. 


3 comments: