December 17, 2016

MAHA 2016 Berjaya Menarik Hati Pengunjung

Assallammualaikum ❤️




Pada minggu lepas adalah minggu yang agak padat dengan aktiviti kekeluargaan. Mana tidaknya, selepas balik bercuti keesokkan harinya pula pergi MAHA 2016. Sebenarnya pada asalnya tidak merancang pun hendak pergi sini tetapi bapa mertua Shailla hendak pergi, jadi kami pun bawalah dia berjalan-jalan kesini. Bercerita tentang MAHA 2016, sambutnya mak oiii meriah betul. Ramai betul pengunjung yang berpusu-pusu datang membanjiri MAEPS, Serdang ini . Terdapat pelbagai lapisan usia, bangsa dan agama datang mengunjungi MAHA 2016 ini. 

 
 

Untuk tema MAHA 2016 kali ini adalah bertemakan " Our Food Our Future". Memang sesuai sangat temanya itu mana tidaknya memang terdapat pelbagai jenis makanan dan juga buah-buahan yang terdapat disini. Shailla paling suka masuk bahagian dewan yang menempatkan pelbagai jenis makanan buatan tempatan. Selain kita dapat lihat produk-produk tempatan, kita juga dapat merasa makanan-makanan yang mereka jual. Sebelum masuk, pastikan poket penuh sebabnya bila dah masuk dalam ada sahaja yang hendak dibeli seperti kerepek, keropok lekor, minyak dan lain-lain. Pelbagai jenis produk-produk tempatan yang mampu menarik perhatian pengunjung untuk membelinya.

 

Bila sudah penat berjalan pasti perut rasa berkerongcongkan. Di MAHA 2016 ini turut menyediakan kafeteria untuk para pengunjung menikmati makanan yang didatangkan khas dari pelbagai negeri. Para peniaga yang menjual makanan di kafeteria ini bukan calang-calang orang tau, semuanya sudah terkenal dengan masakkan mereka yang sedap-sedap belaka.

 


Castle Of Fruits merupakan tempat terakhir shailla kunjung. Disini menempatkan pelbagai jenis buah. Ketika shailla masuk disini, sedang berlangsung lelongan buah seperti belimbing, dragon fruits dan lain-lain. Di MaHA 2016 juga turut menyediakan beberapa buah bus untuk memudahakan pengunjung yang datang ke sini. Okay sampai disini sahaja entry shailla, semoga kita dapat berjumpa di MAHA akan datang pula.

 


Sekian Terima Kasih ❤️

No comments:

Post a Comment

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...