October 31, 2016

YES & iHIT Graduation

Assallammualaikum 💋

 

Minggu lepas, Shailla terlibat dengan event besar anjuran company Shailla. Shailla memang diantara orang yang wajib terlibat untuk event ini kerana pelajar yang akan diraikan pada hari itu adalah pelajar yang Shailla jaga sepanjang mereka training di company Shailla. Event ini diadakan adalah khas untuk meraikkan pelajar-pelajar yang telah tamat training di company ini. Pelajar dibawah jagaan Shailla kebanyakkan adalah lepasan SPM. Program ini senang cerita lebih kurang graduation. 

 

Antara rakan-rakan Shailla yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang program ini berjalan. Beberapa hari sebelum program ini berjalan Shailla dilanda demam, batuk dan selsema memang agak struggle dengan mengandung lagi. Alhamdulillah program berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa kesilapan teknikal yang tidak dapat dielakkan.

 

Inilah dia antara pelajar yang kami raikkan pada hari itu. Memang seronok melihat masing-masing mendapat segulung sijil dan bergambar bersama ibu bapa dan kawan-kawan. Teringat pula balik ketika Shailla graduate semasa belajar di UITM memang seronok dan teruja ketika itu. Macam itu jugalah perasaan mereka ketika itu. Okay sampai sini sahaja entry Shailla, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih❤️

1 comment:

Logo KBBA

WARNAI RAMADAN DI KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON – SAJIAN NASI PADANG & SELERO NEGERI SEMBILAN

  Assallammualaikum Hai semua, minggu lalu Sha berkesempatan menghadiri pelancaran Bufet Ramadan 2024 bertemakan Nasi Padang & Selero Ne...