June 24, 2016

Product Review | Minyak BeBe Anugerah

Assallammualaikum


Sesiapa yang mempunyai anak kecil mesti selalu menghadapi masaalah bayi kembung perut. Shaila juga turut menghadapi masaalah yang dimana anak shaila juga kerap kena kembung perut disebabkan oleh makan makanan yang berangin. Selain itu, jika badan terdedah dengan aircond tanpa selimut juga boleh mengundang masaalah kembung perut. Korang pernah dengar kalau baju bayi kita biarkan lembap seharian juga boleh mendatangkan masaallah kembung perut? tapi itu yang mama shaila sering persoalkan jika anak shaila kena kembung perut.Bila perut kembung, bayi pasti akan meragam sahaja, ini boleh mengundang kerisauan di hati seorang ibu bila ank asyik menagis. Jadi jalan penyelesaiannya adalah minyak angin. Minyak angin memang sesuai untuk atasi masaalah kembung perut pada bayi tetapi bukan semua minyak angin sesuai untuk kulit anak kita. Jadi sebelum beli, pastikan lihat dahulu arahan dan kandungan minyak angin itu.


Sewaktu shaila tunggu hari untuk melahirkan Areez, memang shaila  ada buat research mengenai set pantang dari Anugerah termasuklah minyak BeBe Anugerah ini, bila baca kandungan dan kelebihan minyak BeBe Anugerah ini, memang rasa tertarik tetapi pada masa itu produk ini susah untuk cari, kalau online pun kebanyakkanya sudah habis dijual jadi shaila membatalkan niat untuk beli set pantang dari Anugerah ini. Alhamdulillah, shaila dapat juga mencuba salah satu produk dari Anugerah iaitu minyak BeBe Anugerah ini.


Apa yang menarik tentang minyak BeBe Anugerah ini adalah minyak ini berbau wangi. Bau minyak BeBe Anugerah ini sangat lembut pada masa yang sama buat kita rasa tenang. Pertama kali shaila bau minyak ini, shaila sudah jatuh cinta. Minyak BeBe Anugerah ini mengandungi herba-herba tradisional seperti minyak kayu putih, serai, pudina, lengkuas dan limau purut. Kelebihan minyak ini adalah untuk menghangatkan tubuh bayi. Selain itu, minyak BeBe Anugerah turut melembap dan melembutkan kulit bayi kita. Minyak BeBe Anugerah ini juga dapat menghindarkan bayi daripada kesejukkan, kembung perut, angin pasang dan sawan angin.


Shaila telah menggunakan minyak BeBe Anugerah ini hampir sebulan juga, alhamdulillah minyak ini serasi sangat dengan anak shaila. Masaallah kembung perut yang selalu anak shaila hadapi dapat diatasi. Selain mudah digunakan, minyak ini tidak berat dan jika jatuh tidak risau botol akan pecah.Walaupun hampir sebulan guna, masih banyak lagi baki minyak ini. Minyak ini juga cepat meresap dan tidak menyebabkan tangan kita berminyak ketika sapu pada perut bayi. Lebih istimewa dan menarik perhatian shaila adalah Minyak Telon Anugerah ini dibacakan dengan ayat-ayat suci al-Quran seperti Surah Al-Fatihah, Surah Al-Baqarah, Surah Al-Buruj, Surah Al-‘A’raf, Surah At-Tawbah, Surah Yunus, Surah An-Nahl, Surah Al-‘Isra’, Surah Ash-Shu’ara, Surah Fussilat, Surah Al-‘Ankabut dan Asmaul Husna. minyak BeBe Anugerah ini shaila bawa ke mana sahaja shaila pergi sama ada ke mall, bercuti dan beriadah. Harga ini minyak BeBe Anugerah (Minyak Telon) ini juga, mampu milik. Pasti anda akan berpuas  hati menggunakannya.

CARA GUNA MINYAK TELON ANUGERAH :

1- Hanya usapkan minyak pada tubuh bayi ketika perlu terutamanya selepas mandi.
2- Sapukan pada bahagian dada, perut, pinggang, punggung dan juga tapak kaki bayi.
3- Mudah-mudahan, bayi anda dapat menikmati susu yang diminum dan tidur nyenyak sepanjang malam.




Website Official:

Facebook Official:


Instagram: 


Alamat
ANUGERAH INTERNATIONAL SDN. BHD. (971560-V)
P.O Box 7319, Persiaran Dato Menteri
40000 Shah Alam, Selangor

NO. TELEFON

WAKTU OPERASI
Isnin - Jumaat
9.00AM - 6.00PM

Sekian Terima Kasih

7 comments:

  1. memang best minyak ni..fariza pun guna

    ReplyDelete
  2. Jenama baru ke ni?. Tak pernah dengar pun...

    ReplyDelete
  3. murah. nice info. boleh la viral kt member2 yg ada baby kecik. hehe

    ReplyDelete
  4. oohh tak boleh langkah la ye minyak bebe ni sebab ada ayat suci al-quran. Akak dulu guna minyak telon biasa je untuk anak, baguslah sekarang ni ada banyak pilihan untuk bayi ... terbaik!

    ReplyDelete
  5. Selalunya minyak cam ni bau sedap jer.. Huhuu...

    ReplyDelete

Logo KBBA

WARNAI RAMADAN DI KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON – SAJIAN NASI PADANG & SELERO NEGERI SEMBILAN

  Assallammualaikum Hai semua, minggu lalu Sha berkesempatan menghadiri pelancaran Bufet Ramadan 2024 bertemakan Nasi Padang & Selero Ne...