Monday, May 23, 2016

Maternity | Tanda-tanda Awal Kehamilan

Assallammualaikum




Topik shaila kali ini adalah berkenaan kehamilan. Asyik cerita pasal makan dan travel sahaja, jadi kali ini kita tukar topik ke arah kekeluargaan sikit. Macamana kita hendak tahu bahawasanya kita telah mengandung? Okay antara tanda-tandanya adalah:

Lewat Datang Haid

Jika kebiasaannya kitaran haid kita teratur tetapi tiba-tiba bulan ini tunggu punya tunggu tidak juga kunjung tiba...haishhhhh apasal nie?. Kebiasaanya selepas 2 minggu jika haid masih belum datang makanya kena buat check up jangan diam sebab kita risau juga kalau tidak mengandung, penyakit lain pula datang.

Perut Rasa Macam Senggugut

Dalam tarikh sepatutnya period datang itu, perut ini rasa sakit mencucuk-cucuk macam hendak datang period tetapi tidak datang pun. Sakit itu kadang-kadang datang serang sekejap-sekejap di ikuti dengan sakit pinggang

Selera Makan

Bagaiman pula dengan selera makan? hurmmm, tekat akan rasa tidak sedap dan rasa hendak muntah. Macam shaila suka makan makanan yang masam-masam macam Te o Ais Limau atau Tom Yam. Kemudian tengok makanan ini tidak selera tengok makan itu tidak selera. Kadang-kadang tengik itu terliur tengok ini terliur hendak makan itu hendak makan ini tetapi bila dapat makan sikit sahaja.

Rasa Mual Dan Pening Kepala

Ini sering terjadi, korang rasa tekak macam tidak sedap dan rasa ingin muntah bila lihat sesuatu yang korang tidak suka atau bau. Selain itu juga kepala rasa pening-pening.

Naluri Hati

Percaya tidak naluri hati seorang ibu ini kuat?. Pengalaman shaila, naluri hati shaila memang sangat kuat mengatakan shaila mengandung. Tiba-tiba rasa mengelabah periksa kitaran haid padahal sebelum ini takdelah alert sangat pun. Semasa itu baru perasan yang haid sudah terlewat. Naluri seorang ibu memang kuat tambah bila ada anugerah istimewa dalam peurtnya, hanya seorang ibu yang boleh rasa perasaan itu, perasaan yang sukar di rungkai dengan kata-kata.

Malas Dan Mengantuk

Okay, yang ini memang tidak dapat di elakkan, macam shaila memang malas sungguh hendak buat itu ini sampai kadang-kadang hendak bergerak pun malas. Mengantuk tidak payah cakaplah buat kerja tersengguk-sengguk depan komputer.Tetapi ibu-ibu jangan di layan sangat perasaan itu kerana kita ada tanggungjawab iaitu tanggngjawab kepada keluarga. Jangan sampai kerana asyik melayan perasaaan malas itu sampaikan abaikan semua.

Bau

Bila mengandung ini, deria bau sangat kuat. Tidak suka bau ikan, tidak suka bau goreng-goreng, tidak suka bau busuk kadang-kadang ada sesetengah sampai tidak boleh terima bau suami haaaaa yang itu parah boleh sebab gaduh.

Moody

Kebanyakkan ibu mengandung ini, emosi dia tidak stabil. Kadang-kadang, mood rasa down habis pada hari itu, semua rasa malas hendak layan. Ada juga ketikanya salah sikit, rasa hendak marah dan meradang.

Pinggang Sakit

Pinggang sakit ini sering berlaku ketika malam dan bangun dari tidur. Macam shaila selalu bila bangun dari tidur rasa sakit pinggang itu mencucuk.

Gusi Berdarah

Ada sesetengah ibu semasa berus gigi tiba-tiba ada darah. Ini berlaku kerana badan kita kekurangan kalsium. Untuk masaalah ini ibu-ibu kena ambil susu dan juga ubat yang telah diberikan oleh doktor.

Okay itu sahaja dapat shaila kongsikan untuk kali ini. Jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih

4 comments:

  1. saya masa mengandungkan anak pertama tak boleh tengok muka asben huhuhu lagi parah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamakkkk...kes ini memang parah...tapi hendak buat macamanakan bukan kita sengaja hendak buat suami macam itu..hihihi

      Delete
  2. penah ada simptom ni tapi x ngandung pon. perasan je lebih..sob3

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin terlalu mengharap...be cool dan relax...insyaallah ada rezeki.

      Delete

INFO TERKINI