Food Review |Teriyaki chicken from shogun2u

Assallammualaikum


Cuti hujung minggu ini, shaila habiskan di rumah sahaja. Hurmmmm apa menu untuk masak hari ini? shaila pun tiada idea untuk masak hari ini. Haaa!!! sekali sekala pesan untuk menu makan tenghari okay jugakkan. Shaila teringin pula hendak makan menu makanan Jepun. Jom kita ke www.shogun2u.com untuk order online makanan siap penghantaran lagi. Shaila order lebih kurang pukul 11.30 dan sampai lebih kurang pukul 12.30 agak cepat jugak penghantaranya. Tetapi memang pada laman web sudah mention penghantaranya lebih kurang 1 jam.


Di shogun2u terdapat pelbagai jenis makanan korea, japanese, Chinese,western, thai dan lain-lain. Disebabkan shaila teringin makan makanan japan, jadi menu makanan yang shaila order adalah Teriyaki Chicken. Shaila tengok ayam dia itu macam memyelerakan sahaja. Itu baru tengok belum rasa lagi.


Tadi bekas bertutupkan, haaa...inilah dia Terayaki chicken yang shaila order itu. Buka sahaja bekas sudah bau aroma ayam yang menyelerakan...nyummmyyyyyyyy!!! . Apa lagi tidak sabar hendak rasa ini...hahaha...Okay untuk nasi, nasi dia adalah dari nasi pulut yang agak kenyal. Ayam dia pula rasanya boleh tahan lebih kurang rasa ayam the chicken rice shop tapi tidaklah exactly sama. Kicap dia agak masin sikit. Tapi kalau ada sup mungkin akan lebih sedap sebab bila makan tidak berkuah ini rasa tercekik pula. Lagi satu makan sampai sudah sejuk...kalau tengah-tengah panas-panas mungkin bertambah menyelerakan.


Set ini di datangi dengan air. Pada mulanya shaila ingatkan air halia sebab ada batang dalam air itu. Tetapi bila di amati rupanya batang tebu. Nama air ini adalah sugar cane. Rasa air sedap dan tidak terlalu manis. Bila dua kali rasa macam air buah kundur pun ada.


Menu tambahan shaila adalah Ninja Shushi. Sudah lama rasanya tidak makan shushi ini, last shaila makan adalah zaman universiti. Rasa teringin pula, jadi shaila pun orderlah satu. Haaa...rasa dia boleh tahan tapi agak hanyir sedikit. Bila sudah cicah dengan kuah disediakan ngappp!!! hanyir itu tidaklah terasa sangat. Mungkin itu fungsi kuah itu, untuk hilangkan bau hanyir.


Ohhh yaaa...dalam set itu, kek itu juga diberikan. Kek ini adalah Black Forest Cake. Harga kek ini RM8.80 kalau tengok dalam laman web shogun2u, kek ini merupakan best seller. Hurmmmm memang padanlah dengan rasa dia yang enak dan secukup rasa. Untuk kek ini boleh repeat order lagi ini. Okay sampai disini sahaja entry shaila, jumpa  lagi di entry akan datang.

Sekian Terima kasih.

4 comments:

  1. Sally pun selalu order Teriyaki...sbb sedap! kadang tu amik Salmon teriyaki :P

    ReplyDelete
  2. paling x tahan sushi dan kek tu....

    ReplyDelete
  3. Alamak.. lapar la pulak!! thanks follow Tedi :)

    ReplyDelete
  4. Nmpk menyelerakan je nasi tu.. Nyumnyum. Hee..
    Dgn kek lg. Alahai.. Fav btl kek2 ni..

    ReplyDelete

INFO TERKINI