October 29, 2015

Product Review | Set Penjagaan wajah Alaisyah

Assallammualaikum



 Hasil Permakain Selama 3 Bulan 


Hai semua, apa khabar? okay kali ini shaila hendak buat entry khas tentang produk yang shaila pakai pada tahun 2013. Produk yang shaila maksudkan adalah produk penjagaan muka alaisyah. Shaila dapat banyak feedback dan juga pertanyaan dari pembaca yang shaila tidak sempat balas. Jadi di entry ini, shaila akan jawab 

Soalan Pertama : Produk ni utk rawat jeragat ok ke?
Jawapan : Produk ini tidak mampu merawat jeragat.

Soalan Kedua : Boleh tak bagi step by step nak guna produk alaisyah set ni :)
Jawapan : 
1) Gel Pengelupas (Seminggu Sekali)
2) Pembersih Pencerah Muka 
3 )Penyegar Liang Pori 
4) Sari Pelembap Awet Muda 
.5)Pencerah Kulit 
6) Krim Kecantikan

Soalan Ketiga : Kulit saya kering mmg selalu mengelupas..sesuai tk sy pakai produk nie??
Jawapan : Kulit shaila juga jenis kulit kering, selama shaila pakai tiada masaalah.

Soalan Ketiga : Sy baru try pakai produk ni start with pencuci muka alaisyah.. tp timbul jerawat cuma tak byk.. so is it a normal thing for a beginning atau muka sy yg tak serasi.. help me please
Jawapan : Nak tahu kulit serasi atau tidak tunggu seminggu ke dua minggu pemakaian untuk melihat kesannya. Jika jerawat semakin banyak better berhenti permakaian.

Soalan Keempat : salam alaisyah ni ada paraben tak??
Jawapan produk alaisyah warna pink tiada paraben dan tiada banyak bahan chemical. Actuall boleh lihat pada pada label belakang produk tenang bahan-bahan yang digunakan before beli.

Soalan Kelima : Pregnant women boleh pakai tak produk ni?
Jawapan : Untuk wanita mengandung rasanya tiada masaalah kerana dia tiada mengandungi bahan chemical.

Soalan Keenam: tolong jelaskan. lepas pakai krim pelembap sari tu terus pakai krim kecantikan atau tunggu lama sikit baru pakai krim kecantikan tu?
Jawapan : cara shaila selepas pakai krim pembap sari bagi dia meresap ke kulit sekejap then pakai krim kecantikkan.

Soalan Ketujuh : 
  1. pakai toner die ade rasa pedih2 x? saya pakai kadang ade kadang xde. tapi overall pakai produk die yang lain2 memang ok. tu yang nak tau rasa pedih tu normal ke x? takut x serasi je
  2. kenapa ek sya pakai tonerjadi pedih di bhgian pori
Jawapan : Shaila pakai tiada rasa pedih pula. Mungkin itu permulaan tunggu semiggu or dua minggu kalau masih pedih better stop.

P/S : Shaila sekarang tidak menggunakan lagi alaisyah kerana shaila tidak lagi menghadapi masaalah jerawat.

Sekian Terima Kasih.

Travel Review | Underwater World Pulau Langkawi

Assallammualaikum,


Hai semua, apa khabar? diharap dalam keadaan sihat selalu. Entry shaila kali ini adalah untuk mencerita pengalama shaila semasa melancong ke langkawi. Underwater Worl Langkawi merupakan salah satu tempat yang shaila sempat lawati ketika berada di sana.Underwater World Langkawi (UWL) adalah akuarium terbesar di Malaysia menempatkan koleksi lebih 4000 kehidupan akuatik. Harga masuk untuk dewasa adalah rm30 untuk mykad manakala bukan pemegang mykad adalah rm40


Terdapat lebih daripada 500 spesies haiwan dan hidupan laut di lebih daripada 100 tangki yang direka khas yang dipamerkan di sini. Yang dibelakng shaila ini adlah salah satu spesis ketam yang terdapat disini.


Di sini juga turut dipamerkan penguin yang comel-comel. Aksi-aksi penguin ini bukan sahaja menarik perhatian shaila malah pengunjung yang lain juga terutama kanak-kanak.Paling lucu lihat aksi mereka adalah semasa diberikan makan.


Ini di bahagian luar underwater world. Terdapat Burung dan haiwan yang mendiami sub-Antartika, iklim sederhana dan kawasan Hutan Hujan Tropika juga dipamerkan di sini. Selain itu juga terdapat lebih daripada 100 spesies kerang dari pelbagai pelusuk dunia dikumpulkan bersama-sama dalam pameran paparan.


Kami sekeluarga tidak melepaskan peluang untuk bersama dengan penguin gergasi yang comel ini.Perasaan shaila ketika berada disini memang teruja dan seronok melihat pelbagai jenis haiwan yang di pamerkan disini.Memang tidak rugi bayar rm30 untuk masuk ke sini.Okay sampai disini sahaja entry shaila, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih.

October 27, 2015

Food Review | Resepi Kek Warna Warni

Assallammualaikum

Hai semua, apa khabar? di harap adalam keadaan sihat selalu. Okay kali ini shaila hendak kongsi tentang resepi kek warna warni. Kek ini sebenarnya shaila sudah buat minggu lepas dan dah habis pun cuma hari ini baru dapat update.

Bahan-Bahan
  1. Tepung Gandum : 500g
  2. Magerin planta : 500g
  3. Gula Kastor : 500g
  4. Baking Powder : 1 Sudu Teh
  5. Telur 3 Biji
  6. Esen Vanila: 1 Sudu Teh
  7. Pewarna Hijau Dan Merah: 1 Sudu Teh


Untuk Mendapat bancuhan seperti diatas adalah pertama masukkan magerin planta dan gula kastor. Kemudian kacau hingga kembang. Masa yang shaila ambil untuk kacau magerin planta dan gula kastor adalah dalm sejam kerana kacau guna senduk sahaja. Kemudian Apabila sudah kembang, masukkan telur dan juga esen vanila, kacau hingga sebati.Kemudian masukkan tepung dan baling powder. Kacau hingga sebati. Untuk mendapat kesan warna warni itu, shaila bahagi kepada 3 bahagian ke dalam acuan. Bahagian pertama warna base. Bahagia kedua warna hijau dan bahagian ketiga warna merah. kemudian kacau sikit-sikit kasi warna bercampur.


Panaskan dahulu pembakar dalam 10 minit, kemudian bakar pada suhu 180 darjah celcius.Janga lupa sekali sekala check kek itu sudah masak atau tidak jangan biarkan sahaja takut terlebih masak pulak karang.


Apabila sudah masak, biarkan sejuk seketika kemudian bolehlah dipotong dan dihidang semasa minum petang bersama keluarga. Okay sampai disini sahaja entry shaila, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih

October 22, 2015

Travel Review : Dataran Helang, Pulau Langkawi


Assallammualaikum 


Hai semua!!, entry shaila kali ini adalah tentang percutian shaila di Pulau Langkawi. Dataran Helang adalah lokasi kedua shaila semasa bercuti di Pulau Langkawi.nDataran helang ini merupakan mercu tanda bagi Pulau Langkawi. Mercu tanda ini nampak jelas dari jalan laut. Dataran Helang ini terletak berhampiran jeti Kuah.


Patung Helang ini merupakan tarikkan utama para pelancong yang datang bercuti disini. Shaila juga tidak ketinggalan mengambil gambar disini walaupun hanya nampak kepala sahaja kerana nak bagi gambar patung helang itu semua masuk..hahahah. Dataran ini pada waktu malam lagi cantik berbanding siang kerana di terangi dengan lampu-lampu. Okay sampai di sini sahaja entry shaila kali ini, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih

October 19, 2015

Travel Review : Taman Lagenda, Pulau Langkawi

Assallammualaikum,


Hai semua, apa khabar? di harap dalam keadaan sihat selalu. Entry shaila kali ini adalah berkenaan dengan percutian shaila ke Pulau Langkawi. Semasashaila bercuti ke Pulau Langkawi, shaila duduk di Rasa Senang Chalet, Langkawi. Chalet itu terletak di Pantai Cenang Langkawi. Shaila menginap disini selama 4 hari 3 malam. Apa yang shaila dapat komen tentang chalet ini adalah serderhana baik. Walaupun begitu, apa yang shaila suka duduk di chalet ini adalah pertama dekat dangn pantai dan kedua dekta dengan kedai makan dan juga membeli belah. Pada waktu malam, keadaan di deretan chalet ini amat meriah dengan gerai-gerai jualan yang di buka disitu. Selain itu juga untuk ke underwater world hanya berjalan kaki sahaja dari chalet shaila menginap. Haaa...shaila hendak cerita pengalaman shaila sebaik sahaja sampai di Pantai Cenang ini. Kalau korang hendak makan disini, shaila nasihatkan pandai-pandai pilih kedai makan kerana di situ ada beberapa kedai makan yang jual makanan dengan harga yang tidak masuk di akal. 

Lagenda Langkawi adalah tempat pertama yang shaila lawati ketika berada di sini. Lagenda Langkawi ini terletak berhampiran dengan pantai dan 400 ratus meter dari Peka Kuah. Taman Lagenda Langkawi ini di bina untuk menceritakan tentang sejarah Langkawi.


Apa yang menarik di Taman Lagenda ini adalah terdapat 17 monumen yang mempunyai cerita yang tersendiri. Memang luah kawasan Taman Lagenda ini. Penat juga berjalan sambil membaca 
monumen - monumen yang terdapat disini.


Selain terdapat 17 monumen, di sini juga terdapat 4 buah tasik buatan. Selain terdapat tasik buatan, di Taman Lagenda ini terdapat sculpture dan pemandangan landscape yang cantik. Pada penggemar photografi, shaila rasa ini tempat yang yang menarik untuk shoot kerana bukan sahaja pemandangan landscape yang cantik, malah tidak ramai pengunjung disini. 


Akhir sekali, jom selfie bersama famili..ehhh...ehhh..ehh..Perasan tidak burung helang di belakang itu? haaa..Taman Legenda ini bersebelahan dengan dataran helang. Kalau berjalan kaki dari Taman Legenda ke Dataran Helang ini adalah mengambil masa dalm 10 minit. Okay, sampai disini sahaja entry shaila, jumpa lagi di entry akan datang

Sekian Terima Kasih.

October 16, 2015

Food Review : Warung Aziz Satar

Assallammualaikum,


Hai semua !! apa khabar? diharap dalam keadaan sihat selalu. Entry shaila kali ini adalah untuk kongsi tentang satu warung yang shaila kunjungi semasa bercuti di Terengganu. Warung yang shaila maksudkan adalah warung Aziz Satar. Pertama kali lihat nama warung ini, shaila sangka ini warung Azzi Satar, pelakon vateran itu. Rupanya nama pemilik warung ini adalah Aziz Bin Awang. Apa yang dapat shaila simpulkan nama Aziz Satar adalah dari Aziz nama pemilik warung manakala Satar adalah dari satar yang dijualnya...hurmmm memang kreatif. Pandai pemilik warung ini pilih nama.


Warung Aziz Satar ini terletak di Jalan Kuala Kemaman. Shaila ketika itu baru pulang dari rumah saudara. Kebetulan lalu di situ, jadi shaila singgahlah ke warung ini. Warung ini memang terkenal dengan keenakkan sata dan otak-otak. Shaila hanya order satar. rasa satar dia memang enak dan segar. Keenakkan rasanya memang berbeza dengan satar- satar yang ada di Kuala Lumpur.


Malam-malam ini, minum tea tarik pun sedap !! jadi shaila pun order tea tarik satu. Rase tea tarik dia memang kaw punya. Tengok gambar pun dah nampak menyelerakan apatah lagi merasanya..hahaha...okay sampai di sini sahaja entry shaila kali ini, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih.


October 14, 2015

Product Review : Pencuci Baju Bayi Jenama Fiffy

Assallammualaikum,



Hai semua, apa khabar diharap dalam keadaan sihat selalu. Entry shaila kali ini adalah berkenaan pencuci baju untuk bayi. Sebelum ini shaila pakai pencuci baju bayi jenama Purren tapi kali ini shaila saja hendak mencuba pula pencuci bayi bayi jenama Fiffy.

Apa yang shaila dapat simpulkan hasil penggunaan pencuci baju ini selama sebuln adalah pertama pencuci ini bau dia kurang wangi setelah baju kering. Anak shaila sudah pandai duduk dalam walker, jadi stokin memang akan jadi hitam. Apa yang shaila perhatikan, pencuci bayi ini tidak dapat menghilangkan kesan hitam pada stokin anak shaila. 

Untuk menyelesaikan masaalah kekotoran pada stokin anak shaila adalah shaila akan campur sedikit serbuk kain biasa dan juga pencuci fiffy ke dalam mesin basuh semasa mencuci baju anak shaila. Hasilnya adalah kekotoran hitam pada stokin anak shaila berjaya ditanggalkan. Selain itu kekotoran pada baju anak Shaila la juga hilang. Baju anak shaila juga berbau wangi kerana serbuk kain biasa yang shaila gunakan itu. Okay sampai disini sahaja entry shaila kali to ni, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih

October 13, 2015

Event Review : Hi-Tea Shrdc

Assallammualaikum,



Selamat tengahari semua, apa khabar? diharap dalam keadaan sihat selalu. Okay entry Shaila kali ini adalah berkenaan Hi-Tea event yang di anjurkan oleh syarikat tempat shaila berkerja. Tujuan event ini adalah meraikan cabaran 21 hari " Happy Hour ".



Dekat dinding kuning itu adalah shrdc gratitude wall. Tujuan gratitude wall itu adalah untuk mencatatkan 3 perkara iaitu pertama thanks to someone helping you, kedua pula adalah you greatful dan yang ketiga pula your successful story. Setiap pagi selama 21 hari, kami akan berkumpul dan berkongsi tentang 3 perkara itu.



Antara makanan yang staff shrdc bawa pada hari itu adalah lasagna. Makanan ini dibuat oleh salah
seorang shrdc iaitu shazana. Apa yang menarik tentang lasagna shazana ini adalah rasa dia amat yummy !! makanan sekali tambah lagi sekali dan shazan ini juga merupakan seorang healty blogger.





Cheese Cake ini pula di tempah khas oleh kak ana dari kak zura. Kak zura ini, memang terror buat kek!! hasil kek dia memang tidak pernah mengewakan super duper sedap, makin sampai menjilat kaki..ehhhh jarilah...hahahaah.



Kek ini pula adalah untuk meraikan staff shrdc yang hari lahirnya pada bulan september dan oktober..hurmmm untung sangat pada 3 orang staff yang lahir pada bulan september dan juga oktober dapat tiup lilin..huhuhu.


Wadey Ini pula dibawa oleh seorang staff india, nama dia nithi. Rasa masalodey ini sedap dan ranggup. Selain itu, rasanya juga tidak keras hingga boleh patah gigi...hahaha. okay sampai disini sahaja entry shaila, jumpa lagi di entry akan dtg.

Sekian terima kasih

October 12, 2015

Food Review : Nasi Arab Restaurant Saba

Assallammualaikum,


Pada hari ahad yang lepas, Shaila sempat singgah makan di sebuah restaurant yang terletak di Setiawangsa Kuala Lumpur. Restaurant ini agak terkenal di kalangan pengemar nasi arab. Kebetulan Shaila baru pulang dari hantar adik ipar di Putrajaya, jadi shaila singgahlah makan disitu.

Setibanya Shaila disini, apa yang Shaila lihat adalah parking berbayar di area kedai ini amat terhad. Kebetulan semasa Shaila sampai ada kereta keluar jadi langkah kananlah Shaila pada hari itu. Restaurant Saba ini terletak ditengah antara deretan-deretan kedai. Restaurant ini ada dua tingkat. Shaila memilih untuk ke tingkat dua.

Restaurant ini bagi Shaila selesa dan tempat duduk dia juga banyak. Selain itu, service penghantaran makan dia juga cepat. Selepas order, dalam beberapa minit, makanan pun sampai. 


Shaila order tiga makanan terdapat disitu iaitu mandi chicken saiz kecil, mandi lamb size kecil dan kebab ayam. bagaimana rasa makananya? rasa nasinya boleh tahan sedapnya ditambah dengan mandi chicken dan lamb yang lembut, memang buat kita rasa berselera untuk makan. Manakala kebab ayam juga tidak kurang sedapnya. Kerana kesedapannya itu, Shaila tambah lagi pesanan untuk menu mandi chicken. Baru rasa hendak diet sebab mak mertua kata dah gemuk...hahaha...haishhhh habis rosak program diet Shaila. Okay sampai disini sahaja entry shaila, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih.



Logo KBBA

WARNAI RAMADAN DI KLANA BEACH RESORT PORT DICKSON – SAJIAN NASI PADANG & SELERO NEGERI SEMBILAN

  Assallammualaikum Hai semua, minggu lalu Sha berkesempatan menghadiri pelancaran Bufet Ramadan 2024 bertemakan Nasi Padang & Selero Ne...